|
KISAH 12
Telah ditakdirkan pada saya untuk melalui satu pengalaman yang unik. Maksudnya, bukan semua orang berpeluang melalui pengalaman itu. Dan mungkin tidak ada siapapun yang mahu melaluinya sekalipun ditawarkan. Tetapi hidup adalah misteri yang sering memaksa kita menjangka sesuatu yang tidak dijangka. Saya telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Inilah detik hitam dalam hidup yang sama sekali tidak saya jangkakan.Setiap manusia pasti melalui saat itu. Bagaimana gah pun seseorang, pasti sekali dia ‘terkena’. Bahkan selalunya mereka yang pernah melalui saat seperti itulah yang akan berjaya. Sengatan peristiwa hitam sangat menyakitkan tetapi jika dapat dihadapi dengan baik ia menjadi seumpama suntikan imunasi yang menjadikan seseorang kebal dari sebarang kekecewaan. Ramai yang mula melonjak naik setelah ‘terkena’…. Bahkan sampai ada yang beranggapan, untuk menjadi manusia berjaya, seseorang mesti melalui satu peristiwa sangat pahit dalam hidupnya.Saya masih ingat apa yang dikatakan oleh pegawai penyiasat ketika saya mula dibayangkan akan dihantar ke KEMTA (Kem Tahanan Kamunting). Waktu itu saya mula membayangkan hidup 2 tahun, terasing kesepian. Mampukah saya? Saya beristighfar berkali-kali. Namun pegawai penyiasat saya berkata, “rilekslah… baru kena 2 tahun. Bukannya hukum gantung.” Saya tak pasti apakah dia juga akan rileks kalau dia yang berada di tempat saya. Saya juga tidak pasti apakah dia bercakap untuk menasihati saya atau sekadar ingin menyedapkan hati saya…. Tetapi yang pasti saya mendapat satu kekuatan dan cabaran untuk menghadapi realiti setelah mendengar kata-katanya. Mulai hari itu saya sudah mula membiasakan diri dengan nama Kamunting. Sedangkan sebelumnya, mengingatnya pun sudah semacam satu kengerian. Sebelum ke Kamunting, saya sudah dibayangkan keadaan, cara hidup, kemudahan dan ‘keselesaan’ hidup di sana. Bermacam-macam yang saya dengar. Boleh beli makanan yang bermacam-macam di kantin, boleh belajar, memasak, bermain dan ‘bersama’ isteri dalam jangka masa yang boleh dirundingkan. Wah, meriah sungguh hidup di Kamunting. Saya sudah menyediakan bermacam-macam rancangan ketika di sana nanti. Seorang kawan ingin meneruskan pengajiannya secara jarak jauh. Seorang lagi ingin meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan Inggerisnya. Saya pula membayangkan untuk membawa peralatan komputer bersama dan boleh menulis sebanyak-banyaknya buku dengan bahan rujukan yang banyak di tempat yang selesa. Apatah lagi, dengar-dengarnya boleh membuat panggilan telefon kepada sanak-saudara, bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. Lucunya ada seorang kawan berbangsa India dari Sarawak mendapat cerita bahawa di Kamunting ada “swimming pool” yang orang tahanan boleh berenang dan bersantai-santai di dalamnya. Tapi… bila menjejak kaki di Kamunting, terbukti hampir tiga perempat cerita-cerita itu tidak benar lansung. Indah khabar dari rupa. Begitulah takdir yang saya temui di Kamunting. Keadaan di sana terlalu sunyi. Pergerakan terhad dan dikawal. “Kemunting Resort” tidaklah seindah yang dibayangkan oleh IO (pegawai penyiasat). Tapi hati saya tidaklah terlalu kecewa… memanglah tempat orang bersalah. Pastilah begitu keadaannya. Kalaulah selesa, cantik dan nyaman, tidak layaklah ia dijadikan tempat tahanan. Mungkin layak jadi tempat pelancongan. Di situ, saya melalui kehidupan yang unik. Bayangkan, berbagai bangsa, agama dan budaya, ‘terkurung’ dalam satu kawasan terhad dan dipaksa menjalani tempoh ‘hukuman’ sebagai cara pendidikan untuk menginsafkan. Terlalu banyak yang saya belajar. Maha Suci Allah, yang terlalu kaya sifatnya hingga kasih sayang dan cinta-Nya dapat terus dirasai lewat kawat berduri. Dalam tahanan saya kerap berbincang dengan ramai orang Cina, India, Pakistan, Bangladesh, Madura, Serani dan lain-lain. Pada masa yang banyak terluang, saya membaca buku-buku ‘antik’ yang masih tersimpan di perpustakaan Kamunting yang serba sederhana itu. Saya berkesempatan melihat catatan-catatan pensel pada novel-novel Melayu lama yang kebanyakannya dibuat oleh bekas tahanan Komunis. Tulisan dalam Bahasa Mandarin atau Inggeris yang begitu rapi walaupun beransur-ansur samar kerana semakin dimamah usia. Saya juga membaca luahan hati atau luapan semangat yang tercatat di muka surat tertentu. Walau apa pun saya kagum dengan kesungguhan mereka belajar. Sejak “malam pertama” di Kamunting, yakni di bilik penerimaan (sebenarnya lokap) di Kawasan T1, saya sudah menulis. Kebetulan pada hari itu bekalan elektrik terputus, saya mula menulis di atas sampul surat berisikan perintah tahanan yang saya terima dari KDN sewaktu ditahan di Kuala Lumpur. Hanya sebuah sajak yang sarat dengan rintihan dan harapan. Baru seminggu kemudian ketika alat-tulis yang dipesan melalui keluarga sudah sampai dan juga buku catatan yang dibeli dari kedai tahanan, barulah saya menulis sedikit selesa dan mantap. Saya mula membaca kitab Al Hikam oleh Ibnu Ataillah Askandari yang dihuraikan dengan baik oleh Prof. Dr. K.H Muhibbuddin Al Waly. Saya juga membaca Tafsir Al Azhar (HAMKA), Stop Worrying And Start Living oleh Dale Carnargie. Buku-buku yang lain payah didapati (perpustakan Kamunting perlu dipertingkatkan). Selain daripada itu saya mengulang kaji secara cepat buku Mauizatul Mukminin oleh Imam Ghazali. Ketika-ketika tertentu saya juga membaca buku-buku motivasi yang ditulis oleh penulis-penulis Barat yang kebanyakan dibaca oleh tahanan berbangsa Cina dan India. Untuk riadah saya mula membaca buku bagaimana bermain Ping Pong dengan baik. Sayangnya, buku-buku itu ditulis dalam suasana eksklusif yang hanya dirasai oleh para penulisnya. Bagaimana ‘rasa’ daripada suasana itu mahu dipindahkan kepada manusia-manusia terkurung seperti kami? Kekadang ada yang naik geram, bila penulis mengesyorkan supaya orang yang bermasalah pergi melancong…. Tambah menderita kalau penulisnya mencadangkan supaya berbincang dengan isteri…. Bayangkan destinasi pelancongan di tempat tahanan ini? Dan mustahil dapat bebas bersama isteri ketika bertemu sekali-sekala dibatasi jaring-jaring besi…. Saya terpaksa berdepan dengan tahanan-tahanan ISA yang kebanyakannya tidak lagi mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi seperti dahulu. Kalau dahulu para tahanan terdiri daripada para intelek – Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali, Karpal Singh (sekadar menyebut beberapa nama) tetapi kini tahanan terdiri daripada buruh kasar, kuli kontrak, tukang gunting, pembawa teksi.. Namun manusia tetap unik…Mari saya kenalkan dengan seorang teman berbangsa Cina sewaktu sama-sama ditahan di Kamunting dahulu. Dia seorang positif dan cergas. Cheong (bukan nama sebenar) setiap awal pagi lagi telah bangun dan mula bersenam dengan disiplin Taicinya. Setelah mandi dan bersarapan pagi, dia mula belajar bahasa Inggeris dan kemudian mengajar bahasa Mandarin. Jadual waktu belajar, bermain, pakaian dan aktiviti hariannya terdisiplin dengan begitu rapi. Jarang saya melihat dia susah hati. Kalau adapun cuma sekali-sekala terutama pada hari Sabtu. tidak mengenalinya dari dekat, saya tentu tidak menyangka bahawa dia sebenarnya mempunyai banyak masalah. Pada suatu hari, dia telah dibenarkan pulang untuk satu masalah keluarga yang sangat “urgent”…. Daripada situ barulah rahsia dirinya tersingkap oleh saya (yang kebetulan rapat dengannya). Sebenarnya, dia mempunyai seorang ayah yang sedang nazak kerana penyakit barah. Perniagaan yang dikendalikan oleh isterinya pula sedang merosot akibat