CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

MNCF sudah ada senarai calon

[Copy link]
Post time 8-3-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Kibar Jalur Gemilang    dalam acara lebuh raya  Olimpik 2012 di London\rANDAI kejayaan podium Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 diambil kira, pakar pecut Mohd Harrif Salleh dan Anuar Manan dijangka memiliki kelebihan merebut dua tiket acara lebuh raya elit lelaki ke Sukan Olimpik di London.\r\n\n\n\n\r  Namun, perlumbaan di London itu yang akan mempertandingkan laluan sejauh 240 kilometer memerlukan pelumba yang mempunyai lebih daya ketahanan dan itu memberi kelebihan buat tiga lagi pelumba lain yang disenarai pendekkan - Mohd Zamri Salleh, Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli. \r\r\n\n\n\n\n  Tidak mustahil juga gandingan adik beradik, Harrif yang dua kali menaiki podium pada LTdL 2012 dengan hasil bantuan abangnya, Zamri yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2009 di Laos bakal dipilih  mewakili negara selepas lebih 20 tahun Malaysia terlepas peluang beraksi di Olimpik dalam acara lebuh raya dan layak secara merit bersama tiga lagi negara Asia - Jepun, Uzbekistan dan Kazakhstan.\rPresiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Abu Samah Abd Wahab berkata nama kelima-lima pelumba itu disenarai pendek selepas perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan dua pelumba  terpilih akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) yang bakal diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.\r“Kita sudah ada gambaran pelumba mana yang akan ke London dan dalam masa terdekat kita akan maklumkan kerana kita mahu pelumba yang terpilih itu menjalani latihan pusat bagi persiapan ke Olimpik nanti,” katanya selepas majlis pengumuman laluan Jelajah Malaysia (JM) 2012, semalam.\rTerdahulu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kemeriahan JM 2012 masih dapat dirasai memandangkan laluan perlumbaan itu yang akan bermula di Kuala Lumpur akan menjelajah ke bahagian utara Semenanjung berbanding laluan LTdL 2012 yang merentasi laluan negeri di selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.\r\n\n\n\r“Perlumbaan ini diharap mampu melahirkan lebih ramai pelapis lebuh raya yang hebat dan kali ini JM 2012 bakal memberikan peluang kepada 60 pelumba tempatan untuk mencipta nama,” katanya.\rINFO\rLALUAN JM 2012\rPeringkat 1 (8 Mei 2012) \rStadium Merdeka, Kuala Lumpur-Bandar Baru Kampar (161.5km)\rPeringkat 2 (9 Mei 2012) \rBandar Baru Kampar-Kulim, Kedah (201.8km)\rPeringkat 3 (10 Mei 2012) \rKulim, Kedah-Felda Chuping, Perlis\rPeringkat 4 (11 Mei 2012) Kangar, Perlis-Sungai Petani (98.5km)\rPeringkat 5 (12 Mei 2012) \rSungai Petani-Ipoh\rPeringkat 6 (13 Mei 2012) \rIpoh-Dataran Merdeka (199.5km)\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.129965 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list