CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1706|Reply: 0

10 Perkara Tidak Benar Tentang Penyusuan

[Copy link]
Post time 26-2-2013 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Dalam mencari ilmu penyusuan, kita tidak boleh main dengar aje sumber yang tidak sahih. Kadang kita percaya bulat-bulat apa yang kita dengar walau tidak tahu kebenarannya. Jadi mari kita tengok rupanya banyak perkara yang telah di"mind set" kan oleh orang-orang kita walhal perkara-perkara tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.

1. Kebanyakan dan ramai wanita tidak mempunyai cukup susu badan. Bukan masalah susu jika bayi lambat naik berat badan atau mengalami pertambahan berat yang sangat perlahan. Bukan sebab susu ibu tidak cukup tetapi kerana bayi TIDAK MENDAPAT SUSU YANG IBU ADA. Sebab utama perkara ini berlaku adalah bayi tidak "latch" atau melekap dengan betul. Sebab itulah pentingnya ilmu penyusuan, kena banyak mencari info atau belajar dari mereka yang berpengalaman.

2. ADALAH BIASA JIKA SAKIT SEMASA MENYUSU
Tidak benar ye. Kesakitan pada puting semasa menyusukan bayi adalah disebabkan pelekapan yang tidak sempurna atau lekapan yang salah. Kesakitan mungkin boleh berlaku untuk beberapa hari namun adalah tidak normal untuk ianya berlarutan. Jika kesakitan berlarutan, ibu boleh rujuk kepada yang pakar untuk selesaikan masalah anda yang mungkin menyusukan dengan cara yang tidak betul.

3. SUSU TIDAK CUKUP SEMASA 3-4 JAM PERTAMA KELAHIRAN.
Bukan tidak cukup tetapi semasa itu bayi belum pandai melekap dengan betul dan minum susu dengan betul. Maka kemungkinan sedikit sahaja susu yang dapat diminumnya. Pertama sekali selepas kelahiran pastikan bayi mendapat susu awal iaitu kolostrum yang kaya dengan zat yang tidak terbanding. Ianya umpamakan cecair emas dan boleh mengenyangkan perut bayi yang masih kecil.

4. BAYI PERLUKAN AIR MASAK TAMBAHAN PADA CUACA PANAS.
Tidak benar sama sekali!. Susu ibu mengandungi air yang secukupnya untuk bayi, maka air tambahan adalah TIDAK PERLU. Bahkan bahaya jika berikan air masak pada bayi sebelum berusia 6 bulan.

5. Basuh puting setiap kali selepas menyusu.
TIDAK BENAR. Ini tidak boleh disamakan dengan botol susu kerana jika tidak dibasuh dengan betul, ia berupaya mengumpul kuman. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan. Jika dibasuh maka ia boleh menghilaangkan minyak pelindung pada puting.

6. Menyusu botol lebih senang dari menyusu badan.
Yang jadi susah tu sebab ramai yang tidak mendapat bantuan atau tidak cukup info tentang penyusuan. Bila tiada ilmu di dada maka kita akan jadi mudah berputus asa dan rasa susah. Sebaiknya semasa mengandung lagi carilah ilmu tentang penyusuan.

7. SUSU FORMULA KANDUNGANNYA SAMA DENGAN SUSU IBU
Tidak sama sekali ye. Susu formula tidak mengandungi antibodi, tidak mengandungi enzim, tidak mengandungi sel-sel hidup.

8. Berhenti susukan bayi jika bayi menghadapi cirit birit atau muntah.
Ye, boleh hentikan makanan lain tapi TERUSKAN MENYUSU. Sebab susu badan adalah terbaik dan boleh melawan jangkitan. Susu ibu sudah cukup menampung keperluan bayi pada ketika ini.

9. Ibu kena makan banyak untuk dapatkan susu yang banyak.
Oh tidak sama sekali! Kalau begitu sudah pasti ramai ibu menyusu jadi gemuk Makan ikut keperluan sahaja dan bukannya makan fikirkan untuk 2 orang. Amalkan diet sihat dan makan berpada-pada.

10. Wanita yang mempunyai PAYUDARA KECIL mempunyai susu yang sedikit berbanding wanita dengan payudara besar.
MENGARUT!

Ingin dapatkan info2 lain? Boleh layari:
http://permatacintaku.blogspot.c ... tang-penyusuan.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037666 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list