penahanannya. Anak lelakinya masih tertanya-tanya akan ‘kehilangan’nya. Tetapi kawan saya itu tetap senang dan mampu gembira? Malah lebih gembira dari sesetengah kawan yang lain, yang kadang kala masalah-masalah mereka jauh lebih ringan daripadanya? Jawabnya… kerana kawan saya itu mengamalkan falsafah hidup yang betul. Dia selalu berkata, “apa guna risau-risau. Nanti sakit. Bila sakit, apa guna harta dan wang. Hari ini gua mahu senaman. Nanti gua mahu jumpa gua punya bini dan anak dengan badan kuat dan sihat. Kalau lu susah hati…. Talak makan, talak tidur, lu akan sakit. Kalau sakit nanti satu sen pun tak ada guna.” Ramai kawan-kawan berbangsa Cina di kem tahanan yang mengamalkan falsafah mudah untuk mententeramkan hati mereka. Mereka selalu berkata, “jangan kita rugi dua tahun. Kita mesti untung dua tahun.” Pada mulanya saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka tetapi kemudian saya faham maksud ‘ahli-ahli falsafah’ Kamunting itu. Di luar mereka tidak punya masa untuk bersenam, menjaga kesihatan dan menguruskan badan. Bahkan ada yang setiap malam minum arak dan berpelesiran hingga pulang jauh-jauh malam. Akibatnya, ramai yang kena penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan lain-lain lagi. Tetapi bila ditahan, badan yang sakit mula sihat kembali hasil senaman, makan, tidur, baring dan lain-lain yang terkawal. Lebih-lebih lagi sentiasa mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan daripada pegawai perubatan (H.A) yang dikhaskan.Bagi mereka, pencapaian ini menguntungkan. Dengan badan yang sihat dan kuat terhasil semasa dua tahun ditahan, mereka lebih beruntung berbanding berada di luar dengan badan yang sakit-sakit dan lemah. Boleh jadi jika kesihatan terus diabaikan kematian pun boleh berlaku lebih cepat. Kalau begitu kan elok ditahan 2 tahun oleh ISA? Di kem Kamunting, majoriti penghuninya mengalami tekanan perasaan. Walaupun tempoh tahanan dikatakan 2 tahun, tetapi tidak ada satu tarikh tetap untuk bebas. Berbanding dengan banduan yang “ditahan atas kesalahan jenayah”, tahanan ISA tidak pasti bila akan dibebaskan. Boleh jadi ditambah lagi…. Manusia menjadi musuh pada apa yang tidak diketahuinya. Ketidak-pastian satu penyeksaan. Dalam keadaan-keadaan seperti itulah mereka sering dilanda kecewa. Mula-mula ditahan, terasalah diuji Tuhan… masing-masing mula “merapati” Tuhan. Bertaubat, minta ampun dan akhirnya minta segera dibebaskan. Namun kemudian, hati resah kenapa doa tidak terjawab? Apakah Tuhan mendengar rintihan ku? Apakah Tuhan tidak mengasihani ku? Begitulah bisik-bisik hati. Mulanya hanya melintas sesekali tetapi kemudiannya membengkak dan akhirnya menunggu masa untuk meledak. Bila terjadi demikian, tekanan makin membebankan. Sebab-sebab yang kecil sahaja boleh menimbulkan pertengkaran yang sengit. Bayangkan sebab seketul ayam yang kecil waktu makan pun boleh menimbulkan pergaduhan. “Haiya… dulu luar punya jam rebut-rebut pasal ribu-ribu, juta-juta, sekarang pasal ayam pun boleh gaduh-gaduh….” Begitu rungut seorang teman berbangsa Tionghua. Apa lagi kalau menerima berita buruk daripada keluarga. Surat cerai, anak sakit, kesempitan hidup dan pelbagai berita negatif di luar. Ini boleh menggugat ketahanan jiwa orang tahanan jauh melepasi batas yang dapat ditanggung oleh mereka. Takdir menentukan saya hidup di sana dan menjadikan saya seorang daripada mereka. Tekanan jiwa, bimbang, marah dan kecewa menjadi basahan hidup sejak hari pertama ditahan untuk disoal-siasat. Jeritan untuk bebas sering bergema dalam hati. Penahanan adalah berlawanan dengan fitrah manusia yang cintakan kebebasan. Namun, takdir mengatasi tadbir. Manusia tidak dapat lari dari ketentuan Tuhan. Yang tinggal hanyalah keupayaan tadbir untuk menerima takdir. Tetapi setiap takdir, pasti ada hikmahnya. Mencari hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku, akan menyebabkan kita tidak terlalu siksa menerima sesuatu yang buruk. Pernah saya berbual dengan seorang teman dari Madura seusai solat berjemaah.
“Apa hikmahnya Pak Cik ditahan?” Tanya saya.
“Oh, banyak… kalau di luar mana sempat saya solat. Asyik berdangdut saja. Nanti-nanti main judi…. Kalau tidak berzina…” jawabnya mudah.
Seorang kawan berbangsa Pakistan pula ketika ditanya, menjawab, “Syukur. Kalau tak ditahan saya terus main perempuan. Minum-minum….” Begitulah teman-teman saya, begitulah saya. Cuba mencungkil sebanyak-banyak hikmah. Alhamdulillah saya temui hikmah itu di Kamunting. Tiba-tiba sahaja saya rasa mendapat kekuatan baru. Sebagai penulis, bukankah masa yang begini panjang boleh dimanfaatkan untuk membaca dan menulis? Anda mungkin tidak percaya kalau dikatakan Kamunting adalah ‘syurga’ bagi penulis. Saya mempunyai banyak masa di waktu siang untuk membaca buku, menyediakan catatan-catatan, menulis sajak, cerpen dan bahan pemikiran yang dirasakan penting. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menulis. Sayangnya semacam satu hambatan (kalau tidak pun satu halangan) telah terjadi. Bagaimana saya betah menulis dengan tangan setelah sekian lama menggunakan L-top? Pada skrin komputer perenggan-perenggan tulisan boleh dialih-alihkan, kesalahan boleh dipadamkan dengan mudah dan tangan tidak lenguh memegang pena. Tentunya dalam bilik berhawa dingin pula. Tetapi semua itu mustahil di Kamunting, meja tulis terdiri daripada meja papan yang letaknya berdekatan dengan meja Ping Pong. Bangku panjang yang keras dan panas yang menyenggat. Peluh mengalir bersama aliran dakwat. Saya juga kehilangan kawan-kawan di kalangan editor dan penulis. Bahan bacaan dan rujukan sangat terhad…. Rakan untuk ‘brain storming’ hampir-hampir tidak ada. Tiba-tiba saya tersedar, saya tidak boleh memandang rendah kepada kawan-kawan sekeliling. Mungkin mereka buruh kasar, tetapi selagi diberi akal tentu mereka mempunyai keistimewaan. Dan lagi, saya bertuah kerana semua mereka sedang menghadapi masalah…. Jadi tentu masing-masing ada cara untuk menghadapi masalah mereka. kenapa tidak dikutip kaedah-kaedah mereka itu? Bisik hati saya. Ketika itulah saya sedar bahawa ‘kehilangan’ saya bukanlah satu kekurangan bahkan saya sedang menemui satu kekuatan baru yang jarang-jarang ditemui oleh orang lain. Saya sedar saya sedang mendapat latihan yang tidak ternilai kerana setiap hari saya terpaksa berdepan dengan OT (orang tahanan) yang bermacam-macam ragam. Ini sekolah bagi saya. Dan mereka semua adalah rakan yang perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah. Tentunya ini satu latihan praktikal yang yang jika berjaya dilaksanakan, akan memberi nyawa kepada tulisan saya nanti? Ya, saya terus mencari hikmah, justeru yakin hikmahlah yang dapat menjadikan manusia yang lemah menjadi gagah. Saya bisikkan ke hati, ada di antara pengarang menulis dengan darahnya. Dengan tinta dan kertas yang diseludupkan secara curi-curi pula. Tetapi mereka lelaki sejati… terus menulis walau apa pun keadaan yang mereka hadapi. Akhirnya saya bersyukur bila sedar bahawa cara menghadapi masalah mestilah ditulis ketika kita berdepan dengan masalah. Barulah, ‘real’. Tentulah janggal misalnya, kalau ada penulis yang menulis tentang kemiskinan ketika enak-enak bersantai di banglo besar tanpa merasa sedebu pun bahang kemiskinan. Dan sinis sekali, akhirnya si penulis menjadi kaya hasil jualan bukunya tentang kemiskinan ketika si miskin yang menjadi bahan tulisan terus dalam kemiskinan…. Alhamdulillah, saya dapati masa-masa yang saya habiskan di meja tulis dalam tahanan Kamunting, adalah masa-masa ‘bahagia’ dalam tempoh derita itu. Malah kadang kala lebih bahagia daripada masa-masa yang saya alami di luar. Barulah saya sedar, bahawa hakikatnya ‘penjara hati’ adalah lebih sempit daripada mana-mana penjara di dunia. Berapa ramai orang bebas dan merdeka membunuh diri berbanding banduan yang meringkuk di penjara? Usaha untuk memahami hikmah perlukan ilmu. Perjuangan untuk merasai hikmah perlukan iman. Jelaslah, bahawa apa jua masalah yang dihadapi oleh manusia mesti disalurkan kepada ibu sawat yang mengawalnya. Kembalikanlah segalanya kepada Tuhan. Justeru Allah mengajar manusia bahawa setiap kali mereka ditimpa masalah (ujian), maka ucapkan apa yang tertera di dalam Al Quran:
