View: 17926|Reply: 13
|
Apa yang harus dilakukan apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya
[Copy link]
|
|
Salam semua, disini saya nak kongsi sedikit. Sebagai pengguna jalanraya, kita semua tidak ingin terlibat dalam kemalangan, tetapi bak kata pepatah “Malang tidak berbau” ada baiknya kita mempunyai ilmu untuk menangani situasi apabila terlibat dalam kemalangan.
1. Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang
Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti.
2. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling
Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.
3. Dapatkan maklumat dari pemandu lain
Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lessen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.
4. Hubungi pihak insurans kereta anda
Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.
5. Buat laporan polis di balai polis terdekat
Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.
6. Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri
Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.
7. Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar
Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.
Inilah 7 langkah atau nasihat yang perlu anda ketahui jika terlibat dalam kemalangan dan saya pasti ia boleh memanfaatkan diri anda kelak. Jika ada salah silap atau ingin memberi nasihat tambahan silalah komen.
Terima kasih.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good
|
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kalau melibatkan kemalangan kereta dan motor di mana penunggang motorsikal meninggal dunia?
kena pasang peguam ke ape erk?
mohon pendapat sesgt..1st time case ni jd kat my family..
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon penjelasan yg lebih detail...sy terlibat dlm kemalangan 2 mggu lps. org blkg melanggar sy. dan sy terlanggar kereta hdpan. 1st time in my life sy berhdpan situasi begini dan x tahu langsung apa tindakan yg harus diambil. kereta sy telah ditarik ke bengkel, kerosakan dihadapan dan bumper hdpan.sehingga sekarang sy msh x hubungi insuran dan bengkel yg membaiki kerete sy. cuma sy mendapat sms dr pihak insuran menyatakan kerete sy akan dibaiki oleh bengkel sipolan beserta no telefon. bolehkan sy pohon elaun kesukaran buat waktu ini memandangkan sy perlu membayar ansuran bulanan dan bagaimana caranya.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah kena eksiden masa puasa lepas. kes aku yang langgar moto kat depan. sebab: budak tu dah bagi signal nak masuk simpang kanan tetiba dia pusing potong kiri terus. tak done terus aku langgar
moral of the story: pas eksiden terus amek gambar posisi kedua-dua kenderaan. sebab: bila masuk balai nanti lain pulak cerita
|
|
|
|
|
|
|
|
exsident cmne pon
kalu hanya kereta yg cedera..
bukan penumpang
mohon pemilik kereta jgn sign any letter dr mana2 tow truck driver
sila berkeras
lagi2 di highway..sila bertegas utk menolak bantuan tow truck yg bukan dr pihak peronda lebuhraya
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih for the sharing..... |
|
|
|
|
|
|
|
TQ for sharing, very very informative. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu kena sondol dgn kancil claim insuran kancil...pergi buat report kancil tu kena saman 300....kete aku tinggal kat bengkel dekat 1 bulan..lepas tu bengkel tu call suruh dtg kete dah siap n tandatangan surat terus amik kete .........tapi masa buat report polis tu tanya no plat kancil tu..nasib baik aku tulis sebab dia suruh semua org diam dia nak aku sorg jerk yg sebut no plat kancil tu........tu lah pengalaman aku...sekian.. |
|
|
|
|
|
|
|
C1k_J4h posted on 11-10-2012 06:59 AM
bagaimana kalau melibatkan kemalangan kereta dan motor di mana penunggang motorsikal meninggal dunia ...
Report polis dah buat? biasenya kita yang appoint lowyer. Depends pada kes, kalau kes pemandu kereta yang cuai, dapat sgauhati, cuma makan tahun la. Biasa pihak lowyer yang akan uruskan dari A-Z, cuma kita kena bekerjasama dalam berikan butiran2 penting. Arwah sudah berkahwin atau bujang? |
|
|
|
|
|
|
|
acinai2 posted on 5-11-2012 12:12 PM
mohon penjelasan yg lebih detail...sy terlibat dlm kemalangan 2 mggu lps. org blkg melanggar sy. dan ...
Kes ni dipanggil KFK (knock for knock). Biasa pihak bengkel akan laporkan pada pihak insuran. acinai2 akan claim utk OD (own damage), time ni NCD akan jadi 0. Nanti pihak insuran acianai2 akan buat recovery NCD dengan pihak ketiga (kereta yang langgar acianai2).
Untuk elaun kesukaran tu, cuba baca policy insuran acinai2, ada tak disebut pihak insuran akan memberikan elaun kesukaran tu? kalau ada, tak banyak pun, sehari dalam RM60-100 (etiqa) ---> berdasarkan jenis kenderaan
Pastikan kalau anai2 dah terima panggilan dari bengkel tu utk ambil kereta, check keadaan kereta betul2 sebelum sign "DV" (discharge voucher). Nanti klu acianai2 dah sign, then baru bawak kerata dah meragam, pihak bengkel buat donno je..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seroja11 posted on 28-11-2012 03:16 PM
aku dulu kena sondol dgn kancil claim insuran kancil...pergi buat report kancil tu kena saman 300... ...
biasa la tu, masing2 tak nak ngaku salah, klu mengaku,sah2 la kene saman RM300
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizajmain posted on 4-12-2012 10:45 PM
Report polis dah buat? biasenya kita yang appoint lowyer. Depends pada kes, kalau kes pemandu kere ...
err..dak motor tu dak cina..umur 17thun..actually skrg kes tergantung lg..adik just kena lapor diri tiap 3 bulan skrg..the family pun xde nak claim pape sebb dak tu ade insurans nyawa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika melibatkan kenderaan polis atau tentera, mintak nama pemandu, nombor perkhidmatan dan pasukan mana selain nombor kenderaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|