CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16099|Reply: 12

nak masukkan anak ke sekolah kemahiran .....ade ke?? tolong!!!

[Copy link]
Post time 8-6-2012 12:22 AM | Show all posts |Read mode
salam. anak akk ni seorg yg hiperaktif. umur 12 thn. thn ni upsr. masalahnya dia sgt2x x minat nk belajar. belajar tu satu seksaan pd dia. tp kelebihannya dia minat dgn kerja2x teknikal. dr darjah 4 lg...curi2x masak nasi sendiri, masak telor, buat air pn pandai, kalau baiki basikal jadi, jam yg nk dibuang dia ambil baiki jadi ok balik, minat sgt main bola. masuk team kt tmn perumahan ni dan dia sgt displin. x pernah myusahkan akk nk uruskn baju bola dia atau nk kejut dia pagi2x klu dia ada latihan/perlawanan. tau2x dia dah siap.

dan satu lg dia ni kreatif....klu ada kotak ke apa2x ..mesti akan jadi sesuatu nanti. pernah tgk dia buat dompet dr kertas. buat jam meja la....ade je idea dia yg kita x terpikir.

tapi masalah paling besar....dia x boleh duduk lama belajar. 20 minit tu kira dah lama klu dia dok kt meja belajar. akk hantar tuisyen tp tu lah....sll ckg ckp dia ni x fokus mcm kt rmh jgk.


akk nk minta tolong pd sapa2x yg tahuc sekolah/intitusi/..atau apa2x yg berkaitan yg menyediakan pendidikan kemahiran mcm giat mara ke apa ke.....x pn sekolah vokasional......yg terima pelajar lepasan upsr. akk igt klu ada nk terus masukkan dia kt tempat mcm tuh.

atau....ada any ideas lain dr forumer yg ada pgalaman mcm ni. klu ada terima kasih sgt2x....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2012 07:05 PM | Show all posts
xde ke sesapa forumers yg mgalami situasi yg sama? please share...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 11:55 AM | Show all posts
Takde lagi sekolah kemahiran ambilan lepasan UPSR takat ni, lepas PMR nanti boleh le..masuk kat kolej vokasional.. Tapi utk kes anak akak ni rasanya boleh hantar dia ke sekolah ilmu khas yg ada ajarl bebudak hiperaktif ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 08:01 AM | Show all posts
ayoo cik kak..baru UPSR kot bakat masih belom berkembang..pemikiran pon masih mentah...sabar dulu jg tergesa2..ikot kan aper dier nak tapi sambil2 tuh carik masa utk dier belajar...budak2 pemikiran masih baru kite corakkan..aku dulu pon buas..kalo kata akedemik tuh mmg bukan aku lah org nyer..tapi skrg alhamdulilah..dah jadi pensyarah..so pikir-pikirkan dan selamat beramal
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 09:37 AM | Show all posts
bagus akak dh nampak minat anak akak. seorang ibu memang mahukan yang terbaik untuk anak die. tapi belum ade lg rasenye sekolah kemahiran ntuk budak2 lepas upsr ni. akak tggu lar anak akak habes pmr dulu.

jgn risau, anak akak masih muda lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 11:21 PM | Show all posts
ayoo cik kak..baru UPSR kot bakat masih belom berkembang..pemikiran pon masih mentah...sabar dulu jg ...
soulboyzzx Post at 13-6-2012 08:01


terima kasih bg input kt akk.....ok la klu mcm tuh...bukan apa kite nk as mother musti nk yg terbaik bg ank2x. tu yg msk forum ni nk bcg2x.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2012 11:34 PM | Show all posts
Reply 5# nur.is.cahaya


    ye la...akk nih klu boleh nk buat yg terbaik utk ank2x. konon klu dah gitu minat dan kecenderungan ank, akk nk bantu lah dia bg dia dpt apa yg dia nk (ikut minat dia). bukan akk xpercaya kebolehn ank dlm akademik  tp 'kesian' nk paksa klu dia x minat nk belajar. biarla dia enjoy dgn hidup dia dgn buat sesuatu yg dia suka. gitu la niat akk.

dan dr satu segi plak ....dok pikir2x mmg betul kata forumer lain....masih awal lg nk nilai potensi diri ank.

x pe la...kita just share2x. kot2x la ada forumer lain yg pernah mgalami situasi begini......
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 07:52 AM | Show all posts
kalo bagi saya la kan..bagi sedikit tekanan pada pembelajaran akedemik..bia pon sikit jg sampai tiada..nnt akn menjejaskan pulak minat beliau pada masa hadapan...suruh juga siapkan kerja rumah depan mata sendiri ok..bagi lam 1 jam untuk belajar dengan pantauan..pas tuh die boleh buat ape dier suka..so dua2 takkan terlepas..ok hope u can manage it ..ok wish u luck..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2012 05:03 PM | Show all posts
salam. anak akk ni seorg yg hiperaktif. umur 12 thn. thn ni upsr. masalahnya dia sgt2x x minat nk be ...
alya1 Post at 8-6-2012 00:22


386 Pelajar Tingkatan 1 di 15 Sekolah Perintis Program Asas Vokasional

Jumaat, Januari 13, 2012  namaberita.com  No comments
15 sekolah menengah terpilih mula sistem pembelajaran beri kemahiran pada usia muda



PUTRAJAYA: Seramai 386 pelajar Tingkatan Satu menjadi perintis Program Asas Vokasional (PAV) membabitkan 15 sekolah menengah terpilih di seluruh negara selepas memulakan pembelajaran mereka sebaik sesi persekolahan baru dibuka dua minggu lalu.


