CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8100|Reply: 12

(C) Oneironaut (U)

[Copy link]
Post time 6-1-2013 02:14 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt...
Saya budak baru belajar..sudah lama menjadi pembaca senyap, teringin nak berkarya dan bermain dengan alphabet....
Harap boleh komen dan cuba membetulkan yang mana kurang dan salah...

Tajuk cerita ni Oneironaut, maksudnya ialah seseorang yangmeneroka dunia mimpi.

Watak di dalam cerita ini -->
Nadia - seorang yang pemalu dan pendiam. Seorang ulat buku yang suka membaca di mana sahaja dia berada. Nadia merupakan pelajar jurusan perakauanan.

Sara - seorang yang periang dan easygoing. Dia merupakan pelajar jurusan komunikasi massa.

Syahril - kawan kepada kedua orang gadis ini, Nadia dan Sara. Syahril menaruh hati kepada salah seorang daripada dua orang gadis itu.

Daniel - seorang playboy, buaya jadian yang diciptakan untuk memainkan perasaan wanita.






NOTE: Cerita ini adalah khayalan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2013 02:46 AM | Show all posts
Barisan pelakon pilihan hati..
suka-suka

Heliza Helmi sebagai Nadia - seorang yang pemalu dan pendiam. Seorang ulat buku yang suka membaca di mana sahaja dia berada. Nadia merupakan pelajar jurusan perakauanan.



Nur Fathia sebagai Sara - seorang yang periang dan easygoing. Dia merupakan pelajar jurusan komunikasi massa.



Hyun Bin sebagai Syahril - kawan kepada kedua orang gadis ini, Nadia dan Sara. Syahril menaruh hati kepada salah seorang daripada dua orang gadis itu.




Jang Woo sebagai Daniel - seorang playboy, buaya jadian yang diciptakan untuk memainkan perasaan wanita.


Last edited by yoels on 6-1-2013 02:50 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 02:54 AM | Show all posts
Bab 1

Dua kelopok mata terbuka perlahan-lahan. Cahaya samar -samar kembali menjengah bebola matanya. Nadia memerhati suasana sekeliling.Pesanan cahaya giat dihantar ke retina untuk disalurkan ke otak. Nadia kembali tersedar. Suasana sekeliling diteliti sekali lagi.

“Kat mana aku ni? Astagfirullah adzhim. Bermimpi rupanya aku.”

“Aku masih kat universiti rupanya.” Nadia menggosok kedua-dua matanya. Lamunan sebentar tadi kembali menjengah. Nadia tersenyumsendiri. Tudung biru muda miliknya bergoyang sedikit ditiup angin petang sepoi-sepoi bahasa. Lesung pipit di sebelah pipi kanannya menghiasi wajah Nadia yang kusam keletihan.

Jam tangan miliknya ditatap. Jarum pendek menunjuk ke arah nombor tiga. Dua pasang mata kuyu ligat mencari-cari si jarum panjang. Jarum panjang diperhati.   

“Dah pukul 3.30 rupanya. Boleh pulak aku mimpi siang-siang hari macam ni? Baik aku pergi solat Asar dulu. Dah nak masuk waktu ni. Daripada duk mengelamun tak tentu pasal baik aku pergi solat, dapat jugak pahala. ” rintih Nadia sendirian.

Buku “The Power of Now” diletakkan ke tepi. Beg galas hitam Adidas miliknya dicapai ke pangkuannya. Buku “The Power of Now“ cuba dimasukkan ke dalam ruang kosong di dalam begnya. Nadia membetulkan kedudukan beberapa buah buku kuliahnya yang sedikit tidak tersusun di dalam begnya. Zip ditutup. Kedua-dua kakinya kini berdiri tegak. Beg dicapai menyentuh bahu. Tudung biru muda itu sedikit renyuk kesan daripada duduk menyandar pokok.

