CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4153|Reply: 3

PERLUKAH Pengesan Kamera Perangkap Laju ?

[Copy link]
Post time 23-11-2012 08:13 PM | Show all posts |Read mode



Pemandu di Malaysia kini semakin berjaga-jaga dengan kehadiran lebih 830 unit kamera AES yang dipasang seluruh negara.



Kamera AES bermaksud Automated Enforcement System. AES mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik menggunakan sistem termaju di mana kamera diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya,jalan utama dan persimpangan trafik. Sistem ini terdiri daripada kamera tetap dan kamera mudah alih.

Lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan.

Dalam pada itu bagi lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, ia akan diletakkan antara 50 sehingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Solah berkata imej yang akan dirakam kamera AES dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut akan direkodkan dalam pangkalan data JPJ, sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

Menurut Solah proses semakan mengenal pasti kesalahan serta pengeluaran notis saman akan dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.

Jelas beliau notis saman yang telah diproses akan dihantar kepada pemilik kenderaan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh kesalahan dan imej kenderaan yang dirakamkan.

“Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut sewaktu kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu berkenaan kepada JPJ setelah tempoh 30 hari daripada tarikh menerima notis saman mereka.

Katanya untuk kesalahan yang direkodkan di Perak, pemandu yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES menerusi talian 03-78464400, manakala kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268




Persoalannya PERALATAN MENGESAN PERANGKAP BERHARGA HAMPIR RM1000 DAN WARANTI SETAHUN SAHAJA.

Adakah kita perlu membelinya?

Kalau kena 1 saman RM300,kena 10 kali saman dah RM3000...kalau sebulan kena 10 saman,mahu bangkrap.....

Aku belum terfikir nak beli ......................Jika ada yang dah beli dan guna benda alah tu,sila maklumkan...






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 08:18 PM | Show all posts
AES tu sendiri tak perlu!

huhu..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 08:33 PM | Show all posts
freekey posted on 23-11-2012 08:18 PM
AES tu sendiri tak perlu!

huhu..

dah pasang ribu2......................

agak2 kalu PRU13 BN kalah,AES boleh dijual  sbg 'second-hand' ...................
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:18 PM | Show all posts
salam

masa mula-mula AES dipasang di Malaysia, banyak email yang aku terima berkenaan lokasi AES. apakah AES ni satu ancaman kepada rakyat Malaysia? dan dalam masa yang sama banyak peralatan canggih yang boleh mengesan AES supaya pengguna 'hipokrit' seketika.
aku percaya peraturan had laju/AES diadakan bukan untuk menyusahkan pengguna jalan raya malah bukannya saluran 'pendapatan' sesetengah pihak. bukankah lebih baik jika pengguna jalan raya di malaysia mengikut peraturan jalan raya amnya dan had laju khususnya? tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dek akibat dari pemanduan yang bahaya.
sama juga konsepnya bilamana ada bonggol di jalan dan pemandu memasuki jalan bertentangan untuk mengelak dari kenderaan mereka lalu di bonggol jalan. membahayakan pengguna jalan yang lain semata-mata untuk mengelak bonggol.. apa yang mereka fikir, ia menyusahkan mereka barangkali boleh merosakkan suspensi jenama Tein(contohnya) dan bumper 'custom made'. kenapa bonggol atau AES itu diadakan?!

ps: pendapat aku, tak perlu beli AES detector dan ikut peraturan had laju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042951 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list