CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

Buka purdah jika bersumpah

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
New South Wales laksana peraturan baru\rCANBERRA: Wanita Islam di negeri paling ramai penduduk di Australia, New South Wales akan diminta membuka penutup muka atau purdah jika  membuat pengakuan bersumpah di bawah undang-undang terbaru yang sedang dirangka untuk dipinda pihak berkuasa New South Wales.\r\n\n\n\n\rPeguam bagi New South Wales, Greg Smith dalam  kenyataan semalam berkata,  mulai 30 April, pegawai seperti jaksa pendamai dan peguam yang menjadi saksi  perakuan bersumpah atau afidavit tanpa membuat pemeriksaan identiti akan didenda A$220 (RM710).\r\r\n\n\n\n\n“Jika  memakai penutup muka, seorang saksi pihak berkuasa perlu secara terhormat dan sopan meminta mereka untuk menunjukkan wajah mereka,” kata Smith.\rKerajaan semalam memulakan  kempen  untuk memastikan penduduk awam dan pihak berkuasa menyedari mengenai penalti baru sebelum ia akan dikuatkuasakan.\rUndang-undang itu menyusul satu kes mahkamah tahun lalu apabila seorang wanita Sydney disabit kesalahan membuat dakwaan palsu menuduh  polis trafik cuba membuka niqapnya berikutan dia hanya mendedahkan  mata.\rSeorang hakim meminda sabitan kesalahan itu kerana pegawai terbabit yang menjadi saksi dakwaan palsu itu tidak melihat wajah  pendakwa, menyebabkan hakim tidak dapat memastikan  defendan adalah pihak bertanggungjawab.\r\n\n\n\rUndang-undang terbaru itu diluluskan pada 23 Disember oleh parlimen negeri. Ia diikuti undang-undang New South Wales yang diluluskan tahun lalu, memperkenalkan satu denda  AU$5,500 (RM17,773) dan hukuman penjara 12 bulan terhadap sesiapa yang enggan membuka penutup muka  apabila diminta berbuat demikian oleh  polis.\rPresiden Majlis Islam Persekutuan Australia, kebal Patel berkata ketika sebilangan penduduk Islam menyifatkan undang-undang itu sebagai satu reaksi spontan kepada kes mahkamah itu dan majoriti tidak membantahnya. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.042941 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list