“Kami milik Allah, dan kepada Allah kami akan dikembalikan.” Sebaik sahaja segala-galanya dikembalikan kepada Tuhan maka akan terserlah ribuan hikmah di sebalik ujian yang satu. Hikmah terbesar ialah lambaian kasih sayang Tuhan di sebalik setiap ujian. Agar manusia yang lupa, derhaka dan sombong itu kembali ingat, taat dan merendah diri kepada Pencipta-Nya. Hanya apabila dipisahkan daripada segala kecintaannya – isteri, anak-anak, saudara-mara dan teman-teman, barulah manusia terdorong mengingati Tuhan. Di dalam tahanan, semua tempat pergantungan seolah-olah telah dicantas. Talian bumi ke bumi telah putus. Tetapi talian kepada Tuhan – Teman Daerah Tinggi (sepertimana sabda Rasulullah) makin terbuka. Hati kita seolah-olah dibisikkan bahawa Tuhan itu dekat, lambaian-Nya mesti dibalas. Dileburnya akal seluruh tadbir, untuk dilenturkannya hati sepenuh takdir. Saya teringat kata profesor Hamka ketika beliau ditahan selama 2 tahun 4 bulan dipenjara Indonesia. Katanya “di waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang.” Lalu atas kesedaran itulah saya menulis. Catatan ini bukan teori atau andaian tetapi hasil mengalami, merasai dan belajar di satu daerah yang unik dan asing. Di satu transisi yang jarum waktu seolah-olah diperlahankan dan penghuninya ‘terputus’ hubungan daripada dunia luar. Kini setelah beberapa lama berlalu, saya masih mampu mengimbau puputan angin dingin KEMTA, burung-burung gembala kerbau, serangga hitam berkulit tebal (istilah di Kemta: ‘Combat’) yang ‘menyerang’ waktu hujan, segar bunga kekwa, mekar bunga mawar, detakan mangga kunci pengawal waktu dinihari… Oh, syukur saya ditakdirkan melalui saat itu. Saat yang paling mendidik dan menginsafkan. Kesibukan dunia bebas ke kadang terlalu bakhil untuk menghadiahkan waktu buat mengkoreksi kesilapan dan keaiban diri sendiri. Saya seorang yang penakut… Allah didik untuk saya berani melalui pengalaman yang “sakit” ini. Saya seorang yang sukar berdepan dengan “perpisahan”… Allah didik saya dengan perpisahan total ini. Saya seorang yang resah, Allah “sesah” saya dengan cemeti di daerah asing ini agar saya lebih tabah. Inilah “bunga dari Kamunting” yang pernah saya cium keharumannya. Hakikatnya, Tuhan telah ‘menahan’ saya… untuk membebaskan saya. Terima kasih ISA! Untuk anda pembaca, yakinlah bahawa PENJARA JIWA itu lebih dahsyat dan mengikat daripada mana-mana penjara di dunia!
Bunga dari Kamunting: Terima Kasih ISA!
kredit :
http://genta-rasa.com
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 13
Pengalaman ngeri sebagai tahanan ISA
Abdul Malek Hussin, bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tidak akan dapat melupakan buat selama-lamanya peristiwa buruk yang telah berlaku ke atas dirinya sembilan tahun yang lalu.
Abdul Malek, 51, telah menang dalam samannya terhadap kerajaan kerana menangkap dan menyeksanya pada tahun 1998. Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya. Beliau memfailkan saman tersebut pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.
Abdul Malek yang juga pengerusi badan pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) ditahan di bawah ISA sembilan tahun yang lalu. Beliau menceritakan kepada Malaysiakini setiap saat pahit yang dilaluinya sewatku menjadi tahanan ISA.
Berikut adalah petikan temubual beliau dengan Malaysiakini:
Sudah sembilan tahun berlalu, bolehkah anda menceritakan apa yang berlaku, apakah yang telah mereka lakukan terhadap anda, dan perasaan anda ketika itu?
Apabila (bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat oleh kerajaan kerana dituduh terbabit dalam aktiviti tidak bermoral, maka ramai rakyat yang tidak puashati dengan ketidakadilan (penangkapan Anwiar), dan sebagai seorang rakyat, saya menyokong pejuangan untuk menegakkan keadilan untuk Anwar. Saya adalah antara mereka yang tidak senang dengan cara kerajaan pimpinan Dr Mahathir mengguna dan menyalahgunakan kuasa ketika itu, untuk memecat Anwar dan saya mengambil keputusan untuk menunjukkan sokongan (kepada Anwar).
Saya terbabit dalam gerakan reformasi sejak hari pertamanya lagi pada 4 September 1998. Selepas penangkapan Anwar, saya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Dr Mahathir dan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor. Saya kemudiannya mengetuai perhimpunan di Masjid Negara pada 25 September, lima hari selepas Anwar ditangkap.
Saya ditangkap di rumah saya di Ampang pada kira-kira jam 10-11 malam. Saya pulang (ke rumah) dengan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang rakan. Dia menurunkan saya kira-kira 200 meter dari rumah saya dan polis menangkap saya ketika saya berada di pintu pagar. Saya digari dan dipaksa membuka pintu pagar rumah saya oleh pasukan polis yang diketuai oleh ASP Borhan Daud.
Mula-mula dia memaksa saya membuka (pintu rumah) dan tentunya saya bertanya, "Mengapa saya digari?" dan dia berkata, saya ditahan di bawah ISA. Saya kemudiannya bertanya, "Mengapa anda perlu menggari tangan saya?" dan saya bertanya kepadanya "Apakah sebab saya ditahan", (dan dia berkata) "ISA" dan dia menjawab seperti robot, semuanya adalah (di bawah) ISA. Dia kemudiannya berkata, dia mahu menggeledah rumah saya, dan saya bertanya mana warannya. Malah, saya bertanya waran untuk menangkap saya di bawah ISA. Dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa, dan dia berkata, ISA, dan dia berkata, saya sepatutnya tahu.
Dia mahu menggeledah rumah saya dan saya bertanya di mana warannya, dan sekali lagi, dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa dan dia berkata ISA. Saya memanggil anak-anak saya dan keluarga saya membuka pintu dan anggota polis masuk dengan memakai kasut, terus ke tingkat bawah dan tingkat atas rumah saya. Mereka kemudiannya masuk ke bilik mentelaah saya, serta menggeledah dan memeriksa semua dokumen saya. Mereka kemudian masuk ke bilik tidur saya di mana isteri dan anak-anak saya sedang tidur. Isteri saya terkejut dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya menunjukkan kepadanya (tangan yang bergari) dan apabila dia bertanya mengapa, saya menjawab "ISA".
Kemudian, mereka merampas beberapa dokumen dan mereka juga merakamkan dokumen-dokumen tersebut. Selepas 40 minit berada di dalam rumah saya, mereka mengarah saya mengikut mereka. Mereka kemudiannya bertanya di mana kereta saya. Borhan memaksa saya menunjukkan kepadanya di mana kereta saya dan saya berkata, saya dihantar pulang oleh seorang rakan dan saya turun kira-kira 200 meter (dari rumah). Saya menunjukkan kepada Borhan tempat saya turun dari kereta. Rakan saya sudah beredar dari situ. (Borhan) naik marah dengan jawapan saya sehingga dia bertindak menampar saya di situ juga dan sakitnya dapat dirasai hingga ke hari ini. Saya rasa saya telah kehilangan lebih 40-50 peratus deria pendengaran di telinga kiri saya. Apabila mahkamah diberitahu mengenai perkara itu, Borhan menafikannya.
