View: 4029|Reply: 3
|
Istimewa Buat Peminat Wanita “Boyz Nite Out” di Singapura
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by isabel at 28-6-2012 10:05
Singapore : 2012, 15hb Jun – Mungkin ia dipanggil sebagai “Boyz Nite Out” tetapi sebenarnya peminat wanitalah yang paling bertuah pada malam itu. Seramai 3000 peminat memenuhi stadium dan boleh dikatakan hampir 90% daripadanya adalah wanita telah mengegarkan Singapore Indoor Stadium dengan jeritan dan sorakan yang tidak henti-henti selama 2 jam berturut-turut.
Tepat pada jam 7 malam, para peminat telah dihiburkan dengan persembahan vokal yang hebat, muzik yang mengasyikkan dan tarian yang ‘superb’ dari penyanyi R&B/Hip Hop Korean-American Jay Park, K-Pop band SHINee, Teen Top, B1A4 dan juga artist ballad yang baru saja debut pada April, 2012 iaitu “7.9.4.2”. Kehadiran mereka telah dibawakan khas oleh Launch Group Entertainment utk peminat K-Pop muzik di Singapore.
Teen Top membuka tirai "Boyz Nite Out" dengan lagu “To You” dan “Girlfriend” diikuti dengan “The Back of Your Hand Brushes Against Mine (손등이 스친다)” yang menguji kekuatan vokal nyanyian mereka secara live. Kehebatan C.A.P, Chunji, L.Joe Niel, Ricky, and Changjo tidak berhenti di situ sahaja, mereka terus menghangatkan lagi stadium dengan nyanyian dan tarian yang sexy untuk lagu “No More Perfume On You (향수 뿌리지마)” dan “Going Crazy”. Pastinya ramai Angel (nama fanclub utk Teen Top) yang tidak dapat tidur lena pada malam itu.
Persembahan dihangatkan lagi dengan kemunculan kumpulan B1A4 yang semakin mula dikenali dipersada antarabangsa. Ini adalah merupakan kali kedua kunjungan B1A4 ke Singapore selepas “Let’s Fly” showcase pada August, tahun lalu. Dan sebab itu lima anak muda tampan Jinyoung, CNU, Sandeul, Baro, dan Gongchan kelihatan sangat santai dan relax mempersembahkan lagu-lagu popular mereka. Membuka persembahan dengan lagu “Beautiful Target”, stadium bergema dengan jeritan dan sorakan BANA (nama peminat B1A4) sehingga lagu persembahan “Baby I’m Sorry” dan “Only Learned the Bad Things”. Kedatangan B1A4 kali ini amat istimewa buat BANA terutamanya CNU yang menyambut ulang tahun yang ke 22 pada 16hb Jun dan untuk itu peminat telah menyediakan sambutan istimewa dan menyanyikan lagu Happy Birthday di dalam bahasa Korea.
“Saya sangat-sangat tersentuh hati, terima kasih. Saya berharap B1A4 dan BANA akan sentiasa bersama-sama buat selamanya”.
Anggota B1A4 yang lain sempat mengusik CNU pabila matanya mula bergenang air mata, tersentuh dengan sambutan peminat yang hadir. Persembahan oleh B1A4 diakhiri dengan lagu hit terkini mereka “Goodnight” dan “O.K”. Yang pastinya B1A4 telah berjaya mencairkan hati ramai peminat wanita dengan kekacakan, senyuman nakal dan juga bakat mereka.
Sehabis sahaja persembahan dari B1A4, 4 orang anak muda dari kumpulan 7.9.4.2 atau dikenali juga sabagai CGSE (chilgusai) telah mendayukan stadium dengan kehebatan vocal dengan lagu single mereka “I’ll be Famous”. Tidak dinafikan pada awalnya 7.9.4.2 kelihatan seperti K-Pop Ballad Idol terkenal, kumpulan 2AM. Tetapi sebaik sahaja mendengar lagu “The More I Look At You”, runut muzik (OST) untuk Korean-Indonesia drama “Saranghae, I Love You” yang dilakonkan oleh Tim dan Revalina dan anggota 7.9.4.2, penulis merasakan kumpulan ini mempunyai potensi untuk berkembang bersama imej mereka tersendiri dan cara nyanyian yang berbeza tanpa perlu dibayangi oleh 2AM suatu hari nanti.