Earphone di kedua telinganya dikeluarkan. Lagu Maher Zain,“Freedom” dihentikan. Ipod disimpan kembali ke dalam bag galasnya. Azan Asar kuat kedengaran mengetuk gegendang telinganya.

Nadia memulakan langkahnya ke arah masjid universiti yangterletak tidak jauh daripada tempat dia duduk berehat. Beberapa orang pelajar lain turut sama menuju ke arah masjid. Namun terdapat juga beberapa kelompok pelajar lain yang masih sibuk berborak panjang sesama sendiri. Nadia cuma memerhati dari jauh. Cermin mata yang sedikit longgar ditolak ke dalam. Lirikmatanya jatuh pada satu kelibat tidak jauh daripada tempat dia sedang berjalan.

“Dia pakai baju warna hijau hari ini.”

“He looks handsome in that cloth.”

Sepasang mata mengintai ke arahnya. Nadia segera mengalihkan pandangan. Muncung tudungnya melentok ke tepi, membuatkannya rasa kelam kabut dan tidak tenang. Cermin matanya dibetulkan beberapa kali. Dia cuba mengekalkan cara jalannya supaya tidak nampak gelabah dan kekok. Muncung tudungnya seakan-akan sedang bermogok, semakin diperbetul, semakin meragam jadinya.  

“Tenang, Nadia! Tenang! He’s right there. Jangan tunjukkalut. ”

“Ala bolotnya aku rasanya!” tempik Nadia di antara anak tekaknya.


Last edited by yoels on 6-1-2013 03:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 05:48 AM | Show all posts
Seusai solat Asar Nadia duduk sebentar di dalam masjid. Mathurat meniti bibirnya satu demi satu ayat. Mathurat telah menjadi penemannya sejak sekian lama, diturunkan daripada seorang ayah kepada seorang anak. Ayahnya selalu berpesan supaya dia mengamalkan membaca Mathurat setiap hari. Walau betapa penat sekalipun harinya, dia tetap tidak akan lupa untuk membaca Mathurat.

Tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang. Satu suara yang cukup dikenali menjenguk gegendang telinganya.

“Hei, Nad! Lama tak jumpa. Lama aku tak nampak kau. Kau menghilang ke mana hah?”

“Aku ada je kat sini terdampar kat tempat lepak biasa kita tu. Kau je yang sibuk memanjang. Dah lama tak singgah ‘our royal hangout’.“

“Hahaha!” Sara ketawa dengan tiba-tiba apabila muncul perkataan ‘our royal hangout’. Perkataan keramat yang dikongsi bersama di antara tiga orang sahabat baik, Nadia, Sara dan Syahril.

“ Syah pun lama aku tak nampak. Sekarang ni dua-dua jarang nak nampak batang hidung.  Kau dengan kelab wartawan kau tu, si Syah dengan kelab bola dia,” kata Nadia sambil mencapai kasut hitamnya.

“Bukan aku tak nak pergi kat tempat lepak kita tu, cuma aku sibuk sikit kebelakangan ini. Kau tahu lah aku tengah handle satu projek besar sekarang,“ balas Sara membetulkan kedudukannya.

“Kau pun apa kurangnya, dengan kelab membaca kau tu,” sambung Sara lagi.

“Kau ada dengar pasal Dr Ahmad?” kata Nadia memulakan gosip yang baru didengarinya.

“Tak. Apa cerita dengan ‘Mr Pelik’ tu?” tanya Sara mengangkat mukanya memandang Nadia.

“Aku dengar dia ada penemuan baru. Dia cipta mesin untuk mengecilkan barang, ” cerita Nadia.

“Kau percaya?” Sara ketawa mendengar cerita Nadia.

“Hmmm..Entah, mungkin kot. Kau tak percaya ke?”

