|
KUALA LUMPUR: Undang-undang murtad yang seragam di seluruh negara perlu digubal dalam usaha membendung penularan gejala berkenaan. \rIni berikutan peruntukan undang-undang sedia ada antara negeri tidak selaras, menyebabkan berlaku beberapa peruntukan longgar mengenai isu murtad hingga usaha membanteras gejala itu gagal dilaksanakan secara berkesan.\r\n\n\n\n\r Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata satu akta khusus dan seragam berkaitan murtad juga perlu digubal supaya permohonan menukar agama daripada Islam kepada agama lain dapat dihalang.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, undang-undang baru berkenaan perlu dikuatkuasakan pihak berkuasa agama dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.\rSetakat ini, enakmen negeri mengenai murtad sudah diwujudkan, kecuali beberapa negeri yang masih belum menggubal undang-undang berkenaan.\rSehubungan itu, kami merayu Majlis Raja-raja Melayu mengadakan sidang khas bagi mewujudkan undang-undang murtad yang digubal secara seragam di seluruh negara dalam usaha membendung penularan gejala berkenaan, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.\rBeliau berkata, kesalahan menjalankan kegiatan untuk memurtadkan umat Islam selama ini sepatutnya boleh didakwa di mahkamah sivil, tetapi sehingga kini penguatkuasaannya masih menjadi tanda tanya.\r\n\n\n\rJusteru, katanya, tindakan mewujudkan undang-undang murtad perlu segera diambil bagi memperkemaskan peruntukan dalam undang-undang, sekali gus mengekang gejala murtad.\rMengulas lanjut perkara itu, Mohd Azmi berkata kelemahan penguatkuasaan undang-undang berkaitan murtad mengakibatkan umat Islam di negara ini terdedah kepada agenda pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang menyesatkan umat Islam.\rKatanya, MAPIM merayu Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian serius kerana pegangan aqidah umat Islam bukan saja perlu dilindungi dengan pendidikan dan kesedaran, malah diperkukuhkan melalui perundangan kerana Islam menganggap murtad adalah perbuatan jenayah.\rBeliau berkata, penyelarasan undang-undang murtad perlu segera dilaksanakan bagi memastikan tidak ada negeri di negara ini yang membolehkan seseorang itu mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|