View: 3235|Reply: 2
|
MTV WORLD STAGE 2012 : GEGARAN ARTIS ANTARABANGSA DI MALAYSIA
[Copy link]
|
|
PART 1
Kuala Lumpur - MTV World Stage 2012 yang diadakan pada 14 Julai 2012 telah berlangsung dengan suksesnya di Surf Beach @ Sunway Lagoon. Sebenarnya ini adalah merupakan pertama kalinya CARI.com menghadiri MTV World Stage pada tahun ini, jadi kurang tau dengan suasana yang sebenarnya kerna selama ini cuma mengikutinya melalui siaran ulangan di Astro MTV dan pada kali ini telah berpeluang menyaksikannya sendiri secara langsung dihadapan mata tapi apa yang dikabarkan bahawa pada tahun ni kehadiran penonton adalah melebihi dari tahun yang sudah dimana kehadiran kali ini mencapai seramai 16,000 penonton yang menghimpunkan peminat fanclub 'Believers', 'JWalkerz', 'Kamilia' dan peminat Mizz Nina (mizz nina lepas ni sila tubuhkan fanclub anda ya) yang datang bukan saja dari Malaysia tapi juga dihadiri oleh peminat dari luar negara telah datang berkampung sejak seawal 7.00, kelihatan santai beratur sambil terus menerus menyalurkan maklumat terkini disamping memuat-turun berkongsi gambar melalui twitter #mtvworldstage dan apa yang lebih menarik lagi ianya semuanya dipaparkan terus ke skrin geragasi yang terdapat pada sebelah menyebelah pentas di tapak konsert tersebut. Semuanya ini adalah semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan artis yang bertaraf dunia iaitu Justin Bieber, artis sensasi dari Korea iaitu Jay Park dan KARA dan artis Malaysia yg sudah mula mengembangkan sayap ke US adalah Mizz Nina.
Bagi mengelakkan sebarang kesesakan dilaluan masuk dan juga disebabkan kawalan sekuriti yang agak ketat, pintu masuk telah dibuka seawal jam 4.30 petang bagi memudahkan. MTV World Stage 2012 kali ini diacarakan oleh VJ Rich dan VJ Holly. Disebabkan tahun ini juga terdapat ramai peminat kanak-kanak dan remaja yang hadir ditemani ibubapa, kerap kalinya kedengaran sedikit lucu bila sesekali VJ Rich dan VJ Holly mengumumkan kehilangan kanak-kanak dan memberitahu dimana ibubapa boleh menemui anak mereka.
Tepat pada pukul 6.30 petang, Justin Bieber sebagai artis pertama merasmikan pembukaan tirai konsert dengan lagu hitnya 'Baby' yang sehingga kini masih menjadi siulan para remaja. Selepas bertegur sapa dengan peminat sambil meluahkan acapkali ucapan terima kasihnya diatas sokongan "Believers" Malaysia. Datang dengan lengkap penari, penyanyi latar dan diiringi dengan kumpulan band pengiringnya, Justin Bieber memang tidak pernah mengecewakan “Believers” nya. Persembahan seterusnya lagu 'All Around The World' dan 'As Long As You Love Me' dari album terbaru beliau dimana pelancaran album untuk Asia Tenggara telah diadakan pada sebelah pagi sebelum konsert yang juga disaksikan oleh peminat yang terpilih dan dikabarkan beliau sempat menyanyikan 7 buah lagu kepada peminatnya. Seterusnya lagu 'Die In Your Ams', 'Be Alright ' dan 'One Time' yg dipersembahkan secara gitar dalam versi akustik. Pentas dihangkatkan lagi dengan lagu 'Never Say Never' dan diakhiri dengan lagu terbaru 'Boyfriend'. Tamat saja persembahan, kelihatan ramai peminat "Believers" tergesa-gesa berpusu keluar kerana dikabarkan Justin Bieber sehabis saja persembahan beliau bergegas ke KLIA untuk berlepas pula ke Australia sempena album promo beliau disana keesokkan harinya.
Malam tersebut juga menyaksikan kumpulan peminat saling bertukar tempat menapak dihadapan pentas konsert mengikut rentak artis kegemaran masing-masing. Kini giliran KARA pula menguasai pentas dengan diiringi oleh 10 orang penari telah tampil mendadak mengejutkan para peminatnya lagu rancak 'Step'. Ini adalah merupakan kedatangan pertama mereka di Malaysia. Sebelum ini mereka telah berada di Singpore untuk mini showcase mereka sempena pelancaran jenama minyak wangi mereka 'K5J' tanpa kehadiran salah seorg ahli muda mereka iaitu Han Seung Yeon yang dimasukkan ke hospital kerana penyakit ‘anemia’. Sehinggakan membuatkan peminat mereka "Kamilias" menjadi sangat risau. Kerisauan tersebut tidak lama sebab sebaik saja disahkan telah sihat, Seung Yeon terus terbang dari Korea ke Malaysia untuk menyertai ahli yang lain. Nicole, yang fasih berbahasa English telah menjadi wakil jurucakap kumpulan menyatakan betapa mereka sungguh gembira datang ke Malaysia dan selepas sesi mmeperkenalkan diri tanpa membuang masa mereka meneruskan persembahan dengan lagu hits mereka. Jeritan tanpa henti dari "Kamilias" terutamanya peminat lelaki semakin kuat bergema, ada yang turut serta menari dan menyanyi apabila lagu 'Jumping', 'Lupin', 'Honey' dan 'Let It Go' dinyanyikan. Diakhiri dengan lagu 'Mister' yang mana telah mengangkat nama mereka setaraf dengan artis Jepun apabila telah memecahkan rekod selama 29 tahun sebagai artis group wanita bukan Jepun yang menduduki carta teratas 'Top 10 Japan's Oricon Chart'. Seperti juga Justin Bieber, KARA usai saja persembahan, mereka bergegas menuju ke KLIA untuk kembali ke Korea.