“Kenapalah la kau ni lurus bendul? Pernah ke apa-apa mesin yang dicipta oleh Mr Pelik tu berjaya? Tak pernahkan? Mustahil la dia boleh cipta mesin nak kecilkan barang. Aku gerenti seratus peratus tak adanya mesin kecilkan barang ke, mesin untuk ke masa hadapan ke! Kau ingat Dr Ahmad tu duduk dalam dunia Doraemon ke, nak main kecilkan barang ni,” balas Sara dengan sisa ketawanya yang masih berbaki.

“Aku cakap je. Tapi tak mustahil la. Walaupun Dr Ahmad tu selalu je buat projek yang masuk longkang tapi dua tahun lepas dia berjaya reka robot mini,” sambung Nadia lagi tidak puas hati.

“Aku ada dengar jugak pasal robot mini tu. Sebut pasal robot mini ni, teringat aku dekat mamat poyo perasan macho.”

“Saper?” soal Nadia keliru.

“Saper lagi Daniel la!”

“Daniel Haris bin Datuk Hassan.”

“Daniel kan student kesayangan Dr Ahmad. Nama je best student tapi perangai hampeh. Semalam aku nampak dia dengan seorang minah ni. Seksi giler.”

“Aku tak faham la kenapa ramai sangat yang tangkap cintan dengan si mamat poyo tu. Aku confirm Si Daniel tu kejap je dengan awek tu. Buaya jadian macam si Daniel tu tak tahan lama pun dengan mana-mana awek. Bila dah puas main-main, cari awek yang lain pulak,” tambah Sara lagi sambil mengetatkan tali kasutnya.

“Eh, aku dah lewat ni. Ok lah aku blah dulu. Cakap pasal buaya jadian tu takkan habis. Tunggu bulan mengambang, jadi manusia balik barulah dia insaf agaknya.”

“Ok lah aku ada janji nak siapkan assignment petang ni. Kalau kau jumpa Syah, kirim salam aku kat dia.”

“A’ah, Insya Allah. Mana salamnya?”

“Ish kau ni,” balas Sara sambil menepuk bahu Nadia. Kedua-duanya ketawa.

“Ha satu lagi, jangan lupa pergi konsert amal Palestin nanti, hujung minggu ini. Jangan lupa promote kat course mate kau yang lain. Kalau nak daftar, kau bagi dorang nombor phone aku. Aku in-charge bahagian pendaftaran. Aku dah daftarkan untuk kau tau.”

“A’ah aku hampir lupa. Nanti jangan lupa tau reserve tempat VVIP untuk aku. Aku nak front seat,” balas Nadia sambil mengangkat kedua belah keningnya.

“Mimpi la kau nak VVIP seat…,” sambung Sara sambil berlalu pergi. Langkah Sara yang sedikit cepat diperhati. Mata yang tadinya kusam kini kembali bertenaga. Penangan air wudhu’ menyegarkan seluruh anggota badannya.

Nadia bangun berdiri. Suasana sekeliling diperhati. Jam tangan dicapai daripada poket beg galasnya dan dipakaikan ke tangan kanannya. Dua jarum jam yang berputar ditatapi.

“Ada setengah jam lagi sebelum meeting tu mula. Aku nak buat apa ya?” fikir Nadia dalam hati. Kaki dibawa meniti padang rumput hijau tanpa hala tuju yang pasti. Tanpa disedari dia telah berada di tempat lepak yang biasa mereka kunjungi. Memori-memori lampau kembali menyinggah kotak ingatannya. Memori lampau sewaktu mereka masih muda mentah, tahun pertama universiti kembali meniti tirai kotak ingatannya. Alam universiti yang amat berbeza dengan alam persekolahan yang penuh suka duka.

“Semua ‘innocent’ macam robot.”

Wajah Sara memakai cermin mata bingkai penuh berwarna hitam menjenguk memorinya. Gaya tudung tiga segi yang dilepaskan straight dikenakan dengan brooch bunga di tengah-tengah menarik perhatian Nadia. Cara lipatan tudung Sara jugak sungguh unik. Dia melipat dalam tepi tudungnya menjadikan wajahnya nampak bulat. Kali pertama dia mengenali gadis kecil manis yang berbaju kurung ini adalah melalui kelas Bahasa Inggeris yang diambil pada semester itu.

