Malam tadi tonton filem ni kat 8TV.. Filem kerjasama Malaysia dan SIngapore..
I wonder why this movie is not a hit.. Memang best storyline, lakonan, dan paling penting mesej dalam cerita ni..
Ada satu part tu kalo buat iklan CNY memang boleh menang iklan terbaik.. Memang sedih gillerr..
Sinopsis:
Keat dan Xin adalah pasangan yang aneh.
Keat, seorang fotografer yang berlatarbelakang keluarga nelayan, tidak punya harta dan rupa,
hanya yang ada hati yang sangat jujur dan baik hati.
Xin pula seorang gadis yang sangat cantik, anak orang kaya yang dimanjakan dan dilimpahi kemewahan.
Keat seorang Hokkien dari Pulau Pinang, Xin seorang Kantonis dari Singapura.
Selepas suatu pertemuan tak terduga, mereka mengambil keputusan untuk kahwin,
walaupun mendapat bantahan ibu bapa Xin.
Xin berkeras untuk mengahwini Keat lalu berpura-pura bahawa dia hamil anak Keat.
Pelbagai masalah berlaku ketika majlis perkahwinan mereka, kerana perbezaan budaya, adat dan latarbelakang keluarga.
Makin mengeruhkan keadaan kedua-dua kawan baik Keat dan Xin sering memberikan nasihat yang salah kepada mereka berdua.
Masalah sebenar bermula selepas selesainya majlis perkahwinan Xin dan Keat yang serba mewah
sehingga memakan ratusan ribu ringgit.
Dapatkah Keat membayar hutang-hutang tersebut? Adakah keluarga Xin akan berubah?
Dan adakah perkahwinan Xin dan Keat akan menuju bahagia atau sengsara?
Sememangnya recommended to all.. I give 9/10 !
P/s: The Wedding Diary 2 baru aja keluar di panggung..