CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2866|Reply: 1

10 pemuzik besar dunia yang pernah ada

[Copy link]
Post time 9-1-2013 04:24 PM | Show all posts |Read mode

                                                 Johann Sebastian Bach (1685-1750)

Johann Sebastian Bach adalah seorang komposer Jerman. Ia menggubah muzik untuk alat-alat muzik organ, harpsichord dan clavichord, dan juga untuk orkestra. Karyanya yang paling terkenal adalah Brandenburg concerto. Dan kalau kamu ada yang main 02JAM (game online music), terdapat beberapa karya bach seperti BACH invension, Fugue


Ludwig Van Beethoven (1770-1827)



Beethoven adalah seorang komposer Jerman yang mencipta muzik yang menarik dan dramatik. Bila pertama kali diperdengarkan, musiknya dianggap sangat memukau dan asli. Ia terus menulis komposisi lagu bahkan setelah ia menjadi pekak


Ravi Shankar (1920 - sekarang



Ravi Shankar (1920 - sekarang) Ravi Shankar adalah seorang komposer India yang terkenal kerana kepiawaiannya bermain sitar. Musiknya dikagumi oleh The Beatles dan Yehudi Menuhin. Ia adalah murid dari Allauddin Khan (pengasas sekolah muzik klasik India, Maihar gharana), Pandit Ravi Shankar adalah seorang instrumentalis India yang terkenal dengan karya rintisannya yang membawa kekuatan dan pesona muzik klasik tradisi India ke dunia Barat. Ini dilakukan melalui kerjasamanya dengan The Beatles khususnya George Harisson dan juga kerana karisma peribadinya sendiri. Karier muziknya merentang selama lebih dari enam dekad dan Shankar baru-baru ini memegang Rekod Guinness untuk karier antarabangsa akhir.


John Michael Osbourne (1948-Sekarang)





John Michael Osbourne, lebih dikenali sebagai Ozzy Osbourne (lahir di Aston, Birmingham, West Midlands, United Kingdom, 3 Disember 1948; umur 60 tahun), merupakan seorang penyanyi berkebangsaan Inggeris. Ia adalah vokalis kumpulan muzik heavy metal Black Sabbath yang terkenal pada tahun 1970-an. Digelar sebagai BAPA HEAVY METAL dunia


Bob Marley (1945-1981)



Bob Marley merupakan penyanyi reggae berbangsa Jamaica. Ia mula dikenali di dunia musik reggae pada tahun 1962. Ia menikah dengan Rita Marley dan mempunyai 13 orang anak. Album pertamanya ialah The Wailing Wailers dilancarkan pada tahun 1965 bersama The Wailers. Pada 1974 lagu No Woman No Cry dikenali di Jamaica dan negara-negara Amerika. Namun pada tahun 1977 ia mengidap penyakit kanser. Pada tahun 1980, Marley pengsan semasa jogging di New York. Namun pada 1981 Marley meninggal dunia selepas mengalami kanser dalam 4 tahun terakhir. Ia meninggalkan seorang isteri dan 13 orang anak.


Jimi Hendrik (1942-1970)




James Marshall "Jimi" Hendrix adalah pemuzik, penyanyi, penulis lagu, gitaris dan tokoh budaya Amerika. Ia sering disebut sebagai salah satu pemain gitar elektrik yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock. Dia boleh memainkan gitar dengan tangan kanan ataupun tangan kiri. Gitar Fender Stratocaster dengan tanda tangannya berharga sangat mahal. Jimi juga penemu efek gitar WAH pedal.

                                                    Heitor Villa Lobos (1887-1959)


Heitor Villa Lobos adalah seorang komposer muzik klasik yang menggunakan melodi dan ritme Brazil dengan pengaruh Afrika untuk mencipta muzik gaya baru yang indah. Ia adalah salah seorang komposer besar Amerika Latin.


                                            Wolfgang Amadeus Mozart (1756-1791)



Wolfgang Amadeus Mozart menunjukkan kejeniusannya dalam bermusik ketika ia masih kanak-kanak. Kemudian ia dapat menghasilkan simfoni dengan beberapa nada yang dipilih secara rawak dari tuts piano. Hidupnya yang singkat, ia telah menulis lebih dari 600 komposisi muzik, termasuk 41 simphony, dan opera seperti The Magic Flute dan The Marriage of Figaro. Mozart menulis simfoni pertamanya sewaktu berusia 8 tahun.


Yehudi Mennin (1916-1999)



Yehudi Menuhin menjadi terkenal sebagai pemain biola berbakat pada usia awal. Ia mempertunjukkan konsert biola pertamanya di hadapan awam pada usia 7 tahun. Ia juga memimpin sebuah orkestra, dan mengadakan festival muzik. Tahun 1963, ia mendirikan sekolah musik di Inggeris untuk anak-anak berbakat. Lahir di New York, AS, ia pindah ke Inggeris tahun 1959 dan tinggal di sana sampai akhir hayatnya



George Gershwin (1898-1937)



George Gershwin asal Amerika menggabungkan gaya klasik dengan muzik jazz dan blues Amerika. Ia menulis Rhapsody in Blue dan opera Porgy and Bess




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2013 06:12 AM | Show all posts
ooh gituh ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109534 Replies : 6851
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72968 Replies : 664
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89217 Replies : 3456
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37345 Replies : 26
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 26899 Replies : 28
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41595 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066207 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list