|
MARANG: Kerjaya anggota bomba semakin menarik minat ramai apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima sebanyak 34,000 permohonan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai jabatan itu tahun lalu.\rBagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mahadi Md Ali, berkata hanya 10,000 calon dipanggil untuk temu duga selepas menjalani proses saringan.\r\n\n\n\n\r Daripada jumlah itu pula, hanya 588 diterima menjalani latihan menyertai pasukan penyelamat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan anggota yang bersara.\r\r\n\n\n\n\n Namun, daripada 588 pelatih yang diterima, hanya 444 berjaya menamatkan kursus latihan selama empat bulan dan mereka akan dihantar untuk berkhidmat di balai bomba seluruh negara, termasuk balai baru, katanya selepas majlis tamat latihan Kursus Asas Sijil Sains Kebombaan siri 2/2011 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, di sini, semalam.\rPada majlis itu, tiga pelatih iaitu Rushidey Miken, 21, dari Kampung Simpang Entilibon, Tongod, Sabah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan; S D Sitra Arasan, 22, dari Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (Anugerah Pelatih Terbaik Teori) dan Muhamad Ismail Abdullah, 26, dari Kampung Banggol Penyengat Karangan, Kulim, Kedah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Praktikal.\rHadir sama Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Rusmani Muhamad dan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Norazam Khamis.\rMahadi berkata, pelatih yang menerima ilmu asas dalam bidang kebombaan termasuk pengetahuan dan kemahiran operasi pemadaman kebakaran serta penyelamat, keselamatan kebakaran, penyiasatan kebakaran dan pengurusan kebombaan dapat menjalankan tanggungjawab dan memberi khidmat terbaik kepada komuniti.\r\n\n\n\rBeliau berkata, pengambilan pelatih baru itu juga akan mengisi kekosongan di empat balai bomba baru dibangunkan kerajaan yang akan mula beroperasi sepenuhnya tahun ini iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Muar Johor; Kinabatangan, Sabah; Melaka, manakala Balai Bomba dan Penyelamat Song, Miri Sarawak sedang dalam pembinaan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|