CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3028|Reply: 0

Tampil Menggoda di Mata Suami

[Copy link]
Post time 25-3-2013 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik  jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian  suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit  untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak  kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah  yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik  dan menggoda di mata suami.

Hakikat sebenarnya  bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami,  isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka  saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.

Rambut Terurus
Bermulalah  daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk  di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang  sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain  itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang  panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau  harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

Bibir Merah Menggoda
Bibir  mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki  bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai  tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih  berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat  seksi oleh lelaki.

Pamerkan Kulit
Pamerkan  kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak  memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil  kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai  tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih  erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

Bayangan Menggiurkan
Bangunkan  suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju  tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan  rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda  sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

Tukar Gaya
Jika  selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar  gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda  mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali  sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk  tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan  suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

Pelihara Organ Intim
Dalam  banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki,  organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri  disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau  dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu  apa-apa perkara tentang organ intim ini.

Dipetik dari: http://www.mingguanwanita.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list