Selepas itu, dia memaksa saya masuk ke dalam kereta, bukan kereta polis, ia kereta biasa. Saya diarah memakai (kacamata) tertentu bervisi kelabu, tetapi kemudiannya saya menyedari bingkai di sini (sebelah kiri) telah patah dan saya memberitahu mereka yang ianya telah patah dan mereka mengarahkan saya (menanggalkan) kacamata saya dan salah seorang pegawai (membuka) baju-t hitam yang dipakainya dan menyerkupnya menutup kepala saya. Anda bayangkanlah bau baju t-shirt itu yang agaknya telah dipakainya sejak pagi hingga tengah malam. Ia amat busuk dan mereka memaksa saya masuk ke dalam kereta. Saya melutut dan diarah supaya tidak melihat ke mana-mana kerana mereka tidak mahu saya tahu ke mana mereka membawa saya.
Kemudiannya mereka membawa saya pergi dari situ dan kira-kira beberapa minit kemudiannya, kereta tersebut berhenti. Saya tidak tahu di mana. Mereka kemudiannya membawa saya naik anak tangga sebuah bangunan yang kemudiannya saya mendapat tahu (Ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur). Mereka membawa saya ke sebuah bilik dan saya diarah menandatangani (sekeping) kertas yang disediakan oleh Borhan yang menyatakan bahawa saya ditahan di bawah ISA, jadi Borhan adalah pegawai yang melakukan tangkapan.
Selepas itu mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian - menanggalkan baju dan seluar saya. Saya ingat ok kerana saya tahu tahanan ISA akan diberi pakaian tahanan khas (iaitu) berwarna biru. Jadi saya ingat saya akan diberi pakaian tersebut. (Selepas) saya menanggalkan kesemua pakaian, tiba-tiba seorang pegawai menggari tangan saya dari belakang dengan kuat sekali, dan di situ terdapat enam hingga lapan orang pegawai di depan saya dalam sebuah bilik kecil di tingkat satu. Saya digari dan mereka menutup mata saya dengan dua (keping) kain hitam dan saya bingung sepenuhnya. Saya tidak tahu siapakah mereka, jadi saya mengagak mereka semua adalah pegawai yang melakukan tangkapan yang diketuai oleh Borhan.
Kemudian Borhan menendang dan menumbuk saya dan saya boleh dengar suaranya betul-betul di depan saya kerana dia yang menangkap saya dan saya boleh kenal suaranya. Seorang pegawai akan mengambil satu objek keras dan memukul kaki kanan saya, seorang pegawai lagi akan memukul kaki kiri saya dan mereka kemudiannya menumbuk muka saya. Saya kemudiannya kena 'flying kick', 'side kick' dan mereka kemudiannya memaksa saya berdiri.
Sejurus kemudian saya terjatuh dan tidak sedarkan diri untuk pertama kali dan mereka menuangkan air dan memaksa saya berdiri lagi dan saya jatuh pengsan sekali lagi - semuanya sebanyak lima kali. Dan saya juga mengira dengan jari saya berapa kali saya dipukul [...] semuanya 63 kali. Selepas itu saya tidak tahan lagi dan tidak sedarkan diri. Itulah yang dapat saya ingat ketika masih sedar...
Salah satu pukulan itu amat kuat sekali dan tiba-tiba kain yang menutup mata saya terjatuh dan betul-betul di depan saya adalah (Abdul) Rahim Noor yang memakai sarung (tinju) berwarna merah. Dia memakai (baju) batik Indonesia, berseluar hitam dan kasut berkilat warna perang. Saya masih ingat dan saya menceritakannya secara terperinci di mahkamah. Dan kerana (kain penutup mata) terjatuh, saya terkejut dan dia juga terkejut kerana saya dapat mengenalinya dan dia terus beredar, begitu juga dengan semua pegawai lain yang turut beredar dari situ kerana tidak mahu mereka dikenali. Kemudian mereka pusing saya menghala ke dinding dan sekali lagi menutup mata dan saya terus dibelasah hingga tidak sedarkan diri.
Apabila saya sedar semula, waktunya masih belum jam 4 pagi. Mereka mengarah saya pergi ke bilik lain yang hawa dingin dibuka dengan kuat. Saya masih bertelanjang dan badan saya sakit akibat dipukul. Penghawa dingin itu terletak di tengah-tengah bilik dan setiap beberapa minit mereka mencurah air sejuk ke kepala saya. Dalam keadaan anda telah diseksa dan cedera, dicurahkan pula dengan air sejuk dan saya menggeletar kesejukan. Mereka bertanya sama ada saya sejuk dan saya menjawab iya dan mereka akan mencurah lebih banyak lagi air sehingga kira-kira jam 4.30 pagi. Mereka kemudian berhenti dan tidak lagi bertanya sebarang soalan.
Semasa diseksa mereka, Borhan bertanya kepada saya sama ada saya dahaga dan saya menjawab "tentulah dahaga". Kemudian secara tiba-tiba seseorang memegang saya dari belakang dan seorang lagi menggunakan jarinya untuk membuka mulut saya seluas-luasnya. Mereka kemudiannya menuang cecair yang rasanya hanyir dan kotor, ke dalam mulut saya. Ia adalah air kencing dan mereka memberitahu saya ia adalah air kencing. Air kencing mereka, bukan air kencing saya. Mereka bergilir-gilir kencing dan secara paksa menuang kira-kira dua tin air kencing mereka.
Bila mereka bertanya sama ada saya lapar atau tidak, saya jawab "Tentulah saya lapar". Borhan meminta pegawainya menyediakan tahi anjing untuk saya. Ia dekat dengan mulut saya, saya dapat menghidu baunya. Dan dia mengugut saya yang dia akan menggunakan penyuntik yang mengandungi virus HIV dan menyuntiknya ke badan saya kerana saya telah berkata kepadanya "Lebih baik awak bunuh saya. Apa gunanya? Apa yang awak cuba buktikan? Apa yang awak buat di sini? Mengapa awak begitu kejam," saya bertanya kepada mereka
(Dia berkata) "Oh awak mahu mati, oh jadi kita akan bunuh awak secara perlahan-lahan, kita akan masukkan virus HIV ke badan awak". Tentulah mereka tidak melakukannya.
Dan kemudiannya selepas kira-kira jam 5 pagi, mereka berhenti membelasah saya. Saya rasa mereka juga keletihan dan pulang ke rumah.
Pada 26 September, pada waktu tengahari, saya dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan ke tempat kurungan dan hanya dapat melihat matahari pada hari ke-28 penahanan saya. Maka, jika anda bertanyakan perasaan saya mengenainya, (ia) sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. (Polis) bukan manusia. Saya rasa binatang ada rasa belas kasihan. Malah anjing pun kenal tuannya dan tidak menggigit orang lain. Mereka lebih terusk daripada anjing. Jika orang kata mereka adalah anjing kerajaan, saya rasa pada m masa itu, mereka lebih teruk daripada anjing.
Bagaimanakah anda dilayan di sana (di Bukit Aman)?
Saya tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Beberapa hari kemudiannya sebelum hari ke-28 (dalam tahanan) , mereka bertanya sama ada saya mahu berjumpa dengan keluarga saya. Sudah tentulah, sebelum berjumpa dengan keluarga, mereka akan mengatur satu sesi khas supaya saya tidak menceritakan apa-apa tentang apa yang terjadi pada diri saya, supaya tidak membayangkan yang saya telah diseksa dan supaya menunjukkan kepada keluarga saya yang semuanya ok dan supaya meyakinkan keluarga saya supaya (tidak memfailkan) permohonan habeas corpus atau saya tidak akan dibebaskan.
Dan saya memberitahu pegawai penyiasat saya di Bukit Aman bahawa saya telah diseksa di IPK dan saya mahu membuat laporan polis terhadap Borhan, mereka berkata, "Tidak, kamu tidak perlu berbuat demikian - kami telah mengambil tindakan terhadap Borhan". Sedangkan ianya tidak benar. Saya tidak diberi peluang untuk membuat laporan, tidak diberi peluang untuk bertemu peguam saya, tidak dapat hubungi keluarga dan saya hanya diberi rawatan perubatan beberapa hari kemudiannya di Bukit Aman.
Saya memberitahu doktor dan beliau memeriksa saya dan ia disahkan dalam laporan perubatan mengenai lebam-lebam di kaki kiri, kaki kanan, di bahagian perut dan terdapat kecederaan. Saya mengadu kepada Dr Vasantha Ponniah mengenai apa yang berlaku terhadap diri saya dan beliau telah memberi keterangan di mahkamah mengenai keadaan saya berdasarkan kepada kecederaan pada diri saya.
Metodologi cawangan khas ialah memberi layanan paling keras pada hari pertama sebagai satu ingatan kepada tahanan bahawa mereka akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk lagi sekiranya gagal memberi kerjasama. Ia lebih berbentuk psikologi. Dan sudah tentulah di Bukit Aman, ia telahpun diinstitusi dari segi bagaimana mereka mengendalikan tahanan. Saya dimasukkan ke dalam bilik kurungan seorang diri, tiada cahaya matahari, saya tidak tahu sama ada ianya pagi, saya tidak tahu langsung. Pada hari ke-28, ketika dikunjungi keluarga semasa saya dibawa dari Bukit Aman ke IPM, saya begitu menghargai cahaya matahari, ianya amat indah sekali. Cukup indah.
