CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Abangcute

Bagaimanakah anda kenal Islam?

[Copy link]
Post time 31-12-2012 12:01 AM | Show all posts
skiz0 posted on 30-12-2012 04:48 PM
sesunguhnya dakwah itu adalah satu amal yang murni
tetapi tidak semua orang dapat berdakwah dengan  ...


cantik sekali

no komen laaaa
cuma
adakah sudah jauhari mengenal manikamnya..........tu je laaaa

oh ya....ada gak dakwah...sampai diperintahkan perang, iye kann

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2012 01:24 AM | Show all posts
hmm ...

perang n jihad berbunuhan
hamba n rampasan perang
bani quraiza
penyair tua
penyair wanita beranak lima
berkembangnya Islam dgn pedang...

Allah Maha Pengasih dan Penyayang....
kita insan adalah ciptaan-Nya termasuk nabi
dan rasul... Allah hanya menganjurkan kebaikan..


Ya Rahman Ya Rahim ..
Yang awal dan yang akhir, itu sahaja ..
insan berandai-andai ...
itulah fitrah Allah ...
kerana dunia sudah mula kiamat ...


(my seposen - dont bother to judge or misjudge me)
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 11:40 AM | Show all posts
pasal bab perang tu,
bila dah Allah perintahkan, nabi nabi ikut saja
dan nabi nabi menyeru kpd umatnya....
tapi kebanyakan perag dlm Islam
lebih kpd mempertahankan akidah - itu bab no 1...tiada tujuan lain
yg kedua pula kpd menjaga agama itu sendiri....
kerana itu bantuan datang dari segala penjuru - dari Allah, dari Malaikat...dari segalanya
kebanyakan umat Islam berperang, pihak musuh berganda ganda...
kerana itu satu org Islam yg beriman, dpt memerangi 10 org kafir...
tetapi semua atas kehendakNya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 01:22 PM | Show all posts
Abangcute posted on 30-12-2012 03:10 AM
Soalan kamu : cammana tu - kenal Islam dengan tiada permulaan ? ... sesuatu yg baru pada saya.

...

Anda keliru antara " permulaan " dan " bermula " .... kerana itu penjelasan anda bertentangan walau dalam perenggan yang sama !
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 01:24 PM | Show all posts
orangbesi posted on 30-12-2012 01:03 AM
mungkin

kalu tak salah aku laaa

  ==>

Penyakit berat !



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 02:09 PM | Show all posts
alamak....
aku sepatutnya tak keluarkan perkataan PERANG

maaf semua ya
berat sangat ................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2012 02:11 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 31-12-2012 01:24 PM
==>

Penyakit berat !

nak wat camna
sendiri cari pasal leeee

SUDAH DIMUDAHKAN AL QURAN...AGAR MENDAPAT PETUNJUK



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 02:57 PM | Show all posts
Pd aku, aku mula benar2 kenal ttg Islam adalah setelah masuk ke sekolah agama asrama penuh...di situ lah mula2 kenal ttg Islam sbb belajar sekolah rendah mcm terlalu basic....yg tau time tu solat & puasa je.... Tp pd aku SECARA PERIBADI, syarat utk benar2 kenal Islam mestilah tahu berbahasa Arab...faham sket2 bila dibacakan al-Qur'an sama ada dlm solat atau di luar solat....sbb bahasa itu adalah bahasa al-Qur'an, bahasa syurga & bahasa Nabi S.A.W.

Maka sekiranya ada mana2 yg merasakan diri 'alim & kenal agama tp tidak pandai berbahasa Arab, maka dia hanyalah 'bluffing'.......krana jika dilihat pakar2 dlm agama, kesemuanya LA BUDDA pasti pandai bahasa Arab....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2013 02:06 AM | Show all posts
PitMie posted on 31-12-2012 02:57 PM
Pd aku, aku mula benar2 kenal ttg Islam adalah setelah masuk ke sekolah agama asrama penuh...di situ ...

Okey ler tu dari saya.

Saya kenal Islam (secara suka rela pilih) tahun 2011 hari ke 5 selepas raya puasa. Hati saya TERGERAK atas sebab yang saya TAK TAHU NAK JAWAB. Sebelum tahun 2011 saya tidak tahu baca Al-Quran malah tak tahu nak melagukan bacaan Al-Quran.Yang saya tahu jadi PAK TURUT (itupun saya baru tahu BACAAN SAYA SELAMA INI TAK BETUL RUPANYA). Bayangkan, tiba-tiba saya tahu macam mana nak baca Al-Quran. Tiba-tiba saya belajar sesuatu dari Al-Quran berdasarkan SESUATU KEJADIAN. Tiba-tiba saya jadi seorang yang TAKSUB dengan agama. Akhirnya dari tahun 2011 sudah banyak benda baru belajar dan perubahan yang telah terjadi dan berlanjutan perubahan demi perubahan terhadap diri saya sehingga kini.

