View: 3681|Reply: 3
|
Memahami pH Faraj wanita
[Copy link]
|
|
Alat sulit wanita merupakan organ reproduksi wanita yang sangat mudah dijangkiti. Ini disebabkan batas antara urethra dengan dubur yang sangat dekat sehinggakan mikro organisma keputihan seperti kulat, bakteria, parasit ataupun virus mudah memasuki melalui liang faraj.Adapun di dalam faraj seseorang wanita terdapat berbagai jenis bakteria dimana 95 % daripadanya adalah jenis lactobacillus dan selebihnya adalah patogen. Dalam keadaan flora semulajadi didalam faraj yang seimbang, bakteria patogen tidak akan mengganggu. Namun apabila keseimbanganya terganggu, contohnya apabila tahap keasidan menurun, pertahanan semulajadi juga akan turut menurun dan ini memberi ruang berlakunya jangkitan.Antara puca timbulnya gangguan boleh disebabkan oleh pengambilan pil pencegah kehamilan, penyakit diabetes mellitus, pengambilan antibiotik dalam dos yang tinggi, darah haid, cairan sperma, menyembur air ke dalam faraj (douching), dan gangguan hormon seperti kehamilan atau menopaus dll.
Perlu difahami bahawa flora semulajadi alat sulit wanita merupakan lingkaran kehidupan yang dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu estrogen dan bakteria lactobacillus atau bakteria baik. Estrogen berfungsi dalam menentukan kadar zat gula sebagai simpanan tenaga dalam sel tubuh (glikogen). Glikogen merupakan nutrisi dari lactobacillus yang akan dimetabolismakan untuk pertumbuhan. Sisa metabolisma kemudian akan menghasilkan asid laktik yang menentukan suasana keasidan di dalam faraj dengan potential hydrogen (pH) sekitar 3.8 – 4.2. Tahap keasidan ini membolehkan lactobacillus hidup dengan subur dan bakteria patogen (jahat) akan mati.
Secara alami,faraj wanita dapat melindungi dirinya daripada jangkitan melalui pH berasid yang rendah namun apabila keseimbangan ini berubah maka ianya membuka peluang bagi mikro organisma keputihan menyerang dan boleh mengakibatkan jangkitan pada faraj.Keadaan ini juga dapat dikesan apabila faraj mula terasa gatal atau keluarnya lelehan yang telah berubah pada warna atau bau. Perkara yang perlu diketahui adalah keseimbangan flora semulajadi didalam faraj wanita amat sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) faraj.
Apakah normal untuk bakteria berada didalam faraj?
Faraj mempunyai dunia kecilnya sendiri dan sesetengah daripada bakteria ini merupakan bakteria ‘penghuni’ tetap dalam faraj. Dalam kebanyakan kes, bakteria dan organisma yang berada didalam faraj ini mungkin meningkat atau menurun dari masa ke semasa. Terdapat lebih daripada 30 jenis berlainan dan para wanita tidak perlu risaukan tentang kehadiran mereka. Sebahagian besar daripadanya dikenali sebagai lactobacilli atau bakteria yang bermanfaat yang bekerja keras untuk memastikan faraj sentiasa sihat dengan mengekalkan keasidan pH didalam faraj.BACA SELANJUTNYA
Artikel bermanfaat ini juga boleh dibaca di http://www.klinikkeputihan.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam.
P/S Alhamdulillah "anu" lelaki senang dibersih dan dijaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangkitan Pundi Kencing
Pada suatu ketika dalam hidup mereka, ramai dikalangan wanita yang mengalami infeksi atau jangkitan pundi kencing. Dalam kebanyakan kes, ia tidak serius dan pulih dengan rawatan.
Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi kencing. Ianya agak sinonim berlaku pada golongan wanita dan jarang pula berlaku kepada golongan lelaki.
Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka. Walaubagaimanapun, risiko golongan lelaki untuk mendapat cystitis ini juga boleh meningkat apabila meningkatnya usia mereka hingga ke satu tahap berlakunya peningkatan sais kelenjar prostat.
Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis E.coli .Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling kemaluan .
Agak sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.
Realitinya pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan kelamin.
Antaranya wanita yang menggunakan diagfram, iaitu salah satu alat untuk merancang keluarga, juga mudah mendapat jangkitan pada pundi kencing. Ini berlaku mungkin disebabkan alat ini menekan pada pundi kencing dan mengakibatkan pundi kencing tidak mengosong dengan baik. Keadaan ini akan mengakibatkan bakteria membiak dengan cepat pada takungan air kencing atau baki air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.
Wanita hamil juga cenderung mendapat jangkitan disebabkan penekanan pada pundi kencing oleh kandungan yang semakin membesar.
Malangnya sehingga ke hari ini ramai sientis masih belum menemukan jawapan yang tepat tentang mengapa golongan wanita lebih berisiko mendapat jangkitan pundi kencing berbanding lelaki. Kesimpulannya, mereka beranggapan bahawa ia berkemungkinan disebabkan wanita mempunyai urethra yang pendek.
Urethra ialah saluran yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing. Laluan yang singkat ini, iaitu lebih kurang satu inci setengah, menyebabkan bakteria mudah untuk masuk semula ke dalam pundi kencing.
Berikut adalah antara gejala
Kencing dengan kerap
Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
Kencing berdarah atau kencing yang berbau
Demam sederhana
Gejala lebih serius pula akan berlaku apabila jangkitan telah melintasi pundi kencing.Antaranya adalah:
Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
Loya dan muntah
Sakit di bahagian belakang pinggang
Tips pencegahan yang boleh diamalkan
Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda
Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air
Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.
Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.
Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.
Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.
Tukar tuala wanita dengan kerap semasa haid
Elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat
Perlu difahami jangkitan pundi kencing ini jika ditahap yang serius tidak hanya boleh dibiarkan tanpa rawatan yang spesifik atau menanggung risiko ianya menular dan merosakkan buah pinggang.
Arikel bermanfaat ini dan banyak lagi boleh dibaca di http://www.klinikkeputihan.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Perghh .... takut la kalau banyak asid kat dalam tu ... boleh kecut anu kite wooo... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|