|
KUALA LUMPUR: MCA akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang mensabotaj parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, termasuk menggantung keanggotaan sekurang-kurangnya enam bulan jika yang didapati bersalah. \rPresiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada mesyuarat Majlis Presiden dalam masa terdekat bagi memastikan ahli yang mengkhianati parti diberi pengajaran sewajarnya.\r\n\n\n\n\r “Kita akan ambil tindakan tegas dan antara yang akan dicadangkan adalah sesiapa yang terbukti mensabotaj, kita akan cadang digantung sekurang-kurangnya enam bulan.\r\r\n\n\n\n\n “Kalau digantung selama enam bulan, dia tidak boleh bertanding dalam pemilihan jawatankuasa Pusat MCA akan datang,” katanya selepas menghadiri dan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-63 MCA di Wisma MCA di sini semalam.\rHadir sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.\rSoi Lek berkata, amaran dan tindakan penting khususnya kepada ahli parti yang secara terang-terangan menyokong pembangkang atau menggunakan landasan pembangkang untuk mengkritik parti.\rBagaimanapun, katanya, MCA tidak akan sekali-kali mengamalkan ‘Gag Order’ atau perintah dari pemimpin parti untuk melarang ahli parti mendedahkan atau berbincang isu yang mempunyai kepentingan orang ramai sebagai mana diamalkan pembangkang.\r\n\n\n\r“Kita benarkan pemimpin memberi pandangan berlainan tetapi ia seharusnya berasas dan membina, malah mereka juga tak boleh gunakan saluran parti pembangkang untuk kritik dan membidas MCA.\r“MCA tidak akan lakukan seperti DAP, PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana ia adalah perbuatan yang tidak demokratik, malah MCA juga tidak akan pecat ahli dan pemimpin MCA seperti yang berlaku pada PAS tanpa memberikan peluang dan kesempatan kepada pihak terbabit mendengar sebab mereka melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.\rTerdahulu, mengulas kedatangan perwakilan yang disifatkan memberangsangkan iaitu melebihi 3,000 berbanding tempat disediakan iaitu sekitar 2,500, Soi Lek berkata, perkembangan itu menunjukkan ahli MCA kini semakin bersemangat dan optimis untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.\rSelain itu, beliau mengingatkan ahli supaya menambah baik dan meningkatkan penggunaan media baru dalam publisiti parti dan tidak hanya bergantung kepada media tradisional untuk menghebahkan arah tuju parti.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|