Alhamdullillah saya sudah lihat, dengar, rasa dan faham maksud KUN FAYAKUN di dunia nyata (BUKAN MIMPI) pada maksud PERBUATAN, KATA-KATA dan NIAT pada setiap surah yang berkaitan di dalam Al-Quran dengan JELAS lagi NYATA tanpa GURU/MURSYID/SHEIKH/Ulama. Kalau tanya perihal JIN, sesungguhnya BENARLAH apa yang disampaikan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah. Sesungguhnya Al-Quranlah Imam saya. Semuanya dengan izin Allah. Sesungguhnya SEMUA PERKAKASAN disediakanNYA TANPA BELI melainkan yang saya MAHUKAN sahaja semata-mata untuk meyakinkan apa yang dipelajari walaupun tanpa guru. Nak buat macam mana, GURU TAK MAU AJAR SAYA kerana saya tidaklah sama macam diri TUAN.

Perihal solat saya, tahun 2011 antara tahun yang paling ISTIMEWA kerana 6 kali saya MENITISKAN AIR MATA di dalam solat WAJIB dan SUNAT tanpa ketahui sebab kenapa saya menitiskan air mata. 2 daripadanya ketika berada dalam solat berjemaah (solat jumaat) terutama bacaan surah Ad-Dhuha (apa pun sekarang saya sudah faham kenapa saya menangis), 2 lagi lagi ketika solat sunat Istikharah dan Hajat (Alhamdullillah Semuanya Dipenuhi Dengan IzinNYA- rahsia). Saya juga pernah menangis ketika jaga dari tidur tanpa mimpi, apa pun banyak perkara yang saya tidak ceritakan kerana bagi saya cukuplah untuk memperkenalkan saya.

Jika bertanyakan kepada saya perkataan IKHLAS, saya boleh beri GAMBARAN yang cukup simple. Pergi tengok pokok, PASTIKAN faham IKHLAS dari keterangan saya perihal yang dinyatakan perihal pokok sebentar tadi. Kerana ikhlas itu TANPA DIMINTA. Dan di dalam dunia hari ini AMAT PALING SEDIKIT jumlah manusia yang IKHLAS termasuklah dari golongan yang bergelar ULAMA/MURSYID dan seumpamanya kerana IKHLAS itu dari kalangan orang-orang BIASA tapi BERJAYA dan kecil sungguh jumlahnya (1 kawasan kapasiti 2000 baru ada 1 atau 2 orang aje). Kalau nak khusyuk dalam solat cari saya kerana jika diri mahukan ALLAH sudah pasti maksud Unggas yang dikisahkan menerusi Al-Quran akan berkait rapat dengan solat yang khusyuk.

Wallah Hualam

Last edited by Abangcute on 1-1-2013 02:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:22 AM | Show all posts
Abangcute posted on 1-1-2013 02:06 AM
Okey ler tu dari saya.

Saya kenal Islam (secara suka rela pilih) tahun 2011 hari ke 5 selepas r ...

Untuk dapatkan 1, perlukan 0... untuk dapatkan 0, perlukan 1... dengan izin Nya, bila dah dapat 1 maka akan dapat 0.. dikala itu semuanya 0 kecuali 1... selamat beramal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 11:21 PM | Show all posts
ct_og posted on 6-12-2013 11:22 AM
Untuk dapatkan 1, perlukan 0... untuk dapatkan 0, perlukan 1... dengan izin Nya, bila dah dapat 1  ...

mengenal agama Islam itu adalah dengan mengenal makna istiqomah. orang yg senantiasa dalam keadaan istiqomah tidaklah sama dengan orang yg tidak pernah sama sekali berada dalam keadaan istiqomah kerana istiqomah itu memerlukan pengorbanan jiwa.

saya beri contoh mudah,

dalam kehidupan kita, yg kita tahu dan tidak tahu itu hanya ciptaanNya kerana wujudnya diri manusia itu atas tajuk makhluk ciptaanNya. orang yg memahami makna ciptaanNya maka dirinya pasti mengenal hakikat kehidupan yg merujuk pada maksud istiqomah.

istiqomah itu merupakan suatu bentuk ujian/rahmat yg datang dariNya kepada hamba-hambaNya yg Dia pilih untuk menuju kesyurga. seseorang yg beristiqomah itu senantiasa berada dalam keadaan kebenaran dan kebatilan yg memerlukan hala tuju untuk menentukan apa yg disyariatkan olehNya. maka kepada yg beriman dalam erti kata istiqomah, perlulah menjadikan Alquran dan Sunnah sebagai sumber rujukan supaya apa yg dimaksudkan istiqomah itu sentiasa kekal dan berterusan. dan orang2 yg tidak berjaya di dalam keadaan istiqomah, pasti akan menjadi zalim dan kesesatan nyata(gila pada maksud sangkaan semata-mata yg disebabkan oleh bujukan2 syaitan).

kenapakah terdapat orang2 yg menjadi gila bila melalui keadaan istiqomah? kerana mereka lalai dari mengingati apa yg dimaksudkan olehNya berdasarkan Alquran dan Sunnah. orang2 yg bijak sahaja yg mampu menangani keadaan istiqomah kerana di dalam maksud istiqomah itu terdapat pelbagai dugaan yg berselisih ganti yg memerlukan kepada petunjuk yg datang dariNya untuk mendapatkan keredaanNya.

