CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17126|Reply: 5

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

[Copy link]
Post time 16-4-2012 10:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by gomen at 19-4-2012 10:14

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma adalah latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang berminat untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM). Calon perlu melepasi peperiksaan / temuduga bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Setiap tahun, pengambilan dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan 13 Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil kepada warganegara Malaysia yang layak berusia antara 17 hingga 25 tahun atau pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat perlu berusia tidak melebihi 51 tahun. Keutamaan diberikan kepada lepasan SPM baru-baru ini.. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Berdasarkan maklumat dari pihak SPA, jadual peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma akan dijalankan pada 22.04.2012 – 27.04.2012.

Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Latihan Jururawat
Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian.

Biasiswa & Kemudahan Semasa Menjalani Latihan Separa Perubatan

  • Biasiswa Bulanan (program bertaraf diploma) RM 621.21
  • Elaun Buku (setiap tahun) RM 250.00
  • Elaun Alat Perkakas (sekali sahaja) RM 25.00
  • Elaun Kertas Projek (setiap tahun) RM90.00
  • Penginapan & Pakaian Seragam.


Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Untuk melayakkan calon berjaya mendapat Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma, ada 2 seisii penilaian akan mereka lalui. Pertama, ujian bertulis, dan ke-2 temuduga

Info rujukan : http://jawatankerajaan.com.my/penolong-pegawai-perubatan/ Last edited by gomen on 14-2-2013 10:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2012 03:59 AM | Show all posts
ada saper2 kat sini yang ada pengalaman ujian / interview utk latihan separa perubatan ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2012 01:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by gomen at 19-4-2012 10:14

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

1-Sila perkenalkan diri anda.

2-Anda memohon Latihan Juruteknologi Pergigian. Terangkan apa tugas Juruteknologi Pergigian?

3-Apakah risiko Juruteknologi Pergigian?

4-Dimanakah Juruteknologi Pergigian bertugas?

5-Pakaian Juruteknologi Pergigian semasa bertugas?

6-Perbezaan antara Jurupulih Perubatan (anggota) dan Jurupulih Perubatan (cara kerja)?

7-Apakah tugas pembantu kesihatan awam?

8-Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?

9-Bilakah Hari Jururawat Sedunia?

10-Sebutkan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Info rujukan : http://jawatankerajaan.com.my/penolong-pegawai-perubatan/ Last edited by gomen on 14-2-2013 10:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:34 AM | Show all posts
Persiapkan diri anda agar lebih yakin dan tenang dalam menempuh Peperiksaan Dan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang bakal anda tempuhi

Dapatkan segala tips dan panduan yang sebenar melalui Pakej LULUS Peperiksaan & Temuduga Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma yang telah di sediakan khas untuk anda

Sila layari website di bawah ini sekarang...

http://bit.ly/separaperubatan-v1
Last edited by SchulzCube on 7-10-2014 09:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 02:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 11:26 AM | Show all posts
Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat

Saya dah 2 kali ditemuduga untuk jawatan jururawat,
tetapi sampai sekarang masih lagi sebagai calon simpanan.
Dengan adanya ebook ini, diharap menyakinkan saya
untuk terus mencuba sehingga berjaya.

Lago info: http://bit.ly/Jururawat4u
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.091782 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list