CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2490|Reply: 2

Wanita Lebih Banyak Alami Stres Mental?

[Copy link]
Post time 23-3-2013 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini kita telah didedahkan dengan maklumat bahawa pesakit  mental yang menerima rawatan di Hospital awam telah meningkat ke 15.6%.  iaitu seramai lebih 400,000 orang. Malah angka ini dikatakan telah  meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Membaca kenyataan ini  rakan sekerja saya tersenyum lebar sambil berkata "hai sebenarnya banyak  lagi diluar sana yang dok tunggu giliran nak masuk hospital mental ini,  cuma dia orang tak sedar". Dan beliau terus ketawa terbahak-bahak.  Walaupun kenyataannya itu nampak seperti bergurau, tetapi mengikut  beberapa kajian yang dilakukan di negara kita, komen itu ada  kebenarannya. Ini kerana ramai yang mengalami stres tetapi tidak  menyedarinya.

Dwi kerjaya

Amnya ramai yang menghadapi masalah mental dikaitkan dengan masalah  kekeluargaan dan ketidakpuasan di tempat kerja. Kini, 50% dari tenaga  buruh adalah wanita dan 70% dari dari mereka sudah berumah tangga. Oleh  yang demikian, salah satu golongan yang berhadapan dengan gejala  penyakit mental ini ialah pasangan dwi kerjaya. Dwi kerjaya bermaksud  individu itu mempunyai dua peranan iaitu di rumah dan di tempat kerja.  Realitinya ialah pasangan dwi kerjaya kini adalah satu keperluan  memandangkan kos hidup yang semakin meningkat.

Benarkah wanita lebih stres?

Mengimbas semula data kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati  wanita secara umumnya menghadapi stres mental 1.5 kali lebih tinggi  berbanding dengan lelaki.. Mungkinkah wanita lebih stres dari lelaki?

Status kesihatan

Antara punca stres di kalangan pasangan ini kerana terpaksa  berkejaran untuk mengimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab dirumah.  Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, didapati 55% peratus  dari mereka mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan.

Penyakit yang dihidapi adalah seperti kencing manis, sakit lutut,  migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang,  kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan  tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat  badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila  stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh  penggunaan komputer.

Secara keseluruhan 10% sahaja wanita yang mengaku mereka sihat, dan  71% merasakan mereka agak sihat, 16% bersetuju mereka tidak berapa sihat  dan 3% mengatakan mengatakan mereka langsung tidak sihat. Ini adalah  satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.

Menurut kajian yang dijalankan di Korea, wanita yang menanggung  pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh dwi kerjaya jika berterusan  selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai  Whabyung. Apa yang membimbangkan ialah hampir 17% dari wanita dalam  kajian ini mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih  dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili  sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai penyakit mental ini?

Konflik dalaman

Secara terperinci, wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman  disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami,  anak, ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan di tempat kerja. Kajian  menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk  menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.

Masa tidur

Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur  mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada  yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari.  Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.

Kerja Rumah

Lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja  rumah secara sendirian. Hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu  isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja yang dilakukan oleh suami adalah  dikategorikan sebagai kerja sampingan atau "bantuan bila perlu". Maka  tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila  berada di tempat kerja. Sehubungan dengan itu juga, apabila menghadapi  masalah dirumah maka besar kemungkinan stres ini akan dibawa bersama di  tempat kerja. Apa yang berlaku ialah rakan rakan di tempat kerja juga  akan merasakan bahang dari stres individu tersebut.

Bersama Anak dan Ibu Bapa

Ramai wanita (70%) dalam kajian ini mengalami konflik dalam diri  kerana merasakan tidak berlaku adil dalam menjaga kebajikan anak anak  mereka. Beban ini lebih terasa kerana hampir 90% wanita dalam kajian ini  tidak ada pembantu rumah atau keluarga terdekat untuk membantu menjaga  anak anak mereka.