|
|
|
|
|
|
|
|
PART 2
Ratu Hip-Hop Malaysia yang tidak asing lagi menambil tempat, beliau yang juga pernah menjadi artis pembuka tirai konsert antarabangsa seperti Usher dan Bruno Mars iaitu Mizz Nina hangat mengegarkan pentas memukau penonton dengan rangkaian lagu 'electro pop dance' diiringi oleh penari dan paparan visual yang sangat menarik ditayangkan pada skrin. Beliau yang baru sahaja melancarkan album baru ‘Takeover’ pada May lepas dan juga baru kembali dari Los Angeles untuk rancangan dokumentari perjalanan karier musicnya disana. Rancangan tersebut telah disiarkan oleh Astro Ria. Membawakan lagu 'Just Do It', 'Takeover' dan 'Hit Me Up', 'Rentak Yang Sama', 'With You', 'Summer Burning' dan hit terakhir 'What You Waiting For' . Tahun 2012 ini adalah merupakan tahun yang sibuk bagi Mizz Nina kerna selepas sahaja Hari Raya nanti, beliau akan menyambung kembali aktiviti album promosinya ke luar negara.
Akhir sekali persembahan penutup tirai yang sangat dinantikan terutama para "JWalkerz" . Muncul bersama kumpulan Bboy “AOM” yang sentiasa mengiringi persembahanya di Asia memulakan dengan lagu 'AOM & 1llioanire' dan 'Abandoned'. Penyanyi kelahiran US yang serba boleh dan berbakat besar sebagai penyanyi, penari dan menulis lirik ini bukan saja untuk dirinya sendiri bahkan telah menghasilkan lagu untuk penyanyi lain, juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam penghasilan dan penerbitan album terbarunya 'New Breed' dan English mixtapenya di US ‘FreshAIR-Breath It’ terus menghangatkan pentas dengan trak lagu 'Know You Your Name'. Tanpa mepunyai masalah berintraksi dengan peminat, beliau meluahkan terima kasihnya kepada "JWalkerz" Malaysia sambil sesekali mengusik nakal peminat lelaki menyatakan beliau akan menutup kebosanan yang melanda mereka, sebelum meneruskan dengan lagu baladanya 'Carefree' dan 'Nothin’ On You' . Sementara lagu 'Girlfriend' telah dinanyikan dalam versi english adalah merupakan kali pertama beliau nyanyikan secara live dan "JWalkerz" di Malaysia merupakan peminat pertama yang mendengarkannya dan ini sudah tentunya membuatkan para "JWalkerz" merasa bertuah sekali. kedatangan Jay Park ke Malaysia adalah merupakan lawatan kali ke-3, malahan beliau pada keesokan sebelah petangnya akan mengadakan sesi tandatangan album untuk 600 peminatnya di Speedy, Sunway Pryimid dibawah naungan label Universal Music Malaysia. Lagu 'I Got U Back' merupakan lagu istimewa diatara Jay dan "JWalkerz"nya. Masih ingatkah anda CARI.com pernah bertemu dengan beliau dalam sesi ‘exclusive private interview’ dan ketika itu beliau pernah menyatakan lagu ini adalah sangat bermakna dalam hidupnya sebab lagu ini mengingatkannya pada "JWalkerz" yang sentiasa menyokong beliau dari belakang tanpa jemu. Dalam pada itu kelincahannya menari sempat juga beliau membuatkan "JWalkerz"nya menjerit histeria apabila sesekali sepintas lalu memperagakan tubuhnya beberapa kali sepanjang lagu 'Star', 'Turn Off Your Phone' dan 'Do What We Do'. Jay Park juga menghiburkan peminatnya dengan tarian breakdance bersama ahli AOM dengan iringan music dari Far East Movement 'Dirty Bass' sebelum menutup tirai persembahan sepenuhnya dengan lagu rancak 'Body2Body'.
Konsert ni juga dihadiri oleh sebahagian artis Malaysia dan tetamu VIP seperti Sona One, pasangan suami isteri Que Haidar dan Linda Jasmine, Elfira Loy, Duta Korea ke Malaysia Yang Bong Ryull, Duta Kanada ke Malaysia Randolph Mank, kerabat diraja Kelantan Yg Mulia Rania Aaliyah Petri Azahar, kerabat diRaja Terengganu Putra Mahkota Terengganu Yg Amat mulia Tengku Muhammad Ismail, Yg Mulia Tengku Muhammad Mua'az dan Yg Mulia Tengku Fatimatuz Zahra'.
Kosnsert sepanjang 2 jam ini akan disiarkan di saluran MTV SEA pada hari sabtu 28 Julai 2012, 12.30 (wib), 1.30pm(SG/HK/Phil) dan 2.30pm(Mal). Versi sejam juga akan disiarkan pada akhir tahun ini melalui rangkaian MTV seluruh dunia pada 60 saluran di 150 buah negara.
Penaja utama adalah Sunway Resort City, Lenovo, Xpax, Twisties, Hong Leong Bank, yang disokong sepenuhnya oleh MyCeb of Ministry Of Tourism Malaysia dan Astro sebagai rakan penyiaran.
Ucapan terima kasih tidak terhingga kami kepada MTV World Stage dan juga Compass Communications Sdn Bhd yang telah sudi menjemput CARI.com untuk menyaksikan konsert ini.
Artikel oleh : isabel
Photo oleh : MTV World Stage 2012
|
|
|
|
|
|
|
|
report MTV World Stage 2012 |
|
|
|
|
|
|
| |
|