|
GURUN: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Bekalan Air Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah tidak tergugat dengan ugutan PAS Kuala Kedah yang mahu menyingkirnya daripada bahagian itu selepas didakwa ingkar dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa mereka, Jumaat lalu.\rAmiruddin berkata, tindakan PAS Kawasan Kuala Kedah yang memberi kata dua kepadanya dalam usaha memberi tekanan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah satu perkara memeranjatkan kerana beliau tidak dimaklumkan mengenai surat kata dua yang dikatakan akan dihantar kepadanya.\r\n\n\n\n\r “Saya sudah menyatakan pendirian saya tidak menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kuala Kedah untuk berdiri teguh di belakang Yang Dipertuanya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan menetapkan semua ADUN dalam kawasan Kuala Kedah menolak pelantikan sebagai EXCO. \r\r\n\n\n\n\n “Saya juga sudah memberi penjelasan mengenai pendirian saya yang tidak menyokong keputusan itu dan berpendapat setiap orang mempunyai pendirian masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Operasi Pengeluaran Bijih Besi di Mukim Gurun di sini, semalam.\rBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS Kuala Kedah yang memberikan kata dua kepadanya kerana melanggar keputusan mesyuarat jawatankuasa kawasan pada 24 Februari lalu.\rAkhbar semalam memetik Phahrolrazi sebagai berkata, tindakan Amiruddin mengangkat sumpah jawatan EXCO, Selasa lalu bertentangan keputusan mesyuarat kawasan itu dan Amiruddin diberi dua pilihan sama ada bersama PAS kawasan dengan melepaskan jawatan EXCO atau bersama Menteri Besar.\rMengulas isu surat itu, Amiruddin berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat daripada PAS Kawasan Kuala Kedah berhubung kata dua berkenaan.\r\n\n\n\r“Saya tidak tahu apa yang hendak disampaikan pada saya dan hanya mengetahui mengenai surat kata dua itu melalui laporan akhbar.\r“Kena tengok dulu isi surat itu dan sahkan sama ada ia (kata dua) ada dalam keputusan mesyuarat atau sebaliknya. Selagi tidak dapat surat, maka saya tidak boleh komen mengenainya,” katanya.\rDitanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Pharolrazi untuk berbincang mengenai kata dua yang diberikan kepadanya, Amiruddin berkata: \r“Dalam Islam, saya diajar supaya menyiasat dulu sebarang berita yang sampai dan tidak membuat spekulasi. Saya tahu mengenai kata dua itu pun daripada laporan akhbar, jadi adalah wajar jika saya tunggu surat itu sampai sebelum membuat pertimbangan wajar\". \rSementara itu, Azizan ketika diminta mengulas isu ugutan PAS Kuala Kedah, berkata perkara itu tidak terkandung dalam perlembagaan PAS pusat.\r“Dalam perlembagaan PAS tidak ada pun, tak apalah kita fikirlah yang mana elok,” katanya enggan mengulas lanjut.\rDitanya sama ada kontroversi tidak berkesudahan yang melanda kepemimpinan PAS Kedah ini akan melemahkan semangatnya, Azizan berkata, beliau percaya ahli PAS akar umbi akan memberi sokongan penuh terhadapnya.\r“Biarlah rakyat nilai... biasanya rakyat Kedah terutama orang PAS sayang parti dan kerajaan. Kalau mereka sedar mengenai ada usaha menggugat kerajaan maka saya percaya mereka akan memberi sokongan kuat kepada saya,” katanya. \rSementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, ketika dihubungi semalam menyokong kenyataan Menteri Besar bahawa PAS Kawasan Kuala Kedah tidak mempunyai kuasa untuk mendesak ADUN meletak jawatan EXCO selepas ADUN berkenaan mengangkat sumpah. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|