saya beri contoh mudah, seseorang yg beristiqomah itu PASTI akan senantiasa berada dalam keadaan mengigatiNya. maka keadaan sekitar yg diwujudkan olehNya pastinya untuk memantapkan keimanannya dalam erti kata yg sebenar-benarnya. dan apa yg dirinya dapati dari istiqomah itulah apa yg dinyatakan di dalam Alquran untuk diterjemahkan dalam kehidupanNya.

katakanlah, anda berjumpa dengan seorang rakan, di dalam dada orang2 yg beristiqomah, sudah menyediakan pelbagai persediaan yg secukupnya untuk menghadapi sebarang bentuk kerosakkan yg akan dinyatakan oleh rakan itu. jika anda dalam keadaan istiqomah, rakan anda itu akan menjadi ujian kepada kamu sepanjang masa termasuklah ketika kamu mula mengerjakan solat. dan istiqomah ini bukan dalam bentuk akal yg kita sering perkatakan kerana jika Dia berkehendakkan seseorang itu dalam keadaan istiqomah, maka perkara dunia itu hanyalah suatu sebab untuk dirinya melaksanakan tanggungjawabnya selaku hambaNya yg mendengar dan mentaati perintah Allah.

orang2 yg beristiqomah itu bukanlah wali Allah, akan tetapi Allahlah wali (pelindung) kepada dirinya. maka tiada seorang manusia pun boleh mendustakan apa yg dirinya nyatakan kerana mendustakan apa yg Allah lindungi terhadap diri seorang hamba samalah maksudnya mendajjalkan diri sendiri.

orang yg diredaiNya adalah hamba2Nya yg memahami hakikat dunia itu atas maksud sangkaan yg merupakan ciptaanNya. dan orang2 yg berkehendakkan redaNya, sewajarnya memahami hakikat dunia itu pada apa yg Dia maksudkan dalam erti kata yg sebenar-benarnya.

saya menjelaskan ilmu ini supaya anda jelas, untuk menjadi benar2 Islam dan Istiqomah amat2lah sukar kerana kamu semua belum tentu lagi boleh berjaya untuk mengatasi bisikan Iblis dan sekutu2nya. semua itu merupakan ciptaanNya dan hanya Dia sahajalah tempat kita bergantung harap untuk mendapatkan keredhaanNya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:47 AM | Show all posts
Abangcute posted on 6-12-2013 11:21 PM
mengenal agama Islam itu adalah dengan mengenal makna istiqomah. orang yg senantiasa dalam keadaan ...

betul tu.. perlu istiqomah sedangkan iblis itu musuh manusia yang nyata sentiasa mengganggu dan tak pernah mengenal erti putus asa... semuanya dari Allah jua... semoga Allah menerima kita dikalangan hamba Nya yang bersyukur... bukan senang nak dapat 1 sebab yang beri 1 itu pun dari 1 jua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 11:14 AM | Show all posts
ct_og posted on 7-12-2013 08:47 AM
betul tu.. perlu istiqomah sedangkan iblis itu musuh manusia yang nyata sentiasa mengganggu dan ta ...

saya bersetuju dengan pandangan dan nasihat anda

saya tambah dari pandangan alim ulama yg saya baru berjumpa. mereka berkata, cara mengatasi masaalah syaitan itu adalah dengan bertaqwa kepada Allah. istiqomah itu cara untuk mengenalpasti kesilapan yg kita lakukan berdasarkan ilmu dan amal. Alquran dan Sunnah itu cara untuk kita menghadapi kesilapan yg dilakukan dalam kehidupan. peringatan di dalam Alquran dan Sunnah dijadikan sebab untuk kita takut pada apa yg dijanjikan atas maksud kemungkaran yg dilakukan oleh diri kita.

contoh mudah. kerana ada manusia dirasuk oleh syaitan? jawapan : pengambil riba
bagaimana pula jika kita diganggu oleh syaitan? jawapan : ikutlah petunjukNya (Alquran dan Sunnah) maka terpeliharalah harta, jiwa dan yg berkaitan dengannya.

insya'allah, sama2lah kita amalkan berdasarkan ilmu yg kita dapati (Alquran dan Sunnah). nanti saya bagi tip sesudah saya amalkan. insya'allah tengah usahakan.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 06:28 PM | Show all posts
Abangcute posted on 10-12-2013 11:14 AM
saya bersetuju dengan pandangan dan nasihat anda

saya tambah dari pandangan alim ulama yg saya  ...

"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)." (Al Israa'  : 65)

Beristiqomahlah dengan ikhlas dan bersyukur kepada Nya,insyaAllah Allah bantu di dunia dan akhirat... semoga Allah terima kita dikalangan hamba-hamba Nya yang beriman dengan ikhlas dan bersyukur... Aamiinn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.239447 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list