Melalui program itu, pelajar didedahkan bidang kemahiran yang juga asas vokasional pada usia lebih muda, seterusnya melayakkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua sebaik menamatkan Tingkatan Tiga kelak.


Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata sekolah perintis itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak Selatan di Perak yang menawarkan kursus Automotif; SMK Sungai Rawang, Sepang, Selangor (Tanaman) serta SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang; SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, Kelantan dan SMK Beaufort, Sabah bagi kursus Penyediaan dan Penyajian Makanan.

Sekolah lain ialah SMK Datuk Menteri, Batu Pahat, Johor dan SMK Simpang Kuala, Alor Star, Kedah bagi kursus Pembuat Perabot; SMK Taman Perumahan Bedaun, Labuan (Visual dan Animasi); SMK Seri Pengkalan, Melaka (Pakaian dan Jahitan) dan SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara).

SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang pula menyediakan kursus Menservis Motosikal; SMK Arau, Perlis (Pakaian dan Jahitan); SMK Belaga, Sarawak (Pendawaian Elektrik); SMK Saujana, Setiu, Terengganu (Akuakultur) dan SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur (Hiasan Dalaman).

“Sepanjang enam bulan pertama ini, pelajar didedahkan dengan pengurusan diri, asas kemahiran selain diperkenalkan dengan bengkel serta peralatan yang akan digunakan kelak.
“Pembelajaran dijalankan secara hands on sepenuhnya selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga muda berkemahiran tinggi pada masa depan,” katanya, di sini.

Ahmad Tajudin berkata, tenaga pengajar membabitkan guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sedia ada yang sudah diberi kursus PAV yang baru diperkenalkan.

Katanya, silibus turut membabitkan beberapa mata pelajaran teras, selain diterapkan komponen jati diri, keusahawanan dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

“Kementerian bercadang memperluaskan PAV ke 150 sekolah membabitkan 20 pilihan kursus tahun depan.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar lemah akademik, tetapi jika ada kekosongan, pelajar memiliki akademik sederhana yang berminat dipertimbangkan,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2012 09:51 PM | Show all posts
386 Pelajar Tingkatan 1 di 15 Sekolah Perintis Program Asas Vokasional

Jumaat, Januari 13, 2 ...
aurorae Post at 17-6-2012 17:03


terima kasih byk2x....

ada rupanya...

mcm nk apply? minta pas dpt result upsr ke?

xpe2...nanti akk ikhtihar kan.....cari maklumat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 09:02 AM | Show all posts
Reply 10# alya1


    better tanya kat guru sekolah.  Biasanya cikgu2 sekolah kebangsaan ni cukup maklumat mana sekolah yg boleh pergi lepas UPSR.  Kalau ikut pengalaman anak  saya yg belajar di sekolah kebangsaan.  Borang2 ke MRSM dan sekolah2 lain tu biasanya awal2 lagi dah diedar.

Cuma anak2 saya di sekolah cina yg tak dapat peluang2 macam ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2012 11:11 PM | Show all posts
Reply  alya1


    better tanya kat guru sekolah.  Biasanya cikgu2 sekolah kebangsaan ni cukup m ...
aurorae Post at 22-6-2012 09:02



    tq aurorae.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 12:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by alya1 at 5-7-2012 01:01

alhamdulillah..peperiksaan pertengahan tahun baru2x nih...buat pertama kalinya anak saya lulus semua subjek. dpt B lg utk subjek math, bahasa melayu penulisan dan pemahaman.  
alhamdulillah sgt2x....byk peningkatan dr tahun dulu2x yg mmg x tau apa. bahasa inggeris takat lulus je la. 40 markah.

sesuatu yg saya x jangka. cuma apa yg saya buat ialah biarkan je dia buat apa yg dia minat. x paksa sgt dia duduk meja belajar utk beberapa jam (sbb pk itu menyiksanan jiwa dia...he3x). dan yg ketara dia bebas nk main bola (kesukaannya sgt2x)....

rupanya bila sya tak terlalu memaksa dan dok membebel suruh buka buku, dia makin relaks dan lagi meningkat pembelajarannya.

dan sekarang ni saya just pantau je......dan ade sedikit harapan bahawa anak saya ni xla seteruk yg saya gambarkan/fikirkan.
teruknya saya as a mother

bukan apa...as a mother kite nk yg terbaik utk anak.

tp mmg ms tahun 5 ke bwh ank sya sll dpt markah 30 ke bawah je. ade subjek dpt belas2x je. kira jwb main tembak2x objektif tu. klu bhg karangan mmg pecah perut baca.....lain di tanya lain di tulis pastu ejaannya .... kire dia mgeja ikut mulut. kereta tulis kete je. bas jdi bah....gitu la gayanya. pisau ..pisa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047786 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list