Malah wanita ini juga mengalami dilema bukan sahaja mereka tidak  dapat memberikan penjagaan yang secukupnya pada anak anak tetapi juga  untuk ibu atau bapa mereka yang uzur. Wanita kerjaya seumpama ini  dikenali sebagai "wanita generasi tersepit", kerana mereka terpaksa  mengimbangkan antara tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan anak. Di  negara China disebabkan terlalu banyak sangat kes pengabaian orang tua,  maka satu polisi telah digubal dimana ibubapa dibenarkan untuk membawa  anak-anak ke muka pengadilan jika mengabaikan kebajikan orang tua  mereka. Namun jika dilaksanakan di negara kita, apakah cara ini dapat  melahirkan sebuah masyarakat penyayang?

Masa untuk diri dan Bersama Kawan

Kajian turut mendapati 40 % wanita mengatakan mereka tidak ada masa  untuk bersantai dengan kawan. Bukankah menonton drama terkini, malah  mendengar berita pun sudah tidak kesempatan. Malah lebih 50% wanita  mengatakan bahawa tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan, ke  Spa ataupun pusat rawatan kecantikan. Sehinggakan ada wanita dalam  kajian ini yang mengeluh kerana masa cuti minggu adalah paling stres  bagi mereka. Cuti dua hari itulah mereka gunakan segala tenaga untuk  membereskan kain baju belum bergosok atau dibasuh, mencuci tandas dan  membeli barang keperluan dapur. Menurut kajian juga masa santai untuk  diri adalah penting untuk kesihatan mental seseorang diri. Apakah  pengalaman seumpama ini boleh dikatakan sebagai satu deraan fizikal  tetapi juga mental bagi wanita tersebut?

Bersama suami

Dalam hal suami pula, seramai 55% bersetuju mempunyai masa yang  terhad untuk bersama pasangan mereka, kerana terlalu banyak kerja rumah  maupun urusan pejabat yang perlu di laksanakan. Seramai 15% menjawab  mereka tidak ingat bila kali akhir mereka bermesra dengan suami mereka.  Seperti kata salah seorang responden "terlalu banyak tugas overtime di tempat kerja sehingga suami dirumah menjadi part time".

Malah 3% dari responden menjawab mereka mula sangsi dengan perubahan  tingkah laku pada suami mereka yang tidak semesra dulu. Antara perubahan  yang dimaksudkan ialah suami mereka kurang berkomunikasi, suami lebih  banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan, kurang ucapan kata  kata mesra mahupun hadiah "kejutan" untuk hari jadi, hari ulang tahun  berbanding dengan sebelum ini. Belaian mesra dan gurau senda juga amat  kurang dalam hubungan harian mereka dan kecewa dari segi hubungan intim  dengan suami mereka.

Sebuah lagi kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang professional  juga mendapati di hampir 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan  pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama  ini boleh mengganggu emosi dan boleh memberi kesan ke atas kerja mereka.  
Benarkah pekerja wanita adalah toksik di tempat kerja.

Dengan adanya ramai graduan wanita, kini di tempat kerja kebanyakan  jawatan pengurus atau pentadbir mula dipenuhi dengan wanita. Sebuah  kajian yang dijalankan pegawai kerajaan menunjukkan bahawa jika ada  pilihan, 90% dari responden, tidak kira lelaki atau perempuan lebih suka  berkerja dengan bos lelaki. Antara sebabnya ialah bos lelaki dipandang  sebagai lebih memahami masalah pekerja, tidak atau "angin pasang surut"  boleh berkomunikasi secara berhemah. Tidak kurang juga yang memberikan  pelbagai gelaran pada bos wanita mereka seperti singa betina, Hitler dan  seumpamanya. Apakah ini petanda wanita lebih stres di tempat kerja?  Atau permintaan ditempat kerja yang menjadikan mereka stres?

Wanita dan kerja

Seterusnya 50% wanita dalam kajian ini menyatakan hasrat mereka untuk  berhenti kerja jika diberi peluang kerana kesukaran untuk mengimbangi  tanggungjawab antara kerja dan keluarga. Tetapi pada hakikatnya 80%  mengatakan mereka merasa gembira jika mempunyai kerjaya serta dapat  membantu dalam ekonomi keluarga. Lebih lebih lagi yang mempunyai anak,  kerana perlu mengasingkan sekurang kurangnya 7% dari pendapatan untuk  perbelanjaan anak-anak. Jelas sekali menunjukkan bahawa wanita akan  mengalami stres kerana tersepit antara dua keadaan

Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran  iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah  dalam perkahwinan dan prestasi kerja.

