View: 117|Reply: 0
|
Budak 'nakal' City sudah dapat pengajaran: Platt
[Copy link]
|
|
MANCHESTER: Jurulatih Manchester City, David Platt merasakan pemain \'nakal\' Mario Balotelli (atas) sudah mendapat pengajaran yang sukar dalam penghijrahannya ke England.\rBalotelli kembali selepas digantung empat perlawanan domestik - yang keempat selepas tiba ke City pada 2010 dengan menjaringkan gol pembukaan ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Blackburn, semalam.\r\n\n\n\n\r Berita mengenai penyerang Itali berusia 21 tahun itu sering terpampang di ruangan gosip, dan menerima lebih banyak tumpuan dengan aksinya di luar padang berbanding prestasinya bersama City dengan kelab turut mengakui kesalahan terbarunya kerana memijak pemain Tottenham, Scott Parker ketika kemenangan 3-2 di Etihad, Januari lalu.\r\r\n\n\n\n\n Dan sekalipun menerima beberapa terjahan keras dalam perlawanan menentang Blackburn, Platt gembira dengan persembahan pemainnya itu yang meraikan jaringan dengan mempamerkan T-shirt yang memperlihatkan bukti cintanya kepada teman wanitanya.\r“Semua pemain menunjukkan baju-T mereka dan ia tidak semestinya menjadikan mereka menunjuk-nunjuk,” kata Platt. “Dia berdisiplin, tahap kerjanya baik di dalam dan luar padang dan perangainya juga baik.\r“Apabila lawan mengawal pertahanan dengan ketat, kamu perlu memberikan bola kepada pemain yang dikawal dan menjaganya dengan baik dan pasti akan berlaku tendangan namun kamu tidak akan tahu ia akan menjadi satu reaksi.\rCity kini sudah meledakkan 40 gol dengan 13 kemenangan berturut-turut di laman sendiri dalam kempen EPL sebagai pendahulu liga menuju Mac namun Platt memberi peringatan kepada pasukannya supaya jangan menjangkakan ia akan bertambah sehingga penghujung musim ini.\r\n\n\n\r“Kamu boleh beraksi dalam 38 perlawanan dan bermain dengan corak yang kami mulakan sejak awal musim,” kata Platt. “Ada yang percaya kami pergi beraksi dan memenangi perlawanan kerana itulah yang kami lakukan sepanjang musim dan meletakkan kami di tahap ketika ini.\r“Kami perlu meneruskannya dan mempamerkan konsistensi dalam penghujung saingan dan kami perlu melakukannya dengan baik.” - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|