CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2449|Reply: 9

Eun-Hye kesepian

 Close [Copy link]
Post time 15-2-2013 01:04 PM | Show all posts |Read mode
SEKILAS pandang, tentu tiada siapa menyangka artis jelita Korea, Yoon Eun-Hye berusia 29 tahun. Malah, tenaga diberikan ketika berlakon dalam drama mahupun filem menunjukkan kudratnya sama seperti mereka yang masih muda.


Mula aktif sebagai pelakon sejak 1998, Eun-Hye muncul sebagai penyanyi menggantikan tempat bekas kumpulan Baby VOX, Lee Gai. Bagaimanapun, menjadi ahli kumpulan yang termuda tidak semudah disangka kerana dia sering dibuli.


Bertahan enam tahun, Eun-Hye mencari arah tuju dalam industri seni dengan menjadi hos rancangan televisyen serta muncul sebagai pelakon tambahan dalam beberapa siri sitkom sementara mencari syarikat yang dapat menguruskan kerjayanya.

Diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama Princess Hour, bakatnya diakui lantas ditawarkan berlakon dalam The Vineyard Man, seterusnya Coffee Prince.

Peminat Eun-Hye kini dapat menyaksikan lakonannya dalam rantaian drama I Miss You yang mula bersiaran di TV9 sejak 28 Januari lalu.


Berganding dengan Park Yu Chun, ia mengisahkan kisah cinta antara Jung Woo (Yoo Seung Ho) dan Soo Yun berputik sejak mereka masih di sekolah menengah.

Bagaimanapun, satu kejadian menyebabkan mereka terpisah. Selepas beberapa tahun, mereka ditakdirkan bertemu.

Jarak usia Seung Ho yang sembilan tahun lebih muda daripada Eun-Hye sedikit pun tidak mencacatkan lakonan mereka, malah ramai teruja melihat pasangan sama cantik dan kacak itu hingga I Miss You menjadi antara drama Korea yang diminati kini.

Eun-Hye tidak menafikan risau apabila mendapat kekasih yang jauh lebih muda. Katanya, kali pertama bertemu Seung Ho di Pulau Jeju, ternyata mereka mempunyai personaliti sama iaitu susah untuk mesra.

“Di luar lokasi penggambaran, karakter Seung-Ho sama seperti remaja di luar, tetapi berubah menjadi lelaki matang apabila penggambaran bermula.

“Kami banyak berkongsi cerita mengenai pengalaman berlakon. Dari situlah keserasian kami wujud.

“Sebelum drama ini ditayangkan, ramai menganggap lakonan kami sebagai kekasih akan menjadi janggal tetapi selepas beberapa episod bersiaran, kami mendapat maklum balas positif mengenai keserasian kami dan berjaya menyentuh hati penonton dengan percintaan Jung Woo dan Soo Yun,” katanya.

Sebagai wanita, dia masih mempunyai impian sederhana seperti wanita lain iaitu berkahwin dengan lelaki yang dicintai dan mampu menjaga dirinya dengan baik.

Belum mempunyai teman hidup, Eun-Hye mengakui kesepian kerana tiada tempat untuk bermanja mahupun berkongsi masalah. Katanya, sebelum ini dia hanya memikirkan soal kerja hingga menolak lelaki yang mencintainya.

“Berkongsi cerita mengenai cinta dengan umum bukan perkara yang saya suka. Bagaimanapun, saya akui belum mempunyai teman lelaki dan berharap dapat menemui cinta sejati.

“Saya tiada pengalaman dalam percintaan. Apabila membabitkan diri dalam industri seni, saya tiada masa untuk bertemu janji dengan lelaki kerana terlalu sibuk,” katanya.

Eun-Hye sedar, dia tidak boleh selama-lamanya hidup bersendirian dan ingin segera mempunyai teman hidup untuk mengisi kesunyian.




PROFIL:

Tarikh Lahir: 3 Oktober 1984
Tempat Lahir: Seoul, Korea Selatan

Anugerah: Pelakon Baru Terbaik (Anugerah MBC 2006), Pelakon Terbaik (Anugerah Grimea Ke-19 2006), Pelakon Wanita Terbaik (Anugerah Paeksang Arts Ke-44 2008), Artis Paling Popular (Anugerah KBS 2009), Bintang Hallyu Tahunan dan Artis Paling Popular (Anugerah MBC Drama 2012)

Pernah dibaling campuran sos cili dan cuka pada matanya oleh anti peminat Eun-Hye, menyebabkan matanya hampir buta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 01:57 PM | Show all posts
Ni la scandal Jong Kook.. Hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 07:37 PM | Show all posts
AlienGurlz posted on 15-2-2013 01:57 PM
Ni la scandal Jong Kook.. Hehehe..

sweet ja tgk diorang berdua...iols agak kejelesanla jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 08:58 PM | Show all posts
tosei posted on 15-2-2013 07:37 PM
sweet ja tgk diorang berdua...iols agak kejelesanla jugak

Iols pun jeles jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 09:34 PM | Show all posts
la dia ni dah tua jugak eh
aku ingat muda mudi lagik dalm 23 - 24
maybe aku terpengaruh dgn drama princess hour tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:31 PM | Show all posts
abg kookie @JongKook kan ada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2013 12:54 AM | Show all posts
haha..kookie tggu eunhye..2-2 msih single
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 01:27 AM | Show all posts
comelnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 03:33 PM | Show all posts
Go jongkook
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:08 PM | Show all posts
jongkook oppa kan ada.sweet je diorang berdua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056812 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list