Bagaimanakan anda disoalsiasat?
Saya disoalsiasat selama 17 hari di tingkat tiga bangunan tersebut. Mereka bertanya soalan dari pagi, tengahari, petang, sehingga malam, dan kadang-kadang hingga lewat malam. Pada satu ketika apabila mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku di luar di mana orang ramai masih berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dan) di Kampung Baru, mereka tidak senang lalu, memanggil saya lewat malam untuk disoalsiasat hingga awal pagi.
Sewaktu disoalsiasat oleh pegawai Bukit Aman, soalan-soalan yang mereka tanya setiap hari, soalan mengenai gerakan reformasi, mengenai Anwar Ibrahim, hubungannya dengan orang ini dan orang itu. Kemudian Nurul Izzah menemui (Presiden Filipina ketika itu, Joseph) Estrada di Filipina dan (bekas Setiausaha Negara Amerika) Madeline Albright. Saya berada di dalam dan semua itu berlaku di luar sana, dan mereka bertanya mengenai Gerak yang ditubuhkan, dan mengenai pembaharuan politik, mengenai PAS, mengenai sama ada ISA patut dimansuhkan atau tidak.
Saya rasa tidak perlu anda menangkap saya di bawah ISA untuk bertanya soalan-soalan tersebut.
Mereka menafikan saya peralatan yang ada sekiranya mereka dapati saya tidak bekerjasama sepenuhnya. (Mereka akan) mengambil balik tilam atau bantal. Selepas dikunjungi keluarga, mereka bagi tahu saya yang saya hanya akan ditahan selama sebulan dan mereka akan membebaskan saya. (Mereka kata) jika saya tidak diberi perakuan untuk dibebaskan, maka mereka akan melanjutkan tahanan dan ianya berterusan sehingga hari ke-57.
Ada juga hari-hari di mana mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka akan menghantar makanan dan pada masa itu, saya mendapat makanan, ia seperti nasi bungkus bersama ikan yang berulat. Itu bermakna, ianya dilakukan dengan sengaja. Maksud saya kami adalah tahanan dan makanan ini sepatutnya disediakan oleh kerajaan dan ini bermakna negara menyediakan makanan busuk kepada saya.
Apa yang berlaku selepas anda dibebaskan?
Saya dibebaskan pada 21 November dan tertakluk kepada pengawasan cawangan khas yang memantau aktiviti-aktiviti saya. Saya perlu melaporkan kepada mereka dan malah mereka mengugut bahawa saya boleh ditangkap semula, saya mesti bekerjasama dengan mereka dan psikologinya ialah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap saya semula. Jadi, wujud rasa takut yang saya akan ditangkap semula. Saya mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kekuatan dan keberanian untuk membuat laporan polis dan saya membuat keputusan tersebut pada bulan Mac (1999).
Apa yang mempengaruhi saya adalah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat kes mata lebam Anwar) apabila kita membaca mengenai testimoni oleh Dr Vasantha Ponniah. Kemudian saya teringat, "Baiklah, itulah wanita yang merawat saya". Jadi, saya ingat adalah sedikit bantuan. Saya ingat dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu, akan wujud ruang untuk membuat aduan.
Sejak dari itu, semasa saya disoalbalas di mahkamah, mereka bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang begitu lama. Ini bukanlah satu kemalangan jalanraya. Ini adalah sesuatu di mana anda telah diseksa. Anda perlu untuk membina semula keberanian.
Adakah anda takut? Adakah anda pernah berasa seperti telah putus asa?
Saya cuba supaya tidak kelihatan takut walaupun (sebenarnya) saya amat takut sekali. Saya rasa (anggota) cawangan khas berada di mana-mana sahaja. (Saya rasa) terancam tetapi untuk pulih semula, anda perlu berjumpa dengan orang, anda perlu bercakap dengan orang. Lama kelamaan, saya mula menceritakan kepada orang apa yang berlaku ketika dalam tahanan. Mereka amat terkejut. Kemudian rakan-rakan telah meyakinkan saya untuk bercakap mengenainya dan pada bulan Februari saya menceritakan pengalaman tersebut dalam satu majlis anjuran Gerak (Gerakan Rakyat Malaysia untuk Keadilan) oleh (bekas Presiden PAS) Datuk Fadzil Noor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada Februari 1999. Saya memperolehi semula keberanian saya. Dan anda perlu faham bahawa anda boleh dituduh membuat laporan palsu. Saya terpaksa menyediakan laporan polis yang panjang dan begitu terperinci serta satu afidavit untuk memfail saman sivil.
Bagaimanapun perasaan keluarga anda mengenai semua itu?
Mereka sudah biasa yang apa saya lakukan. Mereka menyokong aktiviti-aktiviti saya. Malah, isteri dan anak-anak saya sudah tahu mengenai keazaman saya untuk melaporkan aktiviti-aktiviti demi hak rakyat, aktiviti politik dan aktiviti sosial.
kredit :MALAYSIAKINI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kem Tahanan Kamunting terletak di bandar Kamunting, Taiping, Negeri Perak, Malaysia. Kem ini merupakan 'universiti kedua' bagi kebanyakan ahli politik Malaysia seperti Tajuddin Abdul Rahman dan Ibrahim Ali. Ia dibina pada 1969.
Kem ini menempatkan semua tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Tahanan ISA biasanya ditahan selama dua minggu atau 6 bulan. Seterusnya jika masih membahayakan negara, mereka akan ditahan selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan lagi tempoh tersebut.
Tahanan ISA merupakan penahanan seseorang tanpa perbicaraan di mahkamah di Malaysia. Mereka disyaki oleh pihak berkuasa terutama sekali Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara. Akan tetapi pihak yang ditahan tidak mengetahui apa kesalahan yang dilakukan kerana tiada pertuduhan dilakukan. Lantaran itu prosiding untuk membela diri tidak dapat dilakukan.
Hal ini amat bertentang sama sekali dengan hak asasi manusia dan ajaran al Quran itu sendiri-WIKIPEDIA |
|
|
|
|
|
|
|
menarik.......
bertambah pengetahuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Surat dari Sukma Darmawan kepada Anwar Ibrahim (KENANGAN)
Assalamualaikum wr.wbh.
Abang Anwar yang diingati, saya harap Abang Anwar sihat. Saya Alhamdulillah, sehat. Hanya pemikiran saya saja yang kurang sehat, kerana saya masih terkenangkan peristiwa pertama-tama ditangkap polis, dimasukkan ke lokap dan disoal siasat dan yang paling menyedihkan ialah saya dipaksa untuk mengaku dan menandatangani dokumen2 yang kononnya saya ada hubongan sejenis dengan Bang Anwar, Azizan dan Meor, serta Ismail dll. yang saya tidak pernah mengenalinya.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon berjuta2 ampun dan maaf karena telah memburukkan nama Abang Anwar yg mana Abang sendiri tidak pernah melakukannya. Saya harap Abang dapat mengerti kerana saya terpaksa dan dipaksa. Bang Anwar…..maafkan saya?!
Dihari penangkapan saya saya berada di restoran di Lot 10 dg Kak Mala. Betapa malunya, saya digari tangan dihadapan beratus2 orang dimana saya tidakpun membuat sebarang kesalahan. Selepas itu saya dibawa ke rumah saya di Tivoli dan mereka menggeledah rumah saya dan memecahkan pintu kamar saya. Tak taulah apa yg mereka cari dan telahpun terbukti saya tidakpun mempunyai atau menyimpan apa-apa barang yang salah disisi undang2.
Akhirnya mereka mengambil passport, & diary (kosong/hanya alamat) dan album2 lama saya. Kemudian saya dibawa ke Bukit Aman ke tingkat 11 pejabat Tuan Musa dan Tuan Rodwan. Mereka harus mengisi borang penahanan saya, tetapi mereka tidak tahu penahanan saya atas sebab apa. Sebab mereka saling bertanyakan sesama mereka saya ditahan atas sebab apa?! & setengah jam mereka fikir2, akhirnya mereka menulis penahanan saya atas sebab tertentu.
