BAHAGIAN 4 (FINAL)
SUASANA hospital kelihatan lengang dengan macam-macam gelagat manusia. Disatu sudut Imran memeluk bahu uminya yang tidak berhenti menangis. Dia mencapai tangan ibunya yang sejuk dan digenggam erat memberi semangat. “Umi kita tawakal sajalah kalau apa-apa terjadi pada Syah,” Imran kelihatan tenang. Tiada lagi rasa marah yang telah bertukar rasa simpati pada uminya. “Umi rasa bersalah sangat kat Syah Im. Umi tak patut serang dia kalau semua tu terjadi. Umi malu sangat dengan ibunya” perlahan Hajah Sadiah bersuara dalam tangisan. “Shh… yang dah lepas tu dahlah yang penting kita doakan Syah selamat” Imran mengusap lembut belakang telapak tangan umi. Tadi dia telah khabarkan kepada Noraini bahawa anaknya dimasukkan ke hospital.
“MACAM mana? Dah rasa segar sikit tubuh tu?” Imran memandang lembut Aisyah dia bersyukur kalau tak kerana Pak Dollah yang ditemui umi mungkin gadis kesayangan itu telah tiada. Aisyah mengganguk. “Doktor kata petang ni dah boleh keluar” dia membalas pandangan Imran dengan berani setelah Noraini dan Hajah Sadiah meminta diri untuk menunaikan solat isyak. Lama mereka bertatapan. Imran mengeluarkan kotak merah dari poket jeans. Terpamer sebentuk cincin didepan matanya. Dia terkesima. “Nurul Aisyah Bt Khalid sudikah kau menjadi suri hidupku” Imran sedikit gugup namun diberanikan diri untuk melamar Aisyah. Cincin ditangan mula bergoyang tandanya ada getaran. Aisyah menahan senyum. Mahu ketawa pun ada namun sengaja dikerutkan dahi. Dia menyambut cincin dijari Imran dan masukan ke kotak asalnya. Diberikan semula pada Imran. Imran menghela nafas kecewa. Terasa kerongkongnya berpasir. Harapannya hancur dan berkecai! Aisyah masih tiada lagikah tempat abang dihatimu? Berat langkahnya diatur ke pintu. Buat apa lagi dia berada di sini kalau orang tu tak sudi. “Abang nak ke mana?” Halang Aisyah. Bibirnya mengukir senyuman. Langkah Imran terhenti pabila terpandang senyuman yang menghiasi bibir merah tu seperti ada maksud tersirat. “Abang kalau betul abang cintakan Syah, bukan cara macam ni” Terjungkit kening Imran. “Maksud Syah?” “Alah, tu gaya lamalah bang. Dah ketinggalan zaman” nakal Aisyah berbicara ada sinaran cinta dimata. “Abang rasa gaya tu glamer lah sekarang. Sebab abang tengok tv gaya macam tu dia ajar” Serentak itu mereka ketawa. “Kalau dari hati yang ikhlas dari diri abang. Syah rasa eloklah abang masuk meminang” ujar Aisyah tersipu-sipu malu. “Sebabnya?” Imran sengaja bermain tarik tali. “Syah rasa. Syahlah dari tulang rusukmu.” Imran terharu. “Syah nak bagitahu satu rahsia dekat abang” “Apa dia?” “Awe tu sebenarnya bukanlah pakwe Syah” Aisyah menekup mulut menahan gelak. Imran buat muka cemburu dan kehairanan. Dia menjeling manja. Sebenarnya dia lega sangat mendengar pengakuan dari mulut kekasih hatinya itu. “Habis tu siapa pulak dia?” Serius kedengaran suara Imran. Aisyah ketawa terbahak-bahak. Imran makin pelik melihat gelagat Aisyah. “Sebenarnya dia bukan manusia” ada tawa masih bersisa. Entah kenapa waktu dia begaduh dengan Imran nama itu juga dia petik waktu itu, hanya ada nama Awe saja dikotak fikirannya. “Habis tu? Syah ni bikin abang geram la. Cakaplah cepat” omel Imran tidak sabar. Aisyah tersengih. “Dia ular sawa batik jantan yang Syah bela la” Terbeliak biji mata Imran. Imran muncung. Ceh! Rupa separuh mati dia cemburukan Awe yang disangka orang rupanya binatang. Mati-mati dia dikenakan oleh Aisyah. “Syah ni nakal tau. Macamlah takde haiwan lain nak dibela. Pelik betul selera Syah ni.” Bebel Imran macam mak nenek. “Abang nak tau tak satu lagi rahsia?” “Apa lagi? Ni mesti nak kenakan Abang” tanya Imran acuh tak acuh tanpa memandang wajah Aisyah. Merajuk. “Syah tak tahu bila dan dimana Syah mula cintakan abang tapi Syah pasti kita memang ditakdirkan bersama hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana sudi menerima Aisyah seadanya. Syah janji selagi Syah masih hidup Syah akan selalu bersama abang tak kira susah dan senang.” Imran mendengar luahan disambut kesyukuran dihati. Rasanya dialah lelaki paling bertuah didunia ni memiliki gadis sebaik Aisyah. Abang janji tak akan mempersiakan diri Syah kerana abang akan memberikan dunia kasih sayang abang yang luhur ini. Akanku bawamu ke dalam syurga yang luhur dari jiwaku membara kerana kutahu kau untukku. Inilahlah perjanjian abang atas nama Mohd Al-Imran Bin Mohd Al-Rahman.
~TAMAT~
|