|
Hodak guna semua tonggak pemain importKELANTAN memulakan kempen Piala AFC 2012 dengan sekadar meraih satu mata selepas seri 0-0 ketika bertemu kelab Vietnam, Navibank Saigon pada aksi sulung Kumpulan H yang terganggu akibat permukaan padang bertakung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.\n\n\n\n Pelawat yang dibimbing Pham Cong Loc hanya berjaya menguasai babak awal permainan tetapi beberapa percubaan mereka mudah diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.\n\n\n\n\n Jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak menurunkan semua empat importnya – Obinna Nwaneri di posisi pertahanan manakala Mohamad Ghaddar, Nwoha Onyekachi dan Dennis Antwi menerajui jentera serangan.“Pemain tampak gementar pada 15 hingga 20 minit pertama tetapi selepas rehat mereka lebih yakin apabila menguasai permainan. Cuma keadaan padang agak sukar dan kami tiada sentuhan penyudah. Apa pun ini bukan satu keputusan buruk,” kata pengendali baru skuad The Red Warriors itu.Pada minit ke-41, kira-kira 3,000 penyokong setia Kelantan yang hadir kecewa apabila pengadil, Yu Ming Hsun dari Taiwan enggan memberi sepakan penalti biarpun Ghaddar dijatuhkan kapten pelawat, Phan Van Tai Em.Hujan yang semakin lebat pada penghujung separuh masa pertama menyebabkan aksi babak kedua berlangsung dalam keadaan kurang lancar apabila hampir separuh bahagian padang ditakungi air.\n\n\nBagi menambah sengat di bahagian serangan, Hodak membawa masuk S Chanthuru menggantikan Antwi pada minit ke-72 dan Nor Farhan Muhammad menggantikan Nurul Azwan Roya minit ke-80, namun segala usaha Kelantan tetap gagal menembusi kekebalan penjaga gol naturalisasi dari Brazil, Phan Van Santos.Sementara itu, dalam aksi lain Kumpulan H, Arema Indonesia gagal memanfaatkan kelebihan laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Kelab Myanmar, Ayeyawady United di Stadium Gajayana, Malang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|