cmf_death posted on 6-5-2013 01:14 PM
bro.. kalo lcd jd cam bawah ni slalunya prob dia ape?
Ini, biasanya masalah pada controller board LCD.Ada juga sebab masalah riben sambungan cermin LCD tu dengan controller (kalau dulu ada teknik tekan riben tu, lain akan hilang) atau masalah pada kabel LVDS LCD ke motherboard(tapi ni jarang jumpa).
Line ni akan bertambah dari semasa ke semasa sehingga video dah tak dapat tengok dah.Masalah ni adalah disebabkan jangka hayat yang dah sampai akhir serta kualiti LCD/LED skrin yang dibekalkan oleh pengeluar.
Kalau TV masalah skrin macam ni, cuma tukar card T-con sahaja dah selesai masalah ni, tapi kalau skrin Laptop atau sesetengah monitor susah nak baiki.Bukan tak boleh baiki, tapi sapareparts ic tu takda.
LCD controller board