CERPEN : Lambaian Kaabah
“Fitri…..Adha….mari tolong ummi…”pintaShafiah .
Kedua-dua anak kembarnya yang baruberusia empat tahun berlari ke dapur …
“Ummi masak apa ?”ujar Fitri dan Adha serentak.
“Ummi masak Nasi Kerabu…”balasShafiah.
Shafiah adalah ibu tunggal dan membesarkan kedua-dua anak tanpa suamitersayang.Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika Shafiahmengandungkan anak kembar.Mengikut wasiat suaminya ,Amirul Fitri dan AmirulAdha adalah nama yang mahu diberikan kepada anak-anak.Shafiah hanya tahu nama yangdiinginkan suaminya apabila membaca diari arwah suaminya.
“Sue…..mengapa tak nak kahwin?dah empattahun Affan meninggal ..”Tanya ibunya Hajjah Aisyah pada satu petang. “Entahlah mak….Sue masih tidakdapat melupakan abang…”jawab Shafiah yang membahasakan diri Sue kerana dia adalah anakbongsu.Itulah nama panggilannya sejak kecil.
“Sue..yang pergi biarlah pergi….kita bina hidup baru bersama suami baru” balas ibunya. Shafiah tidak menjawab,matanyaberkaca…
“Sue….boleh tak kita jadi suami dunia dan akhirat?”Affan bertanya pada satu malam. “Abang…itulah doa Sue setiap hari….Sue mahu kita bahagia dunia dan akhirat..”balas Shafiah. “Tapi….jika abang meninggaldahulu,kemudian Sue kahwin lain…adakah kita akan bertemu di akhirat?”Tanya suaminya.
Shafiah masih teringat ayat-ayat tersebut dan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.Amat sukar untuk membuat keputusan.Usiayang masih muda,masih bergetah kata orang.Shafiah juga memikirkan kedua-dua anak tiada kasih sayang seorang ayah…Jika berkahwinlagi,sekurang-kurangnya anak-anak mendapat kasih sayang seorangayah walaupun bergelar ayah tiri…
Bergelar seorang usahawan dan sentiasa ke sana sini amatmemenatkan.Mujurlah ibunya tinggal bersama dan menguruskan Fitri dan Adha dengan baik.Hanyahujung minggu dapat memasak, membawa kedua-dua anakberjalan-jalan.
Setiap bulan Shafiah akan membawa Fitri dan Adhamenziarai pusara ayahanda mereka.Kedua-dua anak sering bertanya persoalan sejakkecil “Mengapa ayah duduk dalam ni?” ,Shafiahhanya mengalirkan air mata dan tidak mampu menjawabnya…
“Nama apa?”ujar seorang doktor ketika membuat pemeriksaan di wad Hospital Besar Melaka.
“Shafiah…..”jawabnya lemah.Shafiahdimasukkan ke hospital akibat stressmelampau,tidak menjaga
pemakanan dan kurang tidur.Beratbadannya hanya 38 kg berbanding 50 kg sebelumnya.
Tiga bulan Shafiah terlantar di hospital dan masa dihabiskandengan membaca dan berbual dengan juru rawat.
Shafiah mengalami tekanan perasaan yang amat beratakibat dikecewakan tunangnya.Ketika kadperkahwinan sudah diedarkan,tunangnya mengambil keputusan memutuskanpertunangan dan berkahwin dengan orang lain setelah ditangkap khalwat di sebuahhotel.Keputusan drastik tersebut telahmenyebabkan Shafiah mengalami tekananperasaan,berasa malu dan amat sakit hati.
“Doktor…….”Shafiah menyapa ketika menunggu giliran mengambil paspot.
“Ha…….kita pernah bertemu ke?”jawabAffan.
“Ya….doktor yang merawat danmemeriksa saya ketika di Hospital Besar Melaka”.balas Shafiah.
“Ooo….maafkan saya..ramai sangatpesakit di hospital..saya pun tak ingat…”balas Affan.
Setelah selesai urusan di pejabat Imigresen,Shafiah dan Affanmenjamu selera di restoran berhampiran.
“Doktor anak berapa?” Shafiah memulakan bicara.
“Hah?isteri pun belum ada,bagaimanaboleh ada anak?anak tekak adala…”balas Affan selamba.
“Maaf..saya ingatkan doktor dahberkahwin…”kata Shafiah.
Perbualan ringkas tersebut adalah sejarah awal hubungan Shafiah dan Affan.Shafiah yang masih kecewa dan sedih kerana perkahwinannya batal akibat perbuatan tunangnya masih belum dapat menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.Setelah keluar hospital,Shafiah banyakmelancong dalam dan luar negara menenangkan fikiran.
Shafiah menganggap Affan sebagai seorang teman dan seorang yang banyak berjasa dalam hidupnya.Ketika Shafiah enggan makan ubat ketika dihospital,Affan memujuk “Saya bagi kamu dua pilihan,makan ubat atau saya tukar dengan taik kucing….”.Jururawat yang berada di sisi Shafiah tersenyum mengejek.Shafiah yang amat malu dengan pujukan doktor tersebut terus menelan ubat.
“Doktor…..boleh…?”ujar Shafiah di Tasik Titiwangsa.
“Boleh tak jangan panggil saya doktor…panggil Affan je…”pinta Affan.
“ok..ok….Affan…I nak tanya u sikitboleh tak?”tanya Shafiah.
“erm….apa ?”balas Affan
“Why u still not married?”Shafiah menduga.
“Long story………….i want to forget thepast……”jawab Affan ringkas.
