CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3600|Reply: 17

Ketua PBB puji PSY - Gangnam style

 Close [Copy link]
Post time 11-10-2012 10:43 AM | Show all posts |Read mode


PSY (tengah) menari tarian kuda dalam  program bual bicara Today di New York pada 14 September lalu

PARIS - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memuji penyanyi rap Korea Selatan kerana lagu Gangnam Style menjadi penggerak ke arah keamanan dunia.


"Saya telah menonton video tersebut (Gangnam Style)," katanya kepada agensi berita AFP kelmarin. Ki-moon yang berusia 68 tahun merupakan rakyat Korea Selatan.


Muzik video Gangnam Style yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih 400 juta kali di laman perkongsian YouTube sejak dimuat naik pada 15 Julai lalu.


Psy kemudian menjadi terkenal di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat (AS) ekoran tariannya itu. Dia turut diundang ke AS untuk menghadiri program bual bicara dan menjadi artis yang diurus oleh pengurus penyanyi terkenal, Justin Bieber, Scooter Braun.


Tarian kudanya itu juga menjadi ikutan penduduk pelbagai bangsa, walaupun lagu tersebut dinyanyikan dalam bahasa Korea.
Pemain tenis Serbia, Novak Djokovic menari tarian itu selepas perlawanan akhir Terbuka China di Beijing pada 7 Oktober lalu.
Pada perlawanan itu, dia menewaskan Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis dengan keputusan 7-6, 6-2.


Menurut Ki-moon, beliau bangga dengan persembahan Psy. "Tidak ada bahasa yang diperlukan dalam dunia muzik. Ia merupakan kuasa muzik. "Menerusi persembahan seni itu, kita akan lebih memahami kebudayaan dan tamadun bangsa lain," katanya. - Agensi




p/s : tapi iolz x pernah minat lagu ni...  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 12:57 PM | Show all posts
sekarang seluruh dunia pun gangnam style...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 01:54 PM | Show all posts
tarian dia aku ok je..tengah study ni~
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 02:43 PM | Show all posts
i like.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 02:54 PM | Show all posts
tarian org retarded.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 03:01 PM | Show all posts
cuba la suruh psy promot poco-poco lak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2012 01:09 AM | Show all posts
last month g Sunway Pyramid tengok budak2 menari Gangnam kt Ice Skating...
so,sweeeeettt...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 02:17 AM | Show all posts
penggerak keamanan dunia? bombastik sangat uol mr.PBB

tp gangnam style ni mmg style pun...tarian dia bleh guna time senamrobik pagi-pag...buat ganti poco-poco...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 03:53 PM | Show all posts
popular terus psy ni dengan tarian ni je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 11:33 AM | Show all posts
lawak tarian die nih...hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 11:47 PM | Show all posts
leolow23 posted on 11-10-2012 12:57 PM
sekarang seluruh dunia pun gangnam style...

so ni kira budaya & tamadun org korea la?...
ya ampun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 11:16 AM | Show all posts
nape ntah..
suke layan haha

okay gak ar..nak tukar selera sekali sekala..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 05:55 PM | Show all posts
Jgn one hit wonder sudahhhhh pacit psy nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 10:23 AM | Show all posts
tarian kuda...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 11:02 AM | Show all posts
Habis, dia ni pun serumpun sebangsa dengan PSY, mestilah puji takkan nak kutuk pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2012 04:35 PM | Show all posts
x minat gak lagu ni..
tp saya perhatikan kbykkan dak2 kecik kalu dgr lagu ni .. pasti mrk akan turut nak menari sama..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 05:57 PM | Show all posts
nyampah diorang nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.253761 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list