Dan yang pastinya sambutan peminat terhadap 7.9.4.2 adalah sangat luar biasa walaupun mereka masih baru. Terutamanya pabila mereka menyanyikan lagu-lagu medley seperti SG Wannabe “La La La”, Kim Tae-Woo “Love Rain”. Takala mereka mendendangkan runut bunyi terkenal daripada Boys Over Flowers “Paradise”, T-MAX, stadium dipenuhi dengan tepukan gemuruh penonton. Tidak dapat dinafikan lagi 7.9.4.2 telah berjaya menyentuh hati setiap peminat yang hadir dengan persembahan mereka.
“Wo Ai Ni (I love you) terima kasih dan kami sangat teruja pada malam ini. Ini adalah persembahan antarabangsa kami yang pertama dan kami sangat berbesar hati. Kami harap dapat kembali lagi (membuat persembahan)”
7.9.4.2 dianggotai oleh empat orang anak muda, Yoo Haeng Hun (ketua), Jo Hoon, Lim Jong Hyun, dan Kim Eung Joo. Pada 18th Jun yang lalu 7.9.4.2 secara rasminya telah mengumumkan nama fanclub mereka diberi nama ” ILoveYou7942” di laman rasmi Facebook mereka.
Malam di panaskan lagi dengan kemunculan hebat Jay Park yang kelihatan sexy menyarungkan jacket merah menggamit pentas dengan lagu “Know Your Name”. Diiringi penari b-boy, Jay Park berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir dengan nyanyian “I Got Your Back” yang mantap dan tariannya yang semestinya hebat.
“Ianya sangat bagus dapat kembali ke Singapore selepas Asia tour dan juga APAHM tour. Terima kasih diatas kehadiran dan sokongan anda semua. I love you”
Tanpa henti, Jay Park terus menggegarkan pentas dengan lagu-lagu daripada album “New Breed” seperti “Star”, “Nothing On You” and “Girlfriend”. Jay Park juga sempat membuatkan penonton wanita di stadium menjadi histeria seketika tatkala dia menanggalkan singlet putih dan menayangkan susuk tubuhnya yang sasa. Buat pertama kalinya juga Jay Park menyayikan secara live lagu “Turn Off Your Phone” dan juga album mixtape Fresh A!r: Breathe !t yang ekslusif boleh di muat turun secara percuma, “Do What We Do” dan juga “BODY2BODY” buat pertama kalinya di persembahkan di Asia dan ini telah membangga dan mengembirakan para Jwalkerz yang hadir pada malam itu.
Kemunculan SHINee yang sememamngnya dinanti-nantikan oleh Shawol. Walaupun hanya empat daripada mereka yang hadir, SHINee tetap berjaya memberikan persembahan yang bertaraf antarabangsa. Memulakan persembahan dengan lagu “Replay” diikuti dengan lagu “Ring Ding Dong” dan “Lucifer”, SHINee telah berjaya memukau semua penonton yang hadir.
“Terima kasih kepada semua, stadium ini adalah tempat di mana pertama kali kali membuat konsert yg pertama di Singapore, kami sangat rindukan semua. Minho tidak dapat hadir hari ini kerana jadualnya yang padat. Tapi kami janji, kami pasti akan datang lain kali pada masa akan sebagai bersama lima ahli SHINee” – Jong Hyun
Jong Hyun, Onew, Key dan Taemin meneruskan persembahan mereka dengan lagu hits mereka daripada album Sherlock “Stranger” dan menutupi malam Boyz Nite Out dengan lagu “Sherlock”.
Sebagai penutup, semua artis (kecuali Teen Top) sekali lagi berkumpul diatas pentas buat kali terakhir dan berterima kasih kepada penonton dan peminat yang telah hadir.
Rata-rata peminat yang hadir amat berpuas hati dengan konsert "Boyz Nite Out" yang dianjurkan oleh Launch Group Entertainment. Seterusnya pihak CARI.com ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Launch Group Entertainment kerana telah memberi kesempatan kepada CARI.com utk menjadi sebahagian daripada kenangan di 2012 Boyz Nite Out di Singapore.
Artikel oleh : Erenah (sara)
Editor oleh : isabel
Gambar oleh : Launch Group Entertainment |
|
|
|
|
|
|
|
It is a fantastic post – immense clear and easy to understand. I am also holding out for the sharks too that made me laugh. Turkish floor lamp
|
|
|
|
|
|
|
| |
|