CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1779|Reply: 3

Jay Park mohon maaf

 Close [Copy link]
Post time 11-2-2013 07:12 PM | Show all posts |Read mode
PADA 3 Februari lalu, Jay Park memuat naik foto di laman sosial Instagram menunjukkan isyarat lucah hingga mengundang rasa kurang senang sebahagian besar peminatnya.


  Sehari selepas itu, dia menulis permohonan maaf dan berjanji untuk lebih berhati-hati dan memberi alasan sedar dirinya milik awam.

  Dalam kenyataannya, dia sedar tidak boleh puaskan hati semua pihak sama ada keluarga, peminat ataupun diri sendiri.    “Semua orang ada pendapat dan pendirian sendiri. Jika anda benci atau suka saya, saya berterima kasih atas keperihatinan anda. Saya akan terus senyum biar pun anda memaki saya.


  “Saya hanya mahu memiliki muzik yang bagus, persembahan baik dan menjadi artis yang baik. Saya mahu mewujudkan situasi di mana saya boleh ambil berat dan bantu orang yang saya sayang.

  “Jika anda terasa, saya minta maaf. Mulai sekarang, saya akan berfikir sebelum membuat sesuatu dan bekerja keras untuk album terbaru nanti,” katanya.

  Sebelum ini, Jay Park pernah berdepan kontroversi hampir sama beberapa tahun lalu apabila beberapa komennya dalam laman sosial Myspace berbaur lucah ditemui, menyebabkan dia terpaksa meninggalkan kumpulan 2PM.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 03:44 PM | Show all posts
biase je.. dia kan lama dok america, hip hopper lagi.. buat lagu kat america jela
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 04:39 AM | Show all posts
x knl pun die ni.
ape2 pun, as retis jgnlh nk buat bkn2 ye.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 01:15 PM | Show all posts
jay park kan artis korea tapi bukan dia duduk korea pun. so mesti dah terbiasa dengan budaya2 amerika tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041804 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list