|
KUANTAN: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron sedia berundur daripada parti jika kes khalwat yang sedang dihadapinya mendatangkan mudarat serta boleh menjejaskan perjuangan parti itu.\rBadrulamin, 51, yang juga Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor berkata biarpun keputusan terbabit belum muktamad, tetapi sudah menimbang untuk berehat daripada sebarang jawatan parti dan negeri serta rela menghadapi kesnya seorang diri.\r\n\n\n\n\r Ini kerana, katanya, dia tidak mahu mengheret perjuangan parti serta ahlinya bersama kontroversi yang menyelubunginya.\r\r\n\n\n\n\n Saya sudah menimbang untuk berehat daripada jawatan parti dan negeri sebelum keluar cadangan dari Pejabat Menteri Besar Selangor (untuk bercuti)..cuma saya belum buat apa-apa keputusan kerana perlu bertanya kepada kawan-kawan.\rSekiranya saya mengambil keputusan untuk berehat ia bukan kerana tekanan mereka tetapi ini pilihan saya. Saya berfikir beginilah sekiranya ada perkara yang boleh memudaratkan jemaah kita atau institusi yang kita wakili janganlah mereka mudarat, biarlah saya mudarat seorang, katanya.\rBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi keterangan hampir tiga jam di Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini berhubung kes khalwatnya bersama seorang wanita di sebuah hotel di Balok, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi, Sabtu lalu.\rBadrulamin tiba di pejabat JAIP kira-kira jam 2.40 petang ditemani isteri pertamanya, Zumrah Husni serta peguam, Mohamed Sazali Aziz dan Ahmad Nizam Abdul Hamid menaiki sebuah Toyota Camry.\r\n\n\n\rWanita yang dikata berkhalwat dengan Badrulamin tiba kira-kira 20 minit kemudian.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|