View: 113|Reply: 0
|
Liga Hoki Remaja Malaysia 2012: Thunderbolt, SSBJ mara separuh akhir
[Copy link]
|
|
SEKOLAH Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt), Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan MBI-Anderson menepati ramalan mara ke pusingan separuh akhir merebut Piala Milo, Rabu ini selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan suku akhir kedua, petang semalam. \rDi Stadium Nasional Bukit Jalil, UniKL yang membawa bekalan enam jaringan sewaktu pusingan suku akhir pertama, Jumaat lalu mudah membenam USM-MSSSPP 3-1 untuk mencatat kemenangan dengan agregat 9-2 manakala MBI-Anderson yang terkat dengan Sapura mencatat kemenangan 2-0 pada timbal balik kedua, semalam.\r\n\n\n\n\rDi Stadium Hoki Lembah Pantai, seperti dijangka Thunderbolt mudah mengenepikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 4-0 untuk mencatat agregat 11-1 sementara SSBJ mencatat kemenangan 3-1 ketika bertemu MHS-MSSNM-MSN Melaka buat menyamai agregat sama seperti UniKL. \r\r\n\n\n\n\n “Pemain menunjukkan prestasi yang bagus dan mengikuti apa yang dirancang. Pada perlawanan tadi (semalam), saya banyak memberi ruang kepada pemain junior dan mereka mempamerkan kombinasi yang baik bersama pemain senior. \r“Saya juga menurunkan Muhammad Firhan Ashaari yang dulunya berlatih bersama skuad kebangsaan. Dia banyak membantu mempertajamkan lagi jentera serangan,” kata jurulatih Thunderbolt, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman.\rPerlawanan separuh akhir yang dijadual bermula Rabu ini bakal menyaksikan UniKL bertemu dengan SSBJ manakala Thunderbolt selaku juara bertahn bertemu MBI-Anderson.\rPerlawanan timbal balik dijadual berlangsung Jumaat ini sebelum perlawanan final membuka tirainya Ahad ini di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|