View: 2982|Reply: 6
|
Isu berkenaan "hakcipta" gambar yg diupload ke fb, blog atau mana2 web
[Copy link]
|
|
Aku saja nak tanya pendapat korang pasal ni, aku rasa korang pernah baca ketidakpuashatian bbrp pihak yg mana gambar mereka upload, telah digunakan oleh pihak lain tanpa diberikan kredit dsb.
bbrp pihak tu tak kisah la, blogger ke, forumer ke, sesiapa sahaja asalkn dia upload gambar dlm internet.. lalu mereka berasa kecewa kerana gambar milik mereka yg telah diupload, telah diguna kembali oleh pihak lain, sama ada dlm blog, forum, portal atau mana2 media cetak atau elektronik.
soalan aku kepada korang semua:
- Adakah menjadi kewajipan utk meletakkan kredit "milik siapa gambar" ?
- Adakah salah kalau kita guna semula gambar yg diupload oleh pihak lain tanpa diletakkan kredit?
(Tetapi kalau diguna semula utk laman web lucah & seumpamanya tu mmg celaka lah. haha)
Pendirian aku dalam isu ini - bagi aku tak perlu nak melenting & marah kalau ada orang guna semula gambar tanpa kredit sbb:
- Sekali kita upload gambar ke internet - scr automatik kita dah publish & benarkan ia tersebar utk dilihat & diguna semula.
- Kalau tak benarkan orang guna semula - kita perlu pastikan gambar kita tu tidak akan keluar dalam hasil carian Google/Yahoo atau search engine lain. Boleh buat begitu? Ini kerana kita tiada "bukti" yang mereka copy/save gambar kita sama ada melalui search engine atau bukan..
- kalau tak benarkan orang lain guna semula, letaklah foto tersebut dalam bentuk private berpassword.
- kalau nak orang letak kredit juga, buatlah watermark siap2 di tengah atas bawah tepi kiri kanan gambar.
- sbg contoh, avatar aku gambar kucing ni tak tau sapa yg 1st upload ke internet. Adakah aku salah sbb guna gambar kucing dia?? dia pn xde letak nama, watermak apa2. hehe
bagaimana pendirian anda semua pula? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adakah menjadi kewajipan utk meletakkan kredit "milik siapa gambar" ?
pada pendapat aku,ya wajib utk kita kredit pemilik gambar sebab aku dah diajar utk cite mana2 sumber kita dapat tu dalam uni utk buat report dan essay. ye, memang tak patut utk bandingkan assignment dengan benda biasa gini.tapi tujuan universiti buat gini adalah utk kita menghargai pemilik tu dengan usaha yang dia buat. menghargai karya orang lain dan rasa dihargai itu sangat penting.kita pun dah diajar utk tidak meniru keje orang lain kan?
Adakah salah kalau kita guna semula gambar yg diupload oleh pihak lain tanpa diletakkan kredit?
salah kalau dia ada copyright ke atas gambar tu kot ok salah atau tidak dari segi undang2 itu aku tak tau la.
nota tambahan : aku mula2 pun macam ko, credit ni langsung tak penting.tapi sejak aku terjebak dalam ebay,aku belajar banyak benda.sangat2 penting utk kita credit gambar pemilik asal, atau amik gambar sendiri DAN watermark.tak semua orang tau ape itu watermark.ada kawan aku pun tak tau ape itu watermark sebab dia bukan macam aku.ada kes dalam ebay yang aku selalu tengok, dan jugak website mudah tu.dorang curi gambar seller lain (mengambil kesempatan ke atas gambar yang tidak diwatermark) dan letak dalam iklan dorang sendiri,claim yang itu gambar dorang sendiri ambil.bila buyer terima bungkusan, barang tu langsung x sama macam dalam gambar.lagi teruk, barang tu sebenarnya tak wujud.abis duit dilarikan,tak guna paypal lak tu.ebay xdapat nak tolong ape2.
kepada yang nak berniaga ni,tolong ambil gambar sendiri dan watermark.kalau malas nak amik gambar, tolong credit gambar tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# tabasco
haha tq.. ada betul yg ko ckp tu. sbb tu aku ada buat point "kalau nak orang letak kredit juga, buatlah watermark siap2 di tengah atas bawah tepi kiri kanan gambar." itu dah cukup utk bgtau yg kita nak diberi kredit...
tp kalau kita upload gambar, yg tiada watermark, bukan dlm bentuk "private" folder - bg aku gambar tu adalah hak public.. sapa search dan jmpa boleh guna semula tanpa sebarang masalah.
sama seperti gambar botol tabasco & kucing yg kita guna utk avatar cari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# kazaraf
itulah...watermark tu penting..sebenarnya avatar aku tu botol tabasco aku amik sendiri heheh masa tu aku tengah cuba kamera d60 kakak aku lama dah gambar aku amik,sejak 1st time aku register cari ni..jadi dalam porum ni aku sorang je guna gambo ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# tabasco
haha siot.. |
|
|
|
|
|
|
|
avatar aku pun aku copy dari google image.. aku nak mintak halal lah dari yg empunya kalau dia ternampak.. or nanti aku akan tukar gambar dari kamera sendiri.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pon lupa dr mana amik gbr my avatar
but anything yg saya put up in my blog or forum
mmg saya akan put kredit pd empunye site gbr yg saya cilok |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|