Yang mana sampai sekarang puas saya tak tahu. Mereka hanya memberitahu untuk penyiasatan. Begitu juga dgn mahkamah. Beliau tidak memberi tahu sebab penahanan saya. Saya hanya diberitahu ditahan di bawah Akta 177 sahaja. Di mana ini berlaku dikeesokan harinya dan saya tahu benar mereka mengenali sesama-satu dg rapat (orang mahkamah & Rodwan). Di sini saya rasakan penahanan saya ini sebenarnya ialah "penculikan". Dihari ke 3 saya dibawa kesebuah bilik di tingkat 3, di sini saya ditelanjangi (naked) dgn keadaan aircon. yang sangat2 dingin dan saya disoal siasat dgn cara yg sangat kasar. Dicaci, dihina, dipukul, ditelanjangi, digari oleh 6 orang petugas. Begitu juga dg cermin mata saya dilempar dan diketuk2 ke meja dan lantai. Nasib baik tidak pecah (plastik).
Saya tidak dapat berkata apa2 karena hanya tuhan saja yg tahu betapa sakitnya badan, hati dan pemikiran saya pd. ketika itu. Saya kembali ke lokap (sel). Di lokap polis2 bertanyakan samada saya dipukul atau tidak, tapi saya kata tidak, padahal betapa sakitnya badan saya ketika itu. Saya takut menceritakan keadaan sebenar (dipukul) kpd polis di lokap. Takut salah dan takut dipukul lagi. Asma saya pun kambuh lagi dg teruk, kerana pd waktu itu saya hanya memakai seluar dalam saja dg keadaan yang dingin dan lembab di sel (lokap).
Keesokan harinya saya ditemukan dgn seorang doktor forensik untuk pemeriksaan DNA kononnya. Sekali lagi saya ditelanjangi (naked) di hadapan pegawai dan difoto. Mereka mengambil darah saya (tiga botol), rambut saya dan rambut ketiak & kemaluan, tapi yg paling menyedihkan mereka menyuruh dokter TSB untuk memasukkan tangannya (3 jari) ke dalam dubur saya. Ya…Allah, sakitnya! Kemudian saya dibawa ke bilik siasat lagi. Di sini saya dipaksa lagi untuk bercerita mengenai hubungan saya dgn Bang Anwar.
Padahal saya telah jelaskan dg sebenarnya bahwa Bang Anwar bukan sekadar Abang Angkat tapi sebagai ayah saya sendiri. Tetapi semakin saya bercerita benar, mereka semakin ganas terhadap saya, dgn memberitahu saya akan ditahan di bawa Akta ISA mereka boleh simpan peluru dirumah atau dikereta saya ataupun mereka boleh membeli 1 peluru untuk menembak saya. (Katanya, peluru murah aje…45 cent). Ataupun saya bercerita kpd mereka dan akan dibebaskan minggu depan.
Dari sinilah bermulanya reka2an cerita saya. Semakin saya reka semakin bahagialah mereka. Saya katakan saya ada hubungan dengan Abang sejak mula saya datang ke K.L. sehinggalah ke bulan April yg lalu. Mereka sangat sibuk menulis cerita rekaan saya seolah-olah mereka sedang menyiapkan novel. Dari mula inilah saya dibukakan gari tangan, dibenarkan memakai baju, diberi makan & minum yg enak dan rokok, dengan satu "harapan" saya, saya akan dibebaskan minggu depan.
Setelah seminggu berlalu, mereka masih tetap tidak membebaskan saya dg alasan kerja2 belum siap. Rupa2nya mereka masih belum puas dg cerita rekaan saya itu. Disinilah saya disangkut pautkan dengan nama2 seperti Azizan dan Ismail dan banyak lagi nama2 termasuk semua staff saya baik lelaki maupun perempuan. (Mereka ini benar2 gila!) dan arwah Tan Sri Yahya (sedih saya dibuatnya) tetapi akhirnya mereka memutuskan untuk bercerita mengenai Azizan dan Ismail. Bermulalah cerita rekaan saya lagi sampai mereka pun naik birahi.
Dan mereka, terutamanya Rodwan berpuluh-puluh kali agar saya bercerita soal Azizan dg secara terperinci, seolah-olah kita buat bertiga. Setiap kali mereka menyiapkan novelnya, saya sentiasa bertanya bila nak bebaskan saya dan jangan "charge" saya di mahkamah. Mereka hanya jawab, besok…besok…dan besok! Dan mereka bersumpah tidak akan "charge" saya.
Hanya dua hari lagi tahanan reman saya akan berakhir. Rodwan datang menemui saya di lokap dan memberitahu saya akan dibebaskan besok dg (satu) syarat saya hendaklah membuat confession (pengakuan) di hadapan Hakim dan harus dititikberatkan (detail) mengenai cerita hubungan bertiga dg Azizan (He said: Please….please….very very detail). Maka terhasillah pengakuan saya dihadapan Hakim (dimana mereka juga kawan rapat Rodwan & Musa, melalui telefon dan perjumpaan dihadapan saya).
Tetapi dasar mereka licik, jahat, penipu dan kejam, dihari2 terakhir (Sabtu) saya dipanggil Tuan Musa untuk charge saya di court. Menurutnya, saya telah membuat kesalahan melakukan hubungan jenis dg you & Azizan. Di sini saya meminta kebenaran untuk tel. Family untuk panggil lawyer. Dia cakap "kamu sudah ada lawyer Ganesan, tapi saya tak benarkan karena Ganesan telah curi Ismail".
Dia juga berkata: "Kamu ada lawyer Zulkifli Nordin yg dilantik oleh kakak kamu, tapi kalau gunakan Zulkifli saya akan charge kamu di Alta 377A & B (minimum 5 tahun dan sebat) tetapi kalau gunakan lawyer saya (Polis) awak akan dicharge 377D (minimum 1 hari penjara dan denda)".
Dan dengan syarat saya harus mengaku salah, kalau tidak mereka akan tangkap lagi dan charge 377A kes dg Azizan. Dan kalau saya cakap2 atau meminta rayuan kepada lawyer2 sendiri atau lawyer2 Anwar saya akan dicharge lagi dgn 377B. Dari sebab inilah saya mengaku salah di mahkamah, di mana saya terus ditipu bukan 1 hari penjara tapi 6 bulan. Dari sini saya sudah bertekad untuk melantik Karpal Singh (lawyer) sbg peguam saya mewakili kes saya. Tapi saya tak berkesempatan untuk memberitahu sesiapa.
Saya ada berjumpa Karpal Singh di Kajang (kes orang lain). Ingin rasanya berjumpa dgnnya dan terus melantiknya, tapi tak sempat sebab pegawai dari Bukit Aman datang untuk mengambil saya. (Karpal pun melihat pd. masa itu).
Setelah 3 minggu berlalu, keluarlah cerita baru, yaitu Meor, dimana beliau terpedaya seperti saya, tapi dia lebih teruk kerana dia lebih lemah dari saya. Yang saya marah dengan Meor ialah dia membabitkan nama saya (dipaksa oleh Polis). Jadi di sini saya menjadi saksi mereka dan dipaksa agar menceritakan keterbabitan saya. Dimana saya hanya mengenali beliau 5 tahun lalu sebagai tukang jahit dan memperkenalkan pada Kak Izah. Itu saja.
Hai….tak taulah kenapa mereka begitu kejam terhadap Bang Anwar. Hmm…disinilah saya sekrang (sel no.8) tetapi saya sangat dimanja oleh tuan2 tingkat 11 kerana mereka masih memujuk untuk menandatangani report polis yg saya tidak melantik mana2 lawyer.
Dan mereka mengharapkan saya sebagai saksi mereka dlm kes you tapi sampai sekarang saya tidak mau menanda tangani apa2 lagi form. Serik! Jadi saya dibawa jalan2 ke Melaka (shopping), Jasin makan ikan bakar, ke pantai sampai jam 2 pagi. Gila! Saya dipaksa pakai topi supaya tidak dikenali. Minggu depan saya mau dibawa ke Trengganu atau Bandung-Ind. Untuk 3 hari cuti bersama mereka di kampung saya. Tapi saya tidak mau pergi. Sakit hati saya. Sampai disini sahaja.
Banyak lagi cerita yg menyakitkan yg saya tak sempat ceritakan disini. Saya rindu family kita. Take care! Sembah sujud penuh kemaafan,
Tandatangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah teringin nak melawat penjara pudu tapi takde peluang
Btw ayah saya dulu polis. Pernah sekali ada open house hari raya buat kat satu balai ni.
