|
WASHINGTON: Korea Utara bersetuju dengan Amerika Syarikat untuk menangguhkan elemen utama program senjata nuklearnya dalam keputusan mengejut yang bakal memberi laluan kepada penyambungan semula rundingan pelucutan senjata nuklear yang terhenti sejak sekian lama dengan negara penuh rahsia itu.\rPengumuman yang dibuat serentak pada Rabu di Pyongyang dan Washington diiringi ikrar bantuan makanan oleh Amerika Syarikat itu disifatkan sebagai optimis oleh penganalisis dan diplomat yang menyedari usaha itu mengurangkan ketegangan di semenanjung Korea yang berpecah.\r\n\n\n\n\r“Ini adalah langkah konkrit yang kami pertimbangkan sebagai usaha positif pertama ke arah gencatan senjata nuklear lengkap Semenanjung Korea dalam keadaan aman,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.\r\r\n\n\n\n\nSetiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton menyifatkan ia sebagai langkah sederhana dalam arah yang tepat, sambil menambah Washington terus mempunyai kebimbangan mendalam dalam pelbagai aktiviti Korea Utara.\rKorea Utara berkata ia menangguhkan ujian nuklear, pelancaran peluru berpandu jarak jauh dan pengkayaan uranium di kemudahan nuklear Yongbyon dan membenarkan pemeriksa nuklear antarabangsa kembali ke negara itu.\rNamun jelas bagaimana kemasukan pemeriksa itu dibenarkan atau sama ada semua program senjata nuklear ditangguhkan. Langkah itu dibuat dua bulan selepas Kim Jong-un mengambil alih dinasti keluarganya yang memerintah Korea Utara sejak diasaskan dan sejak sekian lama bergantung kepada ancaman senjata nuklear untuk memberi keuntungan dalam urusannya dengan dunia luar.\rTetapi dasar itu juga menyebabkan sekatan oleh masyarakat antarabangsa dan menjejaskan ekonomi yang sedia lemah.\r\n\n\n\rChina yang menjadi tuan rumah perbincangan Amerika Syarikat dan Korea Utara membawa kepada perjanjian terbaru itu dan adalah satu-satunya kuasa yang menyokong Korea Utara, menyambut baik perjanjian pada Khamis dan berkata bahawa mereka akan memulakan rundingan damai enam pihak yang tertangguh sejak sekian lama.\r“China bersedia untuk membawa semua pihak terbabit ke meja rundingan damai enam pihak berkenaan, memainkan peranan dalam mencapai keamanan berkekalan dan kestabilan di semenanjung dan juga timur laut Asia,” kata jurucakap Menteri Luar, Hong Lei dalam satu kenyataan. \rRundingan pelucutan senjata terakhir adalah pada tahun 2008, membabitkan dua negara Korea, Amerika Syarikat, China, Jepun dan Russia. Pyongyang mengusir pemeriksa nuklear PBB pada tahun 2009. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|