CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2422|Reply: 5

Ops Sikap Edisi Syawal 1433 hijrah.............duhhhhhhh.....

[Copy link]
Post time 25-7-2012 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Sudah berzaman rasanya Kempen OPS SIKAP ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran pada para pengguna jalanraya akan tanggunjawab mereka ketika berada dijalanraya.......terutama diwaktu perayaan...kerana statistik menunjukkan banyak nyawa para pengguna   yang menjadi ibarat KERTAS(melayang) terutama pada waktu musim perayaan seperti hari raya yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi......

Persoalannya...adakah Kempen seperti ini telah berjaya memupuk kesedaran dikalangan para pengguna yang termasuk diri kita Dan keluarga kita, dalam mengambil bersikap lebih bertanggungjawab...terhadap diri kita Dan juga para pengguna jalanraya lain??????jika dilihat Dari kadar kemalangan yang berlaku setiap tahun dalam musim perayaan ini.....nampaknya tidak begitu berkesan, ibarat usaha menjirus air kedaun keladi....peratusan kemalangan yang berlaku tetap meningkat setiap tahun........

MALANG memang tidak berbau...tapi dari analisis kemalangan yang blaku ditahun tahun sudah.......mendapati secara purata, 85 peratus dari kemalangan yang berlaku  adalah insiden yang sebenarnya BOLEH DIELLAKKAN........

Jadi menjelang raya yang bakal tiba tak lama lagi...apakah USAHA Dan PERANAN yang boleh kita USAHAKAN  untuk Cuba memastikan kita tidak jadi "ancaman" pada para pengguna jalanraya yang lain????? Agar jalanraya yang bakal kita lalui raya ini nanti Akan menjadi lebih selamat pada semua pengguna........

Jom, kita diskus......











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2012 08:41 AM | Show all posts
OPS sikap dah start ehh.. skrg pun banyak dah eksiden ajer.. slalu balik keje lalu highway.. jadik banyak nampak motor lar .. penunggang nyer dah tersadai.. ritu seminggu sblm posa.. penunggang motorbike.. diorang ckp laju giler.. tup2 depan dah eksiden.. kene gelek ngan lori lagi.. aduyaiii.. smlm pun petang kat simpang bangi....aduhh...para pemandu semua.. tolonglar, bwk kete ker.. motor ker.. lori kaa.. bas ka.. tolonglar jgn bawak dengan cara yg merbahaya.. aduhh sakit jantunglar ngk eksiden niee
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 02:05 PM | Show all posts
tukau je nama dari ops sikap ke ops talkin...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 03:46 PM | Show all posts
Sama je tiap tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 10:03 AM | Show all posts
Hye uolls..

1. rancang perjalanan balik raya uolls.
contohnya bertolak time kereta kurang kat jalan cam awal pagi. malam2 kemas siap2. lepas sahur terus gerak. iolls suke je balik awal2 pagi. nyaman aje.

2. Co-pilot yang cergas
Iolls selalu menjadi co-pilot yang hyperactive semasa laki iolls memandu. kalu laju sangat iolls tegur. suruh beliau bagi signel masa tuka line. n kalu beliau kelihatan penat iolls take over jahh. tak pon iolls ajak beliau sembang topik kegemaran beliau supaya tak mengantok walaupon iolls tak suka topik yang dibincangkan.

3. Burnkan lagu2 best dalam cd/ masukkan dalam thumbdrive
Masa iolls bujang dulu, iolls balik kampung drive sensorang. cepat bosan dan mengantuk so,bila ade lagu2 kegemaran haruslah iolls menyanyi2 terpekik2 dalam kereta. takde la tertidur or ngantuk2 time drive.

4. rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.
Malam before balik tu uolls urut2 la badan laki uolls pastu suruh dia tido awal.

5. bagi anak duk diam
Kalu uolls ade anak2 yang suka mengelejat/ mengeletik dalam kereta pasangkan je cd2 cerita yang deorang suka kalu uolls ade tv dalam kete. kalu takde, bawak la mainan yang boleh buat deorang leka. takde la menggangu pemanduan bapaknye.

Sekian sahaja dari iolls.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 01:33 AM | Show all posts
Sebenarnya Ops Sikap ni hanya wujud bila tiba musim perayaan aje !

Dari tahun 2001 hingga skrg, masih camtu gak sikap pemandu di Malaysia...

Ramai pemandu di Malaysia mmg tak pandai memandu /cuai / lalai / hilang fokus / pentingkan diri sendiri

Paling teruk sekali tu yg suka cilok / potong Q...ntah laa

Tak sayang nyawa gamaknya ! ! ! !



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044675 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list