Ekspresi pertama Nadia mengenai gadis itu,

“Budak berjurus.”

Nadia langsung tidak menyangka Sara adalah pelajar jurusan komunikasi massa di bawah bahagian kewartawanan kerana penampilannya tidak menunjukkannya sebegitu.

Visual Sara membawa buku di tangan masuk ke kelas mengetuk pintu cerebrumnya. Lobus temporal sibuk beroperasi bagi mendapatkan kembali memori-memori lampau yang tersimpan beku di dalam organ kecil di dalam sangkar tengkorak miliknya.

“Why are you late? Do you know that I hate student who came late! It is already 9.30 a.m. My class is at 9 a.m. So please get out. I can’t teach person who came late to my lecture,” tegas Encik Saiful, pensyarah bahasa inggeris yang sangat terkenal pantang melihat pelajar datang lambat ke kelas.

“But sir,errr…. I...err..,”

“You what?!” laung Encik Saiful sambil mengetuk meja dengan tangan kanannya.

“Saya sakit perut cirit birit!!” sembur Sara dengan lajunya akibat terkejut dengan dentuman kuat yang dihasilkan oleh meja malang itu.

“Oppp…”

“Alamak malunya. Kenapa lah aku pergi cakap yang aku cirit birit. Ni Encik Saiful punya pasal la. Habis kantoi aku. ”

“Malu, malu, malu!” jerit hati kecilnya. Sara tunduk malu merenung lantai, tidak sanggup rasanya untuk memandang ke arah pelajar-pelajar lain yang sedang rancak mengetawakannya. Terasa mukanya menebal setebal ‘The Great Wall of China’.
Seluruh dewan kuliah bergema dengan gegaran ketawa daripada pelajar-pelajar. Encik Saiful hanya menggeleng kepala.

“I’m very sorry sir. I promise I won’t do this again. I promise!” kata Sara sambil mengangkat tangan kanannya seakan-akan bersumpah.

“I’m going to let you go this time. But if I see you do the same thing next time, there won’t be any mercy like this anymore.”

“And remember class, I really hate those who come late to the class!” tegas Encik Saiful sekali lagi.

“Fuhhh..lega aku,” detik hati kecil Sarah.

Sara menarik nafas lega. Cermin mata bingkai hitamnya diperbetulkan. Namun perasaan malu masih menghantui langkahnya. Langkah layu diatur menuju ke tempat kosong di bahagian belakang dewan kuliah. Terdengar beberapa suara mengulang-ulang perkataan keramat yang diungkapkannya sebentar tadi.

“Cirit birit..”

“Apa tengok-tengok?!” kata Sara cuba untuk menghilangkan rasa malunya.

“Orang tengok pun tak boleh,” balas Syahril yang berada di barisan hadapan daripada tempat Sara melabuhkan punggungnya.

“Cirit birit!” laung Syahril perlahan diikuti dengan ketawa yang terbahak-bahak.

“Okay, class. That’s enough. Silent, please. Let continue our lesson for today,” sambung Encik Saiful meredakan getaran mega di dalam dewan Abu Bakar As-Siddiq itu.

Nadia menoleh ke tepi. Sara membalas pandangannya. Dua pasang mata bertembung. Nadia senyum. Dia cuba untuk meredakan kekagetan Sara yang memalukan diri sendiri di depan orang ramai sebentar tadi. Namun Sara tersalah anggap ia sebagai satu ejekan. Dia mencebik mulutnya dan terus menoleh ke hadapan tanpa mempedulikan Nadia yang berada di tepinya.

“Kenapa dengan dia ni? Aku senyum, dia cebik pulak,”

“Masalah cirit birit tak settle lagi agaknya,” fikir Nadia tanpa cuba membuat konklusi yang lebih mendalam lagi mengenai gadis “skema” di sebelahnya ini.

