CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 0

Jawab jika panggil Cage

 Close [Copy link]
Post time 10-2-2013 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Aktor Tom Cruise, 50, hanya akan menjawab pertanyaan apabila dirinya dipanggil Cage. Ia dilakukan kerana ingin menghayati watak Cage dalam filem All You Need Is Kill. Cruise meminta pelakon dan kru terbabit memanggilnya dengan nama karakter.

Cruise juga tidak kisah apa orang kata. Yang lebih penting baginya, dapat memberi tumpuan kepada filem itu dengan menggunakan taktik sama dalam setiap lakonannya.


“Dia dianggap pelakon legenda. Sebab itu apabila dia meminta semua yang terbabit dengan pembikinan filem itu memanggilnya Cage, tidak ada yang membantah,” kata sumber kepada akhbar The Sun.

Tindakan Cruise dipuji pengarahnya, Cameron Crowe dan menganggapnya seorang yang jujur dan sentiasa bersemangat dalam kerjaya.

“Apa yang dilihat oleh penonton dalam lakonannya, sebenarnya dia menggambarkan diri sendiri yang cekal, berfikiran positif dan tidak suka membazirkan masa orang lain walaupun sesaat,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040388 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list