CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2046|Reply: 5

Cerai Setiap 15 Minit

[Copy link]
Post time 2-4-2013 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan perceraian  berlaku dalam kalangan umat Islam dicatatkan setiap 15 minit pada tahun  2009.  

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah  Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat  daripada kurangnya penghayatan agama dalam kalangan suami isteri  termasuk mengabaikan solat.  

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan,  sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan  peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri," katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar  sempena Maulidur Rasul Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia yang disertai  1,200 penjawat awam.  



Anggota panel pada seminar itu terdiri daripada pakar motivasi,  Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd  Ramadan.  

Mashitah berkata, Jakim akan memperbanyakkan lagi program pemantapan  keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri,  kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.  

Setakat ini katanya, Jakim menganjurkan sebanyak 900 program  kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri dalam usaha  untuk memperkasakan institusi rumah tangga.  

Dalam perkembangan lain Mashitah berkata, Jakim masih memantau  pergerakan saki baki pengikut ajaran al-Arqam yang didakwa mengadakan  perjumpaan dikenali sebagai ‘Sidang Parlimen Roh’ selepas kematian  pengasasnya, Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lalu.  

“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat  supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” katanya.


Dipetik dari: http://www.bernama.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 11:57 AM | Show all posts
  1. ‘Sidang Parlimen Roh
Copy the Code
pelik betul aku dgn geng arqam nie
kalau sekali dah masuk even bertaubat camana...jumpa geng arqam...mulala pergerakan dalam selimut diorang tu.
cousin aku sampai dah tak mau mengaji quran dengan ustaz yang selalu belajar sebab dah jumpa geng arqam dia semula. Diorang dah tak pakai purdah hitam je sekarang ni, jiwa diorang tetap dengan pojaaan hati diorang. Sampai tahap dok cerita tengok langit nampak alshaari
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 11:58 AM | Show all posts
  1. ‘Sidang Parlimen Roh
Copy the Code
pelik betul aku dgn geng arqam nie
kalau sekali dah masuk even bertaubat camana...jumpa geng arqam...mulala pergerakan dalam selimut diorang tu.
cousin aku sampai dah tak mau mengaji quran dengan ustaz yang selalu belajar sebab dah jumpa geng arqam dia semula. Diorang dah tak pakai purdah hitam je sekarang ni, jiwa diorang tetap dengan pojaaan hati diorang. Sampai tahap dok cerita tengok langit nampak alshaari
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 12:00 PM | Show all posts
anak luar nikah setiap 3 org satu hari
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 02:05 AM | Show all posts
“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan,  sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan  peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri," katanya.  

blah la ko ostazah... cina dan keleng pun tk smayang lima waktu..tapi betungkus lumus carik duit untuk keluarga..dan keluarga diorang pun smenye ok mostly..... apasal melayu kalau tk smayang lima waktu jadi punca bercerai....mak bapak aku pun..tk smayang pun masa aku kecik2 dulu..elok je dia besarkan aku.....takde pun diorang bercerai...

bongok!!!!

masak alah kalau dah jadi ostazah ni..smuanya nk kene relate ngn agama..padahal realitinya... yg bercerai tu masak alah dia benda  lain...biasanya... kalau kes bercinta... hati dah mula kurengg...itu sahajer...kakak aku ngn abg ipar aku..ok je semayang 5 waktu sampai aku ni dia kutuk2 tk smayang... tapi..slalu je gadoh..sampai nk bercerai berai.....jadi..aku nk tnye la..korang2 yg poyo smayang tonggang tongeng 24/7 ni...kihkihkih...whats up with the semayang with cerai n berai n barai???
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 02:17 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 3-4-2013 02:05 AM
“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan,  sudah tentu dapat kita bayangkan m ...

Saya setuju dengan awak... orang Melayu suka mengaitkan setiap benda dengan agama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054688 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list