View: 190|Reply: 0
|
Peniaga Jepun kunjungi PM
[Copy link]
|
|
KEIDANREN mahu pertingkat hubungan dua hala, perniagaan\rPUTRAJAYA: Sekumpulan ahli perniagaan terkemuka Jepun semalam mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di sini sempena rangka lawatan kumpulan berkenaan ke negara ASEAN bermula 4 Mac lalu.\r\n\n\n\n\rDelegasi diketuai Pengerusi Persekutuan Perniagaan Jepun (KEIDANREN), Yonekura Hiromasa itu tiba di tanah air kelmarin untuk bertemu pemimpin kerajaan dan perniagaan di negara ini dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala dan perniagaan kedua-dua negara.\r\r\n\n\n\n\nKEIDANREN adalah organisasi ekonomi komprehensif yang ditubuhkan pada Mei 2002 hasil penggabungan Persekutuan Persatuan Ekonomi Jepun dan Persekutuan Persatuan Majikan Jepun.\rTurut serta dalam delegasi itu adalah Penasihat Eksekutif Kanan JX Holdings Inc, Watari Fumiaki; Iwasa Hiromichi (Pengerusi dan Ketua Eksekutif Mitsui Fudosan); Watanabe Katsuaki (Penasihat Kanan Toyota Motor); Nishida Atsutoshi (Pengerusi Toshiba); Kawamura Takashi (Pengerusi Hitachi); Kojima Yorihiko (Pengerusi Mitsubishi); Kuroyanagi Nobuo (Pengerusi The Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ); Katsumata Nobuo (Pengerusi Marubeni).\rOtsuka Mutsutake (Pengerusi East Japan Railway Company); Saito Katsutoshi (Pengerusi The Dai-ichi Life Insuranced); Miyahara Koji (Pengerusi Nippon Yusen Kaisha); Omiya Hideaki (Presiden dan Ketua Eksekutif Mitsubishi Heavy Industries); Kato Susumu (Presiden dan Ketua Eksekutif Sumitomo); Takashi Kyohei (Pengerusi Showa Denko KK); Egashira Toshiaki (Pengerusi Mitsui Sumitomo Insurance ) dan Nakamura Yoshio.\rHadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Idris Jala serta Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura. \r\n\n\n\rIdris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), memberi taklimat kepada delegasi itu mengenai Program Transformasi Ekonomi.\rDalam rangka lawatan ke negara anggota ASEAN itu, delegasi KEIDANREN terlebih dulu melawat Vietnam sebelum tiba ke Malaysia kelmarin dan dijadualkan berlepas ke Filipina hari ini.\rDalam pertemuan dengan pemimpin kerajaan dan korporat negara ASEAN itu, delegasi KEIDANREN berkongsi pandangan ke arah mencapai Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) seperti Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) dan Usahasama Ekonomi Komprehensif di Asia Timur (CEPEA).\rDelegasi turut bertukar pandangan dengan pemimpin kerajaan dan ahli korporat ASEAN mengenai pembangunan kawasan utama infrastruktur di sub rantau Mekong dan kawasan kepulauan di ASEAN.\rMengenai kerjasama dua hala pula, delegasi turut meninjau strategi pertumbuhan setiap negara di rantau berkenaan di tengah-tengah peningkatan pengkhususan antarabangsa serantau serta jangkaan komuniti perniagaan Jepun dalam merealisasikan strategi berkenaan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|