CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

Puting beliung terus landa Amerika

[Copy link]
Post time 4-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hubungan darat di Indiana, Kentucky terputus, 29 terbunuh   sejak kelmarinHENRYVILLE: Puting beliung  melanda beberapa bandar kecil di Indiana   dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat.\n\n\n\nRibut petir ganas yang sudah diramal jabatan kaji cuaca sejak beberapa hari lalu, mula terbentuk di Pantai Teluk dan Tasik Besar, mencetuskan berpuluh-puluh puting beliung.\n\n\n\n\nBencana alam itu memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan perumahan menjadi padang jarak padang tekukur, meruntuhkan menara pemancar telekomunikasi, menumbangkan tiang elektrik dan menghumbankan kereta, bas sekolah, traktor dan treler ke jalan raya, menyebabkan perhubungan darat terputus.Di Kentucky, anggota Pengawal Kebangsaan dan polis tempatan bertungkus-lumus melakukan kerja mencari mangsa yang masih hilang dan dikhuatiri terperangkap.DI Indiana, pihak berkuasa meredah jalan gelap akibat terputus bekalan elektrik bagi meninjau kawasan perumahan di beberapa kejiranan yang musnah sama sekali.“Kami tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sebelum hari menjelang siang. Buat masa ini kami akan melakukan segala yang terbaik,” kata Syerif  kawasan Clark County, Indiana, Mejar Chuck Adams.\n\n\nDi Henryville, bandar kecil dengan 2,000 penduduk di utara Louisville,  Kentucky, anggota penyelamat meredah jalan yang dipenuhi sampah sarap sambil membawa troli berisi makanan dan air untuk diberikan kepada sesiapa yang memerlukan.Beratus-ratus anggota bomba dan polis membuat rondaan di bandar yang musnah dengan hanya beberapa bangunan masih bertahan, manakala semua sekolah di bandar itu musnah.“Saya kehilangan semuanya. Dulu kawasan ini cantik, sekarang semuanya sudah tiada,” kata seorang penduduk Andy Bell, ketika beliau membantu seorang rakan di bengkel kenderaannya yang rosak.Tidak jauh dari situ sebuah bas sekolah terperosok ke dalam sebuah restoran, manakala sebuah kerusi tersangkut di pintu sebuah kereta.Seorang lagi penduduk, Susie Renner, 54, berkata beliau melihat dua puting beliung membadai Henryville selang beberapa minit antara satu sama lain. Puting beliung pertama berwarna cokelat akibat dipenuhi sisa sampah, manakala yang kedua berwarna hitam.“Saya seorang pengkaji dan pemburu puting beliung, tetapi saya tidak pernah berasa begini takut seumur hidup saya,” katanya.Puting beliung kelmarin melanda hanya dua hari selepas ribut kencang mengorbankan 13 orang di Barat dan Selatan Amerika. Menjelang jam 10 malam, perkhidmatan kaji cuaca mengeluarkan 269 amaran puting beliung, sedangkan hanya 189 amaran dikeluarkan sepanjang Februari. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.291749 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list