Suara Encik Saiful memenuhi ruang udara dewan Abu Bakar As-Siddiq. Pertembungan zarah-zarah atom mengalirkan suara Encik Saiful ke segenap penjuru dewan kuliah itu.

Syahril memerhati keadaan sekitar. Pandangan semakin lama semakin menyusut. Kuliah yang mengambil masa yang lama membuatkannya hanyut di dalam khayalan sendiri. Suara Encik Saiful sudah seakan-akan bertukar menjadi melodi buaian tidurnya. Zarah-zarah bunyi menepuk lembut telinganya seakan seorang ibu yang cuba menidurkan anak kecilnya. Matanya semakin kuyu dan hampir tertutup rapat. Gejala penyakit “ptosis” di dalam kelas sewaktu kuliah berjalan adalah phenomena yang tidak asing lagi bagi Syahril.

Syahril sempat menari rentak gemalai penari klasik sebelum Encik Saiful menggunakan kuasa perwira pemadam white board dan membalingnya tepat mengenai muka Syahril yang sedang asyik dibuai mimpi. Beberapa rentak sempat dipertayangkan sebelum aksi balingan “super saiya” dibuat oleh Encik Saiful.

Beberapa pelajar perempuan yang berada di belakang Syahril ketawa kecil melihat tarian gemalai yang dipersembahkan oleh Kamil seperti tarian tradisional di malam kebudayaan.

“Gempa bumi! Lariiiiiii!!!!” laung Syahril tanpa sedar. Sekali lagi dewan Abu Bakar As-Siddiq dipenuhi dengan letupan ketawa menggegarkan dewan kuliah yang menempatkan lebih kurang 300 orang pelajar.
Bunyi ketawa mengejutkannya. Dia tersedar daripada lenanya. Satu kelibat manusia menangkap pandangannya. Muka Encik Saiful ditatap lama. Badan tegap berkemeja putih itu sedang bercengkak pinggang di hadapan white board, memandang tepat ke arahnya yang sedang berdiri.

“Kenapa la Si Saiful ni duk tenung aku je?”

“Kejap, jap. Kenapa semua orang gelak ni?”

“Dan bila masa pulak aku boleh berdiri ini?!”
Monolog Syahril terhenti. Setelah beberapa saat menganalisis keadaan, barulah Kamil sedar realiti yang sangat menebalkan muka. Malu menyelubungi diri.

“Aiseh, macam mana aku boleh tertidur ni,”

Nadia memerhati dari tempat duduknya. Aksi Syahril menggaru-garu kepala  mencuit hati. Syahril seorang yang sangat periang dan mudah bergaul dengan semua orang.  Dia suka mengusik orang terutamanya perempuan. Siapa tidak kenal Syahril, budak engine yang terkenal dengan kenakalannya.

Nadia tersenyum sendiri. Siapa pernah menjangka, dua orang hamba Allah ini menjadi sahabat baiknya. Beberapa tahun meninggalkan mereka bersama jejak memori yang tak mungkin dilupai oleh mereka.

--------------------------
nota kaki
ptosis : adalah satu keadaan kelopak mata jatuh seperti tertutup mata. Ia disebabkan oleh kelemahan otot yang mengawal pembukaan kelopak mata yang disebabkan oleh penyakit tertentu.
Istilah ptosis yang digunakan di atas tiada kena mengena dengan maksud asal ptosis, saya cuma menggunakan istilah ini sebagai penambah perisa karya saya

berjurus ---> maknanya baik dalam slang kelantan
bolot ---> maknanya serabai dalam slang kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 10:37 AM | Show all posts
Tak menahan betul heronya!

Welcome to the board! Semuga bertambah meriah dgn cerita2 baru.
err.... kisah budak ipt/kolej ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 11:21 AM | Show all posts

Ada cerita baru....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2013 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamboi hero semua dr korea
Apa pun  teruskan menulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2013 05:02 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-1-2013 10:37 AM
Tak menahan betul heronya!  