Time nak blk ada sorg banduan ni tegur dari lubang kecik kat penjara tu...tanya makan apa...siap ckp "rajin2 la lawat abg kat sini". |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc posted on 28-4-2013 12:53 AM
Dulu pernah teringin nak melawat penjara pudu tapi takde peluang
Btw ayah saya dulu poli ...
erk?skerinye.pahtu pegi lawat x?
|
|
|
|
|
|
|
|
saya ada kawan yang pernah kena tahan di lokap selama 9 hari.. dia disyaki menyalahgunakan kuasa di pejabatnya. dia cakap dalam lokap tu ada bermacam orang. bermacam ragam. bermacam bau. tak boleh mandi, air pun diberi sekali sahaja. itu pun sebotol berkongsi dengan ramai yang ditahan. dia cakap dalam 20 orang jugalah. tapi pak polisi ni beri juga rokok sorang sebatang. makan pun daif sgt. tak boleh nak tido dengan panas, bau dan macam-macam lagi. bercampur kaum. kalau tak silap saya dia cerita buang air pun dalam lokap. cerita ni tahun lepas. dia keluar lokap dua minggu dia meninggal. saya pun ingat-ingat lupa ceritanya. tapi begitulah.
al fatihah untuk arwah.. |
|
|
|
|
|
|
|
masterudeng82 posted on 2-5-2013 04:47 PM
saya ada kawan yang pernah kena tahan di lokap selama 9 hari.. dia disyaki menyalahgunakan kuasa di ...
al-Fatihah............
skerinya meninggal lps kuar lokap................
|
|
|
|
|
|
|
|
Seorang jurutera, P Karuna menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan polis dalam tempoh dua minggu. Keluarganya dimaklumkan mengenai kematian di Tampin itu pada malam tadi.
Keluarga Karuna dimaklumkan melalui telefon pada jam 9.45 malam tadi bahawa lelaki tersebut “meninggal dunia tiba-tiba” pada jam 7 petang di ibu pejabat polis daerah Tampin, kata bekas MP Kapar S Manikavasagam hari ini.
Manikavasagam, yang mengiringi keluarga berkenaan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini berkata anggota keluarga tersebut menemui kesan kecederaan di mayat berkenaan.
"Hanya orang dibenarkan melihat mayat terseut. Saya tidak dibenarkan kerana saya bukan anggota keluarga, jadi jadi beritahu keluarga untuk memeriksa mayat tersebut,” katanya.
Beliau juga berkata, anggota keluarga tersebut menemui darah di tempat simpanan mayat berkenaan.
Seroang saudara Karuan, P Ilam berkata beliau menemui kesan lebam di tangan Karuan dan darah di bahagian kepala mayat tersebut.
-Malaysiakini
Sekarang dah musim org mati dlm lokap.................................
|
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa yang mati dalam tahanan, N Dharmendran telah dipukul hingga mati ketika digari, demikian dibayangkan oleh laporan awal bedah siasat yang didedahkan hari ini.
Laporan bertulis oleh pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada luka defensif pada badan Dharmendran.
Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa ia agak jelas bahawa semasa dipukul, mangsa digari dan dalam kedudukan yang lebih rendah, mungkin melutut atau sesuatu.
Dharmendran telah mengalami 52 tanda kecederaan di seluruh tubuhnya, dari kepala ke kaki.
Surendran menegaskan bahawa ini adalah "lebih teruk daripada kes A Kugan" pada tahun 2009. Menurut bedah siasat, tompok lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah belakang.
"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.
Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul. Menurut bedah siasat, tompokan lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah belakang.
"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.
Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul.
Terdapat juga satu lagi lebam garis berganda pada pergelangan Dhamendran yang konsisten dengan tanda gari.
Bedah siasat itu juga melaporkan banyak kesan lebam hitam di wajahnya, kawasan dada, bahu, kaki, kulit kepala dan belakang, yang digambarkan oleh Surendran sebagai "lebam bertindih". Abdomennya, di bawah kawasan buah pinggang dan pusat, juga mempunyai kesan yang sama.
Kedua-dua telinga Dhamendran itu terdapat kesan luka 'staple' dengan 'staple' masih ada di situ manakala kakinya terdapat luka tusukan, juga dipercayai dari 'staple' yang telah dibuang.
Menurut Surendran, terdapat luka staple yang konsisten dan menurutnya ia menunjukkan bahawa stapler telah digunakan untuk menyeksanya.
Beberapa lebam lain yang dijumpai pada badan Dhamendran ialah: darah beku tebal pada bahagian bawah paha kanannya, berukuran 28 x 20 cm. - Satu tanda darah beku yang banyak paha kirinya, berukuran 50 x 31 cm.
- Lebam berukuran 23 x 14 cm pada bahagian bawah kaki kiri.
- Darah beku berukuran 9 x 6.5cm pada sebelah kiri mukanya.
- Tanda lebam di leher dan bahagian atas dada, berukuran 13 x 8cm.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Busuk di Lokap Dang Wangi.........
| [size=-1]
[size=-1]Assalamualaikum
[size=-1]Aku ingin menceritakan pengalaman pertama ku di dalam lokap polis, walaupun aku bukanlah seorang penulis, apatah lagi seorang cerpenis. Aku senghaja mengkaburkan berberapa perkara tertentu tetapi segala fakta adalah benar belaka. Sebenarnya tulisan ini akan terlalu panjang hasil dari beberapa hari pengalaman semasa dalam tahanan reman. Tujuan tulisan ini tertumpu kepada penyelewengan yang begitu ketara dan berleluasa yang berlaku dalam sebuah lokap polis untuk renungan semua dan hasilnya akan mengambarkan kewibawaan pasukan polis keseluruhannya.
[size=-1]Aku tidak bertujuan untuk menceritakan dimana, bagaimana dan mengapa aku ditahan, dan tidak juga bertujuan untuk menukilkan penderitaan yang dialamai, yang kadang-kadang aku rasakan bukan penderitaan tetapi satu pendedahan dan pengenalan kepada pasukan polis yang selama ini cuba ku berikan penghormatan, tetapi akhirnya ternyata penghormatan ku yang sedikit itu hapus dan pupus setelah mendapati mereka itu bagaikan sekumpulan anjing yang sentiasa menjulurkan lidahnya, sama ada diberi makan atau pun tidak, akan terus menjelirkan lidah. Apatah lagi sikap buruk anjing yang makan tahi, kalau pun tak di makannya tetap dihidunya juga.
Cukuplah sekadar itu mukaddimah...ayuh ku bawa masuk ke tempat penginapan sementara ku.....
Seorang lelaki India berpangkat Kopral 'menyambut' kehadiran ku sebaik sahaja pintu besi yang hanya ada sebuah lubang 6 X 6 inci itu dibuka dan dengan tertutupnya pintu besi yang memisahkan dunia luar itu dengan ruang lokap tersebut bermakna terputuslah kebebasan dunia luar dalam kehidupan ku untuk sementara waktu. Aku melintasi ruang itu, yang hanya sebesar 6 X8 kaki untuk masuk ke kawasan lokap. Terdapat sebuah meja dan sebuah almari besi berlaci dan white-board mencatitkan nama-nama penghuni lokap. Melintasi ruang itu bermakna, melintasi sebuah pintu bilah besi untuk masuk satu ruang yang terkepung oleh bilah-bilah besi sebelum dipindahkan ke dalam sel-sel yang kemuanya terdapat sebanyak 7 buah. Di ruang ini, semua tahanan akan dipereksa sebelum di masukkan ke dalam sel. Terdapat seorang lelaki Melayu berpangkat Lance Kopral menunggu kedatangan ku. Aku diarahkan untuk mengeluarkan semua barangan yang ada dalam saku dan kocek seluar, jam dan cincin, kasut dan pakaian ku disuruh lucutkan. Kesemua barang tersebut dicatitkan dalam buku daftar barang orang yang ditahan dan cap jari kanan ku diambil sebagai pengesahan. Di antara barangan yang diserahkan termasuk wang tunai sebanyak RM 64 yang senghaja ku bawa untuk buat tambang sekiranya aku dibebaskan kelak. Semasa penyerahan barang tersebut hanya RM60 sahaja yang dicatitkan sementara RM4 diserahkan kepada ku oleh L/Kopral tersebut sambil dia berbisik "buat denak" sedangkan aku kurang pasti apa maksud perkataannya itu. Dalam keadaan hanya berseluar panjang sahaja tiba-tiba aku diherdik oleh Kopral India tersebut supaya aku membuka seluar panjang ku itu. Aku jadi binggung seketika dan minta penjelasan. Aku boleh memakai seluar tersebut tapi dia menghendaki aku membukanya dahulu untuk diperiksa sebelum aku dibenarkan memakainya kembali dalam erti kata yang lain aku mesti berbogel semasa diperiksa. Arahan tersebut terus ku bantah apabila sempat ku jeling ke semua 7 buah sel. Aku dapati hampir kesemua penghuni sel memandang ke arah ku yang jumlah mereka hampir mencecah 100 orang. Kopral India tersebut terus mengherdik dan aku membantah sambil meminta penjelasan. Aku tahu dia boleh membuat pemeriksaan seperti yang dikehendaki tetapi itu tidak bermakna aku harus berbogel dan sekiranya itu satu kemestian yang tidak boleh tidak, dia sepatutnya membuat pemeriksaan di tempat yang tertutup, bukan di hadapan lain-lain penghuni dan tempat yang terbuka. Dia terus mengeras dan aku masih bertahan. Tiba-tiba masuk seorang lekai Melayu muda berpangkat L/kopral meluru dan memegang tangan ku sambil mengherdik dan mengancam dan tika itu aku sudah pun bersedia untuk 'menjawab' sebarang kekerasan yang mungkin berlaku. Dengan jari telunjuk yang menuding ke mukanya bersama-sama beberapa patah perkataan (rahsia) yang keluar dari mulut ku menyebabkan beliau mengheret ku masuk ke sebuah bilik dan meminta penjelasan lanjut. Setelah mendapat penjelasan tersebut, beliau tunduk dan meminta maaf di atas kekasaran dan celuparnya dan aku disuruh memasukkan barang-barang seperti kasut, tali pinggang dan sehelai baju ke dalam peti yang terdapat di dalam bilik tersebut. Selepas itu aku dimasukkan ke dalam sel No 4 yang panjangnya lebih kurang 50 X 15 kaki. Di dalamnya terdapat 35 orang penghuni yang hampir keseluruhannya penagih dadah yang sedang menunggu keputusan air kencing dan sebahagiannya lagi sedang menunggu untuk dihantar ke Pusat Pemulihan di Rawang dan Raub.
