CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Bayaran tol jimat 50 peratus

[Copy link]
Post time 2-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KAJANG:  Pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang kini menikmati penjimatan bayaran tol sehingga 50 peratus berikutan pemansuhan bayaran di dua plaza tol, mulai jam 12 tengah malam tadi.\rPemansuhan bayaran RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala Kajang itu akan memberikan penjimatan kepada 120,000 pengguna harian.\r\n\n\n\n\r  Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak depan lebih 10,000 hadirin, termasuk mereka yang sering menggunakan lebuh raya itu pada Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Bandar Sungai Long, dekat semalam. \r\r\n\n\n\n\n   Beliau berkata, penghapusan tol bertujuan mengurangkan beban rakyat yang kerap menggunakan lebuh raya itu, terutama mereka yang berulang-alik beberapa kali sehari.\r“Kalau dulu bayar RM3.80, sekarang bayar RM1.90 saja, iaitu pengurangan 50 peratus dan ini memberi manfaat kepada 120,000 pengguna setiap hari,” katanya sambil disambut sorakan serta tepukan gemuruh hadirin.\rPerdana Menteri berkata, pemansuhan itu juga bagi memenuhi janji Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan isu berkenaan sejak 2009.  Malah, ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Hulu Langat tahun lalu, beliau berkata, BN dan UMNO bahagian melalui ketuanya, Datuk Johan Abdul Aziz, turut membangkitkan isu berkenaan.\r“Ini bukan isu yang dibawa pihak lain. Ia dibawa oleh BN sendiri. Dalam ucapan saya pada majlis itu, saya menyarankan Kementerian Kerjaraya dan menterinya mengkaji kutipan tol bertujuan mengurangkan beban rakyat yang menggunakannya setiap hari,” katanya.\r\n\n\n\rSementara itu, Najib berkata, BN turut memenuhi janji kepada penduduk Bandar Sungai Long, terutama masyarakat Cina untuk membina sebuah SRJKC dengan menyediakan tapak seluas 2.39 hektar bernilai RM20 juta.\rPada majlis sama, beliau menyampaikan cek RM4.5 juta kepada lembaga pengurus sekolah itu bagi melaksanakan pembinaan 36 bilik darjah yang mampu menampung kapasiti 1,500 pelajar.\rKatanya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membuat keputusan menjadikan tanah itu sebagai tapak SRJKC berkenaan walaupun pada asalnya ia dicadangkan sebagai tapak untuk sekolah kebangsaan (SK) berikutan kesukaran mendapatkan tapak lain di kawasan itu.\r“Kerajaan BN tidak mungkir janji. Jika pihak lain bertempik kononnya memperjuangkan isu ini... berilah tapak lain. Kenapa mereka tidak memberi tapak lain walhal mereka ada kuasa untuk meluluskannya,” katanya.\rSementara itu, tinjauan di Plaza Tol Batu 9 malam tadi mendapati penyokong  BN  dan   pembangkang masing-masing berkumpul di plaza tol berkenaan bagi meraikan  pemansuhan tol. \rKedua-dua kumpulan   mula berkumpul di tepi lebuh raya dan saling bersorak seawal jam 10 malam, sebelum diarah bersurai oleh polis kira-kira jam 12.45 pagi bagi mengelak kejadian tidak diingini. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.779157 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list