CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5610|Reply: 5

SNSD DI PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX SHOWCASE 2012

[Copy link]
Post time 28-3-2012 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 28-3-2012 13:26



2012, Mac 28 - Girl Generation datang ke Malaysia…? SNSD..? Betul ke? Benar ke? Pengumuman mengejut  dari penganjur Jojo Events Sdn Bhd dan diseliakan oleh Citrine One Sdn Bhd berkenaan kedatangan SNSD ke Malaysia benar-benar mengejutkan peminat. Ini diputuskan selepas penyanyi kelahiran Australia Kylie Minogue membatalkan kedatangannya sempena konsert FI di Malaysia dimana secara serta-merta terbatal juga konsert yang diadakan di Sepang, maka tumpuan dan perhatian sepenuhnya telah diberikan kepada konsert Twin Tower@Live 2012 yang diadakan pada 23 Mac 2012 bertempat di Menara Berkembar Petronas KLCC.

Keputusan yang diumumkan disaat-saat akhir yang mana cuma diputuskan 2 hari sebelum concert diadakan, betul-betul membuatkan MYSONE iaitu ‘fanbase’ terbesar SNSD di Malaysia dimana rata-ratanya mempunyai ramai peminat lelaki (fanboys) tidak senang duduk. Apatah lagi konsert yang diadakan konsert terbuka dan percuma kepada semua.

Oleh kerana ini adalah merupakan kedatangan SNSD yang pertama kali ke Malaysia maka kedatangan mereka memang sangat dinanti-nanti sekian lama oleh peminat. Bahang telah pun dirasai dengan seawal pagi para peminat telah pun memenuhi ruang dan beratur ditapak konsert.

Mengikut jadual acara yang diberikan, SNSD sepatutnya tampil membuat persembahan pada pukul 9.00 malam tapi disebabkan masih dalam keadaan tergesa-gesa mempersiapkan diri kerena mereka hanya sampai di Malaysia beberapa jam sebelum konsert berjalan maka pembukaan tirai konsert dimulakan dahulu oleh persembahan tarian moden dari ELECOLDXHOT (Juara SHOWDOWN 2011).

Persembahan SNSD yang telah dilewatkan sejam dari jadual tidak sama sekali melemahkan semangat para peminat yang padat memenuhi seluruh ruang tapak konsert. Jeritan dan laungan tanpa putus-putus dari MYSONE bertambah gamat ketika screen besar dipentas utama mempamerkan perkataan “ Finally You’re Here”. SNSD tampil dengan sut serba putih diatas pentas pada pukul 9.30 mlm dengan lagu terbaru dan hits mereka “The Boys” dan disusuli dgn “Genie” sebelum mereka berhenti menyapa peminat. Walaupun mengalami sedikit gangguan teknikal suara pada pemulaan 2 buah lagu tersebut tapi ini tidak melemahkan semangat SNSD untuk terus tampil bertenaga di atas pentas.

Pada sesi berinteraksi dengan peminat, Tiffany dan Jessica telah menjadi jurucakap dan penterjemah bagi kesemua anggota. Walaupun kedatangan mereka adalah mengejut dan diputuskan disaat akhir dan apatah lagi mereka cuma hadir dengan 8 anggota tanpa kehadiran Yuri yang kini sedang sibuk menjalani pengambaraan drama pertama beliau “Fashion King” di New York tapi SNSD tetap telah mengharukan para MYSONE bila 2 anggota iaitu SooYoung dan Seohyun sedaya upaya berinteraksi menyapa peminat dalam Bahasa Malaysia.



Dalam kesempatan itu juga SNSD telah memahatkan harapan dengan peminat iaitu berjanji akan kembali lagi ke Malaysia dan kali ini lengkap dengan kesemua 9 anggota bersama Yuri pada masa akan datang.

Seterusnya mereka meneruskan kehangatan dengan mempersembahkan lagu popular iaitu "Hoot", "Run Devil Run". Suasana kembali menjadi gamat selepas mereka mempersembahkan lagu "Mr.Taxi" dimana Tiffany sempat mengusik menyuruh peminat meneka apakan lagu terakhir mereka. “Gee” lagu yang telah mempopularkan mereka diseluruh dunia menjadi lagu terakhir dan penutup tirai persembahan mereka pada malam tersebut.

Sejurus selepas tamatnya sahaja persembahan SNSD biarpun masih ada artis Malaysia dan juga penyanyi luar negara iaitu Nicole Scherzinger yang memberi persembahan tetapi kelihatan ramai peminat meninggalkan tapak konsert secara tergesa-gesa. Ini disebabkan SNSD selepas sahaja persembahan mereka akan terus ke lapangan terbang KLIA untuk kembali ke Korea pada malam tersebut.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jojo Events Sdn Bhd yang telah bersusah payah merealasikan impian peminat MYSONE. Mungkin!! Mana tau mungkin!! Jojo Events juga yang akan bakal menerbangkan mereka kembali sekali lagi dimasa hadapan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh SNSD. Apa pun semoga Jojo Events akan sudi mempertimbangkan harapan menggunung peminat Malaysia untuk bertemu dengan mereka sekali lagi.  

Sekalung terima kasih juga kepada Citrine One diatas jemputan media. Salah dan silap harap dimaafkan sepanjang para media menjalankan tugasan pada malam tersebut.


Photo selebihnya boleh dilawati di Asian Celebrities Cari Forum:

Artikel oleh : isabel
Photo oleh : isabel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 02:49 PM | Show all posts
ya..aku nak kata suka x jugak lah..as long as they not make me hate,so i accept them..diorg sumer seksi,terutama jessica ngan taeyeon..wa wa wa..aku suka tgk dorg sumer bila time nak rehearsal,time tu pakai baju semua longgar,so i suka la
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 03:25 PM | Show all posts
bollywood..Indon...K-Pop..semua dipersilakan datang ke Malaysia..
Cranberries ada konsert 4 april ni..metallica?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:03 PM | Show all posts
adk ak mnt sgt ngan dorg ni..ritu konon2 sedih sgt la x dpt pegi sbb dorg fnl exm..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:16 PM | Show all posts
Artis dari Korea SNSD memang menarik, bagus ke konsert ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 09:42 AM | Show all posts
member me pegi.. tp dia sempat dapat depan layar je. depan stage sgt padat dgn fanboy.. fanchant pun katanya mmg terbaek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065567 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list