[size=-1]Aku sekarang di kelilingi oleh penagih-penagih dadah yang kebanyakkannya anak-anak melayu, 9 lelaki Cina dan seorang lelaki India. Mereka kebanyakkan kurus-kurus belaka. Ramai yang memakai seluar pendek dan seluar dalam sahaja sementara aku dan beberapa orang lagi memakai seluar panjang. Mereka berbaring dan ada yang sedang lena sambil ada juga yang sedang berborak-borak dalam kumpulan kecil. Mereka tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang ketara diatas kehadiran ku di dalam sel itu. Mereka membiarkan aku melayani perasaan sendiri yang sambil cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak selesa itu. Bau pahit dan busuk badan penagih dadah dan bau hancing air kencing mencucuk hidung ku.
[size=-1]Di tepi pintu geriji besi terdapat bebarapa botol bekas air mineral yang digunakan untuk menadah kencing penghuni sel yang terkurung dan sebahagian botol lagi berisi dengan air paip untuk di minum oleh penghuni sel. Tidak ada perbezaan pada botol-botol tersebut hanya kandungannya sahaja yang berbeza, satu berwarna kuning pekat dan satu air paip keperangan. Berdepan dengan sel itu terdapt sebuah tempat yang terkurung dengan jeriji besi sekelilingnya, di mana 2 anggota polis duduk bertugas dan kopralnya pula berada di dalam ruang yang aku sebutkan awal tadi.
[size=-1]Disebelah bahagian kanan terdapt Sel No 1, 2 dan 3 yang ukuranya lebih kurang 10 X 10 kaki dan dipenuhi oleh 8 ke 10 orang penghuni setiap satu. Hampir kesemua mereka juga adalah penagih dadah. Di sebelah lokap ku pula lokap No 5 yang besar sedikit dan menampung 10/15 orang penghuni yang kemudiannya aku dapati mereka terdiri dari "Pejuang" Aceh, pemuda pakisatan, India dan Tibet yang merupakan pendatang asing. Sel aku dan sel No 5 ini dipisahkan oleh sebuah stor tempat menyimpan barang-barang tahanan. Ia dipenuhi oleh petak-petak kayu yang berkunci tetapi tidak beranak kunci.
[size=-1]Disebelah kiri terdapat sel No 6 dan sel No 7 yang dipisahkan dengan sebuah stor yang berkunci. Sel 6 dihuni oleh penagih dadah juga sedangkan sel No 7 dihuni oleh 2 lelaki Melayu yang sedang ditahan dibawah Ordinan Darurat. Bilik mandi dan tandas terletak di sebelah kanan sel aku dan sebelah kirinya pula tandas untuk anggota yang bertugas. Pendek kata kedudukan sel-sel adalah dalam bentuk U menghadap ke tempat -pengawal bertugas.
[size=-1]Berdepan dengan stor yang berkunci (entah apa kandungannya) aku lihat seorang lelaki Cina yang sudah tua terbaring di situ. Badannya kurus kering dan nampak sedikit berkudis...aku difahamkan bahawa lelaki cina tersebut seorang penagih dadah dan pengidap HIV positif. Dia tidak mampu berjalan lagi...hanya terbaring dan mengerang kesakitan. Kencing, berak dan makannya di situ juga. Dia hanya dijaga oleh 2 lelaki Melayu yang menghuni sel 7 lokap tersebut.
Aku sempat berbual-bual dengan 2 lelaki Melayu tersebut. Seorang hanya dipanggil Ujang dan seorang lagi dikenali sebagai Mun. Ujang dan Mun telah ditahan di bawah Emergency Ordinance di atas penglibatannya dengan kes samun bersenjata. Emergency Ordinance (E.0) ini sama dengan I.S.A., bezanya E.O dikenakan ke atas pesalah jenayah dan ISA dikenakan ke atas mereka yang terlibat dengan kegiatan 'subersif'. Selepas tahan di bawah E.O. selama 2 bulan (60 hari) pesalah akan dibebaskan atau dikenakan "buang daerah" dibawah kategori tertentu seperti P.C.O (Prevention of crime ordinance) R.R ( Restricted Residence) yang mana pesalah yang tidak cukup bukti untuk dituduh di mahkamah akan di buang ke sesuatu daerah dengan syarat-syarat tertentu selama 2 tahun. Mengikut Ujang beliau terlibat dengan kes samun bersenjata parang/pisau sebanyak 198 kes bagi tahun 1998. Beliau berumur lebih kurang 24 tahun dan berasal dari Gemas, Negeri Sembilan. Antara kes beliau ialah menyamun bas di lebuhraya JB-Seremban dengan menggunakan 2 buah kereta dan meletakkan 4 orang kawan dalam bas semasa berlepas. Kali terakhir beliau menyamun semasa kempen pilihanraya yang lepas yang mana beliau mengibarkan bendera BN dan menyamun petugas BN yang membawa wang untuk "dihamburkan" di kawasan Shah Alam dan Kelang. Beliau mempunyai watak yang keras, kasar dan tidak berperi-kemanusian tetapi sanggup memandikan lelaki Tua berbangsa Cina itu setiap hari sambil membersihkan najis orang tua itu. Sementara Mun seorang budak muda berumur 18 tahun berasal dari Kampung Delima, KL terlibat setelah mengenali Ujang beberapa bulan sebelum ditangkap. Seorang yang pendiam,lembut dan boleh diharap walaupun tak boleh dipercayai. Mereka berdua telah berada di lokap tersebut sejak hampir 6 bulan yang lepas??????? {Kuasa polis menahan di bawah EO hanya 60 hari...apakah mereka telah dihukum???????}
[size=-1]Tugas mereka ialah membuka dan menutup pintu sel. Setiap pagi mereka akan membuka pintu sel untuk melepaskan penghuni sel untuk mandi bergilir-gilir dan membasuh simen luar sel dari masa ke semasa. Mereka akan menerima makanan dari polis bertugas untuk dibahagi-bahagikan kepada penghuni sel. Mereka akan menyiapkan beg plastik untuk menyimpan pakaian penghuni baru dan menunjukkan peti simpan barang di stor di samping menjadi "perantara khas" kepada polis dengan orang yang ditahan. Sel mereka tidak berkunci dan mereka bebas mengambil dan membuka mana-mana sel yang difikirkan perlu dan bebas keluar masuk ke stor menyimpan barang-barang pesalah. Ujang seorang perokok dan menagih sedangkan Mun tidak merokok atau menagih. Mun pernah meminta supaya saya mengusahakan agar dia dapat berjumpa dengan ibunya walaupun saya diberitahu olehnya bahawa ayahnya seorang penagih dan mengidap HIV positif...sehingga sewaktu saya hendak dibebaskan dia merayu untuk berjumpa ibunya dan menyatakan perasaan rindunya terhadap ibu.
[size=-1]Selepas ini aku ingin bercerita tentang kegiatan ujang sebagai penjaga sel sebelum menceritakan bebarapa kegiatan 'jenayah' di dalam lokap tersebut...di antaranya memproses heroin ke dalam straw, penggunakan handphone oleh banduan, membeli makanan dan rokok dengan harga yang lumayan, kejadian memukul tahanan oleh pengedar dadah dan penagih setelah disuruh oleh "cikgu"....kisah hidup lumayan pengedar dadah yang ditahan dan kisah bagaimana satu kes boleh diselesaikan oleh Pegawai Penyiasat.
Tunggu.......
Pendekar Kundur
http://www.tranungkite.net
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|