Mengatasi pesakit mental tanggung jawab siapa?

Menurut Institut Kesihatan Mental di Amerika Syarikat dianggarkan 17  juta penduduk atau seramai 10% dari penduduk golongan dewasa mengalami  kemurungan setiap tahun. Namun jika mereka diberi bantuan seramai 70%  menunjukkan perubahan yang positif dalam masa beberapa minggu sahaja.

Malaysia adalah salah sebuah Negara yang memperuntukkan belanjawan  untuk tujuan kesihatan yang besar untuk rakyatnya. Namun pesakit mental  bukan tanggungjawab kerajaan ataupun majikan sahaja, malah setiap ahli  keluarga. Ini kerana kerajaan dan majikan boleh mewujudkan pelbagai  bentuk bantuan untuk kesejahteraan pekerja seperti perubatan, bantuan  kaunseling, pusat penjagaan anak-anak, potongan cukai untuk ibu bapa dan  sepertinya.

Tetapi satu perkara penting yang perlu diingat ialah bahawa setiap  keluarga itu berbeza. Oleh itu adalah tanggungjawab setiap individu  dalam keluarga untuk mencari resipi tersendiri dalam mencari  penyelesaian bagi keluarga. Umpamanya kerajaan hanya boleh memastikan  kesemua rakyat mendapat bekalan beras yang cukup, tetapi untuk  memastikan nasi tidak menjadi hangit, keras ataupun bubur bergantung  pada individu itu sendiri.

Oleh: Dr. Sabitha Marican
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2013 01:59 PM | Show all posts
kalau di layan perasaan..memang akan stress giler..tapi pandai2lah nak teruskan hidup..
pandai2 juga ayat suami utk membantu..ajar anak2 tlg kerja rumah (tak kira lelaki ke ppuan).
kerja pejabat, habiskan di pejabat..jgn bwk blk rumah..gaduh kat umah..jgn terbawa2 ke pejabat..
mmg sbg wanita..kena tangkas di rumah dan di pejabat..kalau jenis yg terhegeh2, lmbt buat
keputusan..mmg besar risikonya..kena pantas dlm segala urusan..kalau pandai bahagi2kan masa..
insya allah..bukan tak stress lansung..tapi..kuranglah sket..mamajiah ada 5 anak, semua pandai
buat kerja rumah..(ajar dr kecik), suami walaupun tak membantu..tapi masih mahu menghantar mama
ke spa atau pggl orang urut ke rumah..reflexology sgt berkesan..alhamdulillah..   
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2013 03:17 PM | Show all posts
bg aku bukan setakat wanita berkejaya jer yg kena stress or depress, malahan fulltime housewife pon ada jugak menghidapnya,...
apatah lagi menghadap kerja umah dan mengurus hal anak2 tiap2 ari,..rutin yg sentiasa berulang, dilakukan almost everyday,dan esok, dan esok, dan esok pon sama jugak,.....
makin jumlah anak kian meningkat, beban kerja d umah kian bertambah,..mana nak urus umah, urus bby kecik, masak utk somi, cuci baju, iron baju, lap tingkap ,..pendek cerita semua tanggungjawab d dlm umah d galas oleh isteri jer la,..kalo nak tunggu somi menolong, baik tak payah jerla,..satu arahan satu kerja jer d buatnya sambil merungut,..
aku sendrik pon sbg isteri yg tak berkerja, mmg kdg2 melalui fasa2 tekanan . tp tak lama kejap jer,...tak kuasa aku nak stress lama2, mana nak menghadap keja umah yg bertimbun lg,...

stress adalah normal,..yg penting cara kamu menghandle n menghadapi nya,...kalo rasa2 sress tuh dtg, cepat2 buat kerja lain, so automatik tak der la teringat sgt ngan stress yg dtg tuh,...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.388417 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list