CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1743|Reply: 2

Indonesia Puji Kewibawaan Malaysia Bantu Majukan Industri Filem

 Close [Copy link]
Post time 10-2-2013 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Indonesia Puji Kewibawaan Malaysia Bantu Majukan Industri Filem Ke Peringkat Antarabangsa

BERLIN, 9 Feb (Bernama) -- Inisiatif kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk memajukan industri filem tempatan di peringkat antarabangsa mendapat pujian penggiat filem Indonesia.

Penerbit dan pengarah terkemuka Indonesia, Helfi Kardit berkata kerajaan Malaysia prihatin dan peka untuk membantu membangunkan industri filem dengan mengetengahkan produk dan karya ke European Film Market (EFM) Berlin yang sedang berlangsung.

"Kalian (anda) sangat beruntung kerana mendapat sokongan kerajaan. Kami sendirian, atau perlu bergabung bersama production house lain untuk datang ke sini.

"Kami perlu mengumpulkan wang sendiri, dan mereka mewakilkan saya untuk membuka booth yang disewa RM30,000 ini untuk mempamerkan filem-filem Indonesia seperti Broken Hearts, The Martyr, Lantai 13 dan Miracle Death Challenge," katanya ketika ditemui wartawan Malaysia pada Sabtu.

Helmi menjelaskan industri filem perlu mempunyai sokongan dari kerajaan seperti yang dilakukan kerajaan Malaysia dalam usaha memperkenalkan karya dan budaya mereka ke persada antarabangsa.

"Agak sukar untuk mana-mana karya filem tempatan untuk bertapak di festival antarabangsa tanpa penglibatan agensi kerajaan.

"Langkah FINAS ini harus dipuji kerana berani mengambil risiko untuk membantu produser memasarkan filem," katanya.

Nada yang sama dilontarkan Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim yang berpendapat tanpa 'tangan' Finas, perjalanan seni industri filem tempatan ke peringkat antarabangsa agak sukar dan berliku.

Menurutnya penerbit filem tempatan perlu menembusi pasaran antarabangsa namun memerlukan kerjasama kerajaan untuk menjayakannya memandangkan pelbagai cabaran menanti seperti kos yang tinggi selain perlunya kenalan atau hubungan yang kukuh dengan pemain industri antarabangsa.

Sementara itu, Pengerusi FINAS Datuk Md Afendi Hamdan berkata produser tempatan perlu menggunakan kesempatan yang diberi kerajaan dalam mempromosi filem Malaysia ke luar negara.

Melihat kepada wujudnya peningkatan dalam penerimaan masyarakat antarabangsa pada filem tempatan, Md Afendi berkata Finas sememangnya perlu menggerakkan industri ini supaya terus berpeluang bertakhta di pasaran asing.

"Saya harap lebih ramai lagi produser tempatan tampil menyertai festival ini kerana kita bersedia membantu mereka untuk memasarkan karya seni mereka.

"Mereka rugi jika hanya ingin mencipta filem untuk pasaran tempatan kerana kita boleh bantu mereka memasarkan produk ke pasaran Asia, Eropah, Timur Tengah dan lain-lain," katanya.

EFM adalah antara pasaran filem terbesar di dunia dan platform pertemuan pemain industri utama dunia bagi filem antarabangsa.

Festival tahunan ini juga merupakan pameran perdagangan yang mengumpulkan pengedar, pembeli filem,, pengeluar, pembiaya dan agen pengeluaran bersama.

Festival ini diadakan serentak dengan Festival Filem Antarabangsa Berlin juga dikenali sebagai Berlinale, yang merupakan salah satu festival filem terkemuka di dunia dan terkenal dengan pelbagai acara membabitkan industri filem antarabangsa.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 12:46 AM | Show all posts
malaysia memang bertuah ada sokongan kerajaan tak macam  indonesia yg bersendirian.

bersyukur ler apa yg kita ade sekarang berbanding tempat lain yg sentiasa susah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 04:18 AM | Show all posts
dgr cerita hantu kampung pisang tu? tak dapat masuk brunei ek? mufti brunei tak bg ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056723 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list