Shafiah pun menceritakan segalanya.Kisah manis bersama tunang tersayang dan bagaimana dia boleh masuk ke hospital.Affan mendengar dengan penuh minat.Tiba-tiba mata Affan berkaca.
“Why u are crying?”Tanya Shafiah kehairanan.
“Sebenarnya……sebenarnya…..”Affan menghentikan bicara,lantas masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Shafiah termangu-mangu kehairanan.
Selepas pertemuan di Tasik Titiwangsa ,Affan tidak menjawab panggilan dan sms dari Shafiah.Setahun berlalu dan Shafiah mencari Affan di tempat kerjanya,namun pihak Hospital memberitahu Affan sudah berhenti dan telahmembuka klinik sendiri di Kuala Lumpur.
Pada satu malam di tengah malam ,Shafiah mendapat sms berbunyi “ Sue…adakah Sue percaya dengan jodoh?”.Shafiah agak terperanjat kerana ia sms dari Affan.
Shafiah membalas “Ya..kerana jodoh itu ketentuan Allah…”balas Shafiah.Telefon tidak berbunyi lagi dengan sms…..Shafiah menutup telefon bimbit dan tidur.
“Assalamualaikum…………Assalamualaikum……….”terdengar ucapan salam dari luar rumah.
Hajjah Aisyah ibu Shafiah menjawab salam dan membuka pintu.Affan bersama adik beradik,ibu bapa masuk ke rumah dan memberitahu hajat mereka datang merisik Shafiah.
“Sekejap…..anak bongsu saya masih dikatilnya..maklumlah hari minggu…”jawab Hajjah Aisyah. Setelah mandi dan bersiap,Shafiah agak terperanjat dengan kehadiran Affan dan keluarga untuk merisik.
“La….mengapa Sue tak beritahu Mama yang Sue dah lama kenal Affan…”kata ibunya.
“Sue …Sue……….”Shafiah menjawab danmenarik nafas panjang.
Hari bahagia muncul.Shafiah dan Affan disatukan dan berbulan madu di Singapura.
“Sue…Sue tahu tak mengapa Affan menangis ketika pertemuan terakhir kita di Tasik Titiwangsa?”ujar
Affan pembuka malam pertama dihotel Raffles.Sue hanya tersenyum sambil menjeling manja.
“Sebenarnya Abang tidak sangka,yang kita berada dalam titian yang sama..”Affan memulakan kisah.
“Apa?Sue tak faham…..”balasShafiah.
“Jika Sue dikecewakan kerana tunang tersayang ,begitu juga Abang…dan gadis yang merampas tunang Sue adalah bekas
tunang Abang…”Affan menjelaskan diiringi airmata….
Affan dan Shafiah saling berpelukan dan menangis.Itulah ketentuan Allah…
Malam pertama disulami air mata,namun ia bukan penghalang suami isteri berasmara dana sebagai pengantin baru…
“Amirul Fitri..Amirul Adha..ummi pergi jauh tau..jangan nakal-nakal ..tolong nenek kat rumah”
Ujar Shafiah di KLIA ketika mahubertolak untuk mengerjakan ibadathaji.Walaupun masih muda,Shafiah
mahu menunaikan ibadat tersebut kerana sudah layak dan mampu.Fitri dan Adha yang baru empat
tahun hanya mengangguk-angguk apabila ibu mereka meninggalkan pesanan.
“Sue…kau ni muda lagi dah nakpergi haji?”ujar teman baiknya Rosnah.
“Ros….kita tidak tahu umurkita..bila dah wajib,tunaikan…sekarang i umur 32 tahun,masih muda dan kuat..kalau umur 80 tahun baru nakpergi..nak jalan pun dah tak larat..”panjang lebar Shafiah menjelaskan..Rosnah hanya tersenyum…
Shafiah mengalirkan air mata ketika menjejakkan kaki kali pertama di bumi Mekah.Doa dipanjatkan “YaAllah..jadikanku dan Affan suami isteri dunia dan akhirat..aku amat mencintainya..”
Itulah doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Rabb…
“Berita terkini……10 jemaah haji dari Malaysia maut apabila berlaku rempuhan besar ketika umat Islammenunaikan tawaf di Mekah.Menurut Ketua Jemaah Tabung Haji,senarai dan gambar mereka yang terkorban adalah…”Berita Terkini TV3 sedang bersiaran.
“Nek…nek……..gambar ummi dalam tv ”Adha dan Fitri memanggil neneknya di dapur.
“Ya Allah!Ya Allah! Innalillahwainna rajiun……………………ummi dah tiada lagi….anakku Shafiah....Ya Allah..Ya Allah.....”Hajjah Aisyah memeluk kedua-dua cucunya ilimpahi air mata kesedihan….
Setelah Shafiah dikebumikan di Mekah selama 6 bulan,mayatnya dipindahkan sebelah suaminya...ini adalah mengikut wasiatnya mahu kuburnya di sebelah arwah suami agar memudahkan anak-anak menziarahi kubur ibu bapa .
“Nek..mengapa ummi tidur sebelah rumah ayah?”Tanya Fitri dan Adha serentak di tanah perkuburan Islam Masjid Tanah Melaka.
“Ummi sayangkan Ayah…”balas Hajjah Aisyah sambil merembes…
~~ TAMAT ~~
HAKCIPTATERPELIHARA SAAT SULAIMAN AL-HAJJ 2012.
Last edited by GuaAnakMelaka on 24-10-2012 06:01 PM
|