Welcome to the board! Semuga bertambah meriah dgn cerita2 baru.

heheee..
tak jumpa hero melayu yang disukai..

hmm boleh la dikatakn cerita budak ipt/kolej, tak decide lagi..tengah berfikir dan mencari idea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2013 05:04 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 6-1-2013 11:21 AM
Ada cerita baru....



tak tahu best ke tak..semoga enjoy baca karangan budak hingusan ni
dan dialu-alukan kritikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2013 05:10 PM | Show all posts
fatehana posted on 6-1-2013 03:48 PM
Hamboi hero semua dr korea
Apa pun  teruskan menulis

heheheinsya Allah..selamat enjoy karangan yg entah apa-apa ni..jgn lupa kritik ya

pilih hero korea ni sebab
mencari-cari hero melayu, tapitak jumpa yg berkenan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 05:11 PM | Show all posts
yoels posted on 7-1-2013 05:04 PM
tak tahu best ke tak..semoga enjoy baca karangan budak hingusan ni
dan dialu-aluka ...

Cik xpandai nak kritik...
Cik suka membaca je..
dari awalan penulisan cik dah tertarik

Tahniah TT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2013 05:15 PM | Show all posts
Bab 2

“Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land”

Nadia tersedar daripada lamunan panjangnya. Telefon Samsung Galaxy Ace dicapai daripada kocek bagnya. Deringan lagu 'Freedom' dimainkan berulang-ulang kali sebelum ibu jarinya menarik butang "Answer".

Panggilan dijawab. Suara di sebalik corong kedengaran seperti dimiliki oleh beberapa pemilik. Nadia cuba menangkap bunyi yang bising yang didengarinya.  

“Assalamualaikum, hello?” Nadia memulakan kata.

“Assalamualaikum?” Nadia mencuba sekali lagi.

“Waalaikumsalam, Kak Nad. Aimi ni. Kak Nad dah ada kat tempat ‘meeting’ ke?” jawab suara pemilik pemanggil panggilan itu.

“Belum lagi. Akak baru nak pergi sana. Kenapa Aimi? Ada masalah ke? Akak dengar bunyi bising kat belakang awak.”

“A’ah kak. ‘Don’t worry’, dah ‘settle’ dah. Cuma saya rasa saya tak sempat nak pergi meeting hari ni. ‘Sorry’ kak.” balas suara itu.

“Tak pe. Hari ni cuma nak bincang pasal perancangan bulanan kita. Nanti akak ‘update’ dengan Aimi. Kalau ada apa-apa yang boleh akak tolong, bagi tau saja. I’m here for you dear.”

“Thank you, kak. Ni sayang ni kakak comel saya ni. Ok kak, kirim salam saya kat semua dengan lafaz ‘Assalamualaikum’.” tambah Aimi lagi.

Nadia tersenyum kecil.

“Insya Allah, nanti akak sampaikan. Masih ingat lagi ya Aimi pasal tu.”

“Mestilah ingat. Sampai sekarang saya amalkan tau setiap kali nak kirim salam kat seseorang. Mana boleh nak kirim sesuatu tanpa ada bendanya. Mestilah kena bagi salamnya, kalau saya nak kirim salam kan. Betul tak kak?” tambah Aimi lagi dengan suara riangnya.

“Ya betul. Adik akak seorang ni.”

“Akak yang ajar saya, mestilah saya ingat dan amalkan. Ok lah kak saya nak kena ‘stop’ dulu.”

“Ok, Aimi take care. Akak pun nak gerak jugak ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Nadia memulakan langkahnya. Jam di tangan diperhatikan sekali lagi.

