|
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) optimis mencapai sasaran 200,000 penumpang sehari berbanding 90,000 sekarang apabila kekerapan tren setiap 10 minit berbanding setengah jam ketika ini, menjelang penghujung 2012.\rBagaimanapun, ia tertakluk kepada penyelenggaraan 22 tren komuter sedia ada, usaha penambahbaikan dilakukan serta prestasi 38 tren elektrik pelbagai guna (EMU) yang baru dibelinya dari China dengan kos RM1.89 bilion.\r\n\n\n\n\r Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan, berkata setakat ini operator pengangkutan darat itu menerima 14 tren EMU dari China dan dijangka menerima baki 24 tren pada Mei depan sebelum tren itu diuji dan ditauliahkan untuk beroperasi di landasan.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, KTMB juga memperuntukkan RM40 juta bagi meningkatkan kapasiti sistem semboyan landasannya yang dijangka siap pertengahan tahun ini bagi menambah baik perkhidmatan tren komuter.\rKita jangka sasaran 200,000 penumpang sehari dan kekerapan 10 minit dicapai hujung tahun, atau selewat-lewatnya awal tahun depan, katanya kepada Berita Harian sambil menegaskan KTMB perlu memastikan 60 EMU dimilikinya boleh beroperasi bagi mencapai kapasiti disasarkan.\rSebelum ini, 22 tren komuter yang dibeli dari Hungary, Afrika Selatan dan Austria kerap rosak dan terkandas, sebelum kerajaan memutuskan menambah 38 EMU bagi menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan darat itu di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).\rAminuddin berkata KTMB juga memberi kontrak penyelenggaraan selama dua tahun kepada syarikat pembuat tren EMU dari China itu sebagai strategi baru untuk mengekang masalah tren rosak yang berlaku sebelum ini.\r\n\n\n\rKatanya, seramai 20 staf KTMB dihantar ke China sejak tahun lalu bagi projek pemindahan teknologi untuk mengambilalih penyelenggaraan tren selepas tempoh kontrak tamat.\rMengulas lanjut, Aminuddin berkata KTMB akan menjalankan penjenamaan semula perkhidmatannya serta melatih kira-kira 600 petugas barisan depannya termasuk penjual tiket, pengawal trafik dan ketua stesen bagi menambah baik mutu perkhidmatannya.\rKatanya, KTMB juga menambah baik kemudahan infrastruktur di 53 stesen komuter, termasuk membina tempat letak kereta bertingkat dan membina stesen komuter mesra orang kelainan upaya (OKU), bagi mengembalikan keyakinan pengguna.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|