Saya tertarikh dengan iklan Menskin di akhbar tempatan dan membuat pembayaran untuk rawatan muka. Rawatan terbaru adalah cell stem. Selepas kali kedua,saya merasa was2 sikit kerana bau serum yang di sapu di muka saya seperti hanyir, bau macam binatang. Bila sayabertanya dengan ‘consultant’, merekaseolah –olah tidak tahu kandungan tapi memberi pendapat berbeza-beza seperti ia nya kandungan ‘apple” dan sebagainya. Malah , terapi yang merawat muka saya pun kurang pasti kandungan serum tersebut. Saya hairan kerana pusat rawatan Men skin ini tidak membuat pengesahan Jakim atau dermatology sama ada ia nya selamat atau halal. Produkseperti gel, colegen,krim , ‘three layermask’ dan lain semua ini menjadi tanda tanya sama ada ia nya selamat atau halal. Pusat ini ramaipelanggan Muslim. Saya memintapihak berkuasa menyiasat isu ini kerana ia melibatkan status halal dan ada kah ia nya selamat memandangkan ia tidak ada sijil kelulusan dari kementerian kesihatan.
Last edited by makeup on 29-8-2012 05:25 PM
|