CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9175|Reply: 14

HONDA MALAYSIA MEMPERKENALKAN CITY BAHARU YANG MELANGKAUI EKSPEKTASI

[Copy link]
Post time 21-6-2012 02:48 PM | Show all posts |Read mode


Sedan CKD Honda yang paling laris menawarkan pemanduan ekonomikal, ruang dalaman yang luas dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.


Kuala Lumpur, 20 Jun 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan City baharu yang sudah lama ditunggu-tunggu. Ia ditampilkan sebagai produk pemasangan komponen terurai (CKD) pertama oleh Honda Malaysia selepas memulakan kembali produksi kilangnya pada April 2012.


City baharu ini bukan sahaja mengekalkan tiga kualiti utama City – prestasi, gaya dan praktikaliti; malah ia juga melangkaui ekspektasi dengan reka bentuk yang menarik dan ciri-ciri keselamatan yang diperkukuhkan. Dikuasakan oleh unit enjin signatur Honda iaitu i-VTEC 1.5 liter yang menawarkan keseimbangan sempurna di antara prestasi dan penjimatan bahan api, City baharu mampu mencapai penggunaan bahan api dengan lebih rendah tanpa memkompromi janaan kuasa enjin. Pemanduan yang efisien juga dapat dilakukan dengan lebih mudah menerusi lampu indikator ECO baharu.  Lampu ECO akan menyala apabila kenderaan dipandu secara efisien.


Transmisi automatik lima kelajuan dengan Paddle Shift meningkatkan keseronokan pemanduan sporty apabila kawalan penukaran gear boleh dilakukan dengan jari pada stereng.  Sebagai tambahan, sistem transmisi ini digabungkan dengan Teknologi Drive-By-Wire (DBW) yang ada pada City baharu. Ia berfungsi mengawal enjin bagi menawarkan proses penukaran gear lebih lancar untuk memecut serta prestasi pemanduan linear pada julat kelajuan biasa.



Dari aspek luaran pula, reka bentuk City yang aerodinamik dan futuristik ditingkatkan menerusi bampar dan gril hadapan krom serta bampar belakang baharu. Bahagian dalaman City baharu menawarkan tahap keselesaan terbaik menerusi ruang kabinnya yang luas dan bergaya. Warna baharu papan pemuka yang kemas nyata sepadan dengan rekaan meter-meter berwarna metalik yang sporty. Dinyalakan oleh lampu berwarna biru, ia menawarkan tahap penglihatan lebih jelas ketika pemandu menikmati prestasinya. Paparan pada meter laju turut memaparkan pelbagai maklumat termasuklah odometer, meter perjalanan, penggunaan bahan api dan jangkaan jarak.  Konsol tengahnya kini semakin menarik dengan warna baharu dan dial yang bergaya untuk mengawal suhu pendingin hawa dan sistem aliran udara.


Ruang kabin yang luas adalah keistimewaan City. Dalam perjalanan jauh dengan City baharu, para penumpang tidak akan dihadkan oleh ruang. Perehat kepala pada bahagian tengah yang baru dan tempat duduk tengah dengan tali pinggang keledar tiga poin ELR kini dipasang pada City baharu.



Tempat duduk City baharu juga direka untuk keselesaan maksimum dan praktikaliti. Para penumpang boleh menikmati perjalanan dengan kusyen tempat duduk yang lembut dan upholsteri bertekstur. Tempat duduk belakang kalis air dan boleh dibaringkan telah direka bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penumpang sewaktu perjalanan jauh. Ciri ruang penyimpanan di bawah tempat duduk yang berguna dan unik dikekalkan di dalam City baharu. Sistem audio di dalam City baharu ditingkatkan melalui sistem audio bersepadu bersama sambungan USB dan port AUX binaan dalam bagi menambah keseronokan serta hiburan ketika dalam perjalanan.


City baharu kini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan yang menawarkan ketenangan fikiran kepada pemandu. City baharu dipertingkat melalui pelbagai ciri keselamatan yang meliputi sistem beg udara SRS berkembar, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ISOFIX, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan Agihan Kuasa Brek Elektronik (Electronic Brake Force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA).


City baharu boleh didapati dalam lima warna bergaya: coklat (Sparkling Brown Metallic), perak (Alabaster Silver Metallic), kelabu (Polished Metal Metallic), hitam (Crystal Black Pearl) dan putih (Taffeta White). Honda Malaysia menyasarkan dengan menjual 2,000 unit City baharu setiap bulan pada tahun 2012.


Credit: funtasticko design

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2012 05:29 PM | Show all posts
smart gak modulo ni..









Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 05:41 PM | Show all posts
gambar size besar gile. lambat la nak loading. last2 tengok2 biasa je... hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 06:25 PM | Show all posts
Reply 33# bzzts


hehe itulah tak nampak apa yang melangkau ekspektasinyer, anyway sixpoint mmg rajin tepek gambar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 07:53 PM | Show all posts
lawa giler........

kalo yg previous edisi.....ade banyak discount x for new one?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 12:57 AM | Show all posts
brape harga dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2012 09:29 AM | Show all posts
i love honda..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 09:33 AM | Show all posts
better angkat Inspira Exec...rega baru 86k..lagi beso, enjin 2.0 MIVEC..dan yg plg penting leh convert ke EVO 10
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2012 04:22 PM | Show all posts
better angkat Inspira Exec...rega baru 86k..lagi beso, enjin 2.0 MIVEC..dan yg plg penting leh conve ...
kecimpret Post at 22-6-2012 09:33


bro..gua test drive dah inspira.macam berkenan..tapi bila test, jauh beza dgn drive honda bro....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2012 06:09 AM | Show all posts
sama jer model baru dgn 2nd kar haku...kira untung gaklaa saper beli model sebelum nih...tetap spesen
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2012 10:16 AM | Show all posts
bro..gua test drive dah inspira.macam berkenan..tapi bila test, jauh beza dgn drive honda bro... ...
dainese Post at 22-6-2012 16:22



ape bezanya?..setau aku proton tang handling mmg tip top..tang mana yg x best?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 03:25 AM | Show all posts
ape bezanya?..setau aku proton tang handling mmg tip top..tang mana yg x best?
kecimpret Post at 23-6-2012 10:16


protonhandling memang le ok..tp honda pun ok jugak..yg aku rasa x xsedap tu, tme test dia punya kelancaran time drive..pastu aku rasa dia punya handling jauh beza dgn city..tak tau la kot unit test drive aku tu memang dh x sedap kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 09:37 AM | Show all posts
honda.. i luv  honda.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 11:49 AM | Show all posts
lebih kurg sama je dgn yg lama...mmg best pun pki honda...duit yg kuar pun best jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 01:12 PM | Show all posts
hunda made in melaka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.143021 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list