“Tinggal 15 minit lagi. Lebih baik aku percepatkan langkah. Tak nak terlambat pulak nanti,” bisik hati kecilnya. Tanpa membuang masa Nadia menambahkan kelajuan setiap langkahnya. Tempat perjumpaan itu sebenarnya tidak jauh daripada tempat dia berada, namun dia tidak mahu sampai cukup-cukup masa sahaja.

“Kalau boleh aku nak sampai awal, boleh buat ‘preparation’ sikit. Walaupun aku dah ‘prepare’ apa yang patut. But I need to check one more time before the meeting.”

Perjumpaan itu memakan masa selama lebih kurang 2 jam.

“Dah nak pukul enam ni. Aku rasa kita dah capai konklusi daripada apa yang kita bincangkan. Aku rasa kita dah boleh tangguhkan perjumpaan kita pada petang ini.” kata Syahril selaku pengerusi kelab membaca mereka itu.  

Perjumpaan itu bersurai pada pukul enam petang. Ahli perjumpaan mula bersurai dan membawa langkah masing-masing ke arah destinasi yang berbeza.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2013 05:16 PM | Show all posts
“Kau tak de latihan bola ke petang ni?” tanya Nadia menduga.

“Sepatutnya ada, tapi aku khaskan waktu ni untuk perjumpaan bulanan kita.” balas Syahril sambil mengemaskan beberapa dokumen yang berada di atas meja.

“Aku lupa pulak, Sara kirim salam,” tambah Nadia lagi sambil menyusun buku-buku yang berselerak di atas meja. Beberapa orang pelajar lain turut sama membantunya.

“Dah lama aku tak jumpa Sara. Aku sibuk dengan final year projek. Nak keluar lepak macam biasa pun susah. Kau pun lama dah tak belanja aku makan kat kedai mamak. Aku rindulah makanan yang kau belanja.” balas Syahril sambil tersengih seperti kera dapat bunga. Tangan kanannya diletakkan di bawah dagunya dengan sikunya ditampung oleh meja. Pandangannya memandang tepat kepada Nadia sambil kedua-dua belah matanya berkelip dengan cepat beberapa kali memohon supaya permintaannya ditunaikan.

“Mengada betul la kau ni.” balas Nadia sambil menggeleng kepala tanapa mempedulikan Syahril yang sedang memandangnya.

“Serius ni. Aku rindu masa kita selalu lepak kat bawah pokok tua tu, yang kau panggil pokok memori tu.”

“A’ah aku pun rindu masa tu, Kau, Sara dan aku. Kau akan baring atas rumput sambil baca koleksi buku Ramlee Awang Mursyid kau tu, dan Sara dengan buku kewartawanan dia. Sekarang ini semua masing-masing sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.”

“Dan kau pulak asyik duk membebel dengan ‘broken english’ dan ‘wrong pronounciation’. Duk dengar audio belajar bahasa inggeris kau tu. Kau dengar lagi ke audio-audio tu?”

“Dah tak dengar dah. Aku dah ada teman praktis aku la.”

“Saper la yang malang sangat tu?” kata Syahril sambil ketawa berdekah-dekah.

“Apa malangnya. Baik apa tolong kawan nak improve bahasa inggeris. Kau je yang tak membantu langsung, asyik gelakkan aku je. Sara je yang baik. Dia dengar je aku MEMBEBEL tu dalam bahasa inggeris bila kat rumah.”

“Kalau kau nak tahu Sara tu malas nak layan kau yang ‘persistent’ ni.” Gelak Syahril dapat didengari oleh beberapa pelajar yang lain.

“Maaf.” kata Syahril sambil mengangkat tangan kepada pelajar lain yang berpaling kepadanya akibat gelaknya yang agak kuat.

Walaupun Syahril selalu mngetawakan Nadia, namun jauh di dalam hatinya dia menyokong kuat apa yang dilakukan oleh Nadia. Namun ego lelakinya menghalangnya daripada menampakkan perasaan sebenarnya. Cara sokongannya adalah dengan mengejek Nadia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061055 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list