CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

Aktres senior rindu berlakon

[Copy link]
Post time 25-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sridevi, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor kembali menghiasi persada Bollywood\rPESONA yang mereka miliki pernah menggoncang hati jutaan pencinta filem, membawa nama popular ini di puncak kemasyhuran yang menjadi igauan setiap insan seni.\r\n\n\n\n\r      Sridevi, Madhuri Dixit dan Karisma Kapoor mewakili potret kesempurnaan seorang primadona filem dengan kecantikan yang dimiliki, dilengkapi bakat yang mengagumkan.  Mereka berkongsi lakaran perjalanan hidup yang serupa, memukau khalayak di layar perak tepat pada masanya, namun perlahan-lahan melangkah meninggalkan dunia kemasyhuran apabila waktunya tiba.\r\r\n\n\n\n\n    Namun, cinta mendalam terhadap dunia yang menawarkan kegemilangan dan kebanggaan membuatkan mereka tidak pernah jauh dari hati khalayak, lantas menggamit nama besar ini untuk kembali ke layar perak. Sebagai aktres senior mahupun veteran, penampilan dan kemunculan mereka bukan saja dirindui peminat, tetapi aktres itu sendiri yang merindui dunia lakonan dan suasana berada di set penggambaran.\rFestival Filem India Antarabangsa yang berlangsung di Toronto, Kanada, tahun lalu mencipta kejutan apabila Sridevi mengumumkan akan kembali ke layar perak selepas 14 tahun meninggalkannya.\rAktres berusia 48 tahun yang pernah tiga kali berturut-turut mempertahankan trofi Pelakon Wanita Terbaik Filmfare menerusi ChaalBaaz (1990), Kshana Kshanam (Telegu - 1991) dan Lamhe (1992) beraksi dalam filem, English Vinglish di samping aktor Perancis, Mehdi Nebbou selain Adil Hussain, Priya Anand dan Amitabh Bachchan.\rFilem itu berkisar mengenai seorang suri rumah dari kelas pertengahan di India yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris menjadi bahan jenaka ramai apabila dia ke Amerika Syarikat untuk mempelajari bahasa itu.\r\n\n\n\rDiiktiraf sebagai antara aktres paling berjaya pada dekad 80-an dan awal 90-an, pelakon kelahiran Sivakasi, Tamil Nadu, India ini meninggalkan industri perfileman pada 1997 untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya.\rTiga tahun menyepikan diri selepas mendirikan rumah tangga dengan teman baiknya ketika zaman-zaman kanak, Karisma Kapoor kembali mencuri tumpuan apabila membintangi filem 3D aragan Vikram Bhatt, Dangerous Ishq. \rKelibat ibu dua anak itu kali terakhir dilihat muncul dalam filem, Mere Jeevan Sathi pada 2008. Dia juga akan muncul dalam filem pembikinan semula, Satte Pe Satta di samping Sunjay Dutt.\rSementara itu, Raveena Tandon pula mengejutkan peminatnya apabila muncul menggayakan sari merah jambu untuk menjayakan penggambaran satu babak di Mumbai, baru-baru ini.\rFaktor usia tidak membebankan Raveena untuk beraksi hangat di samping tiga jejaka dalam filem 7 Nights yang berkisar mengenai kehidupan malam di Mumbai. Percubaan untuk kembali ke layar perak pada 2007 menerusi filem, Aaja Nachle gagak meraih keuntungan namun persembahan Madhuri Dixit meraih pujian ramai.\rHampir sedekad selepas kembali menetap di Mumbai bersama keluarganya, aktres berusia 44 tahun ini masih menanti skrip yang memberi keadilan bukan hanya kepada bakat tetapi juga usia dan karismanya sebagai pemain layar lebar.\rIbu kepada dua anak itu dimaklumkan baru dilamar Prakash Jha untuk beraksi dalam filem terbaru arahannya, Mrityudand. Dikenali sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati, Juhi Chawla juga sudah lama tidak dilihat beraksi memainkan peranan menuntut emosi. \rDia yang sibuk mempromosikan pasukan kriket, IPL memberikan persetujuan kembali ke layar perak menerusi filem, Son of Sardar.\rFilem itu meletakkan Ajay Devgan sebagai pemegang watak utama mendampingi Sonakshi Sinha. Juhi juga dikatakan akan beraksi dalam sebuah lagi filem iaitu Hum Hain Raahi Car Ke.\rSelepas tiga bulan melahirkan cahaya mata yang masih dirahsiakan namanya, Aishwarya Rai Bachchan belum memberikan kata putus bila dia akan kembali ke layar perak.\rKemunculan semula Aishwarya atau Ash sentiasa dinanti apabila hampir setiap hari bertiup pelbagai spekulasi mengenai perkara itu.\rBiarpun masih belum menerima sebarang pengesahan, namun media massa Bollywood membuat pelbagai spekulasi termasuk Ash bakal mendampingi Datuk Shah Rukh Khan dalam filem Bajirao Mastani.\rAsh juga dikatakan akan membuat kemunculan istimewa bersama Rajinikanth menerusi Kochadaiyaan selain Happy Birthday di samping John Abraham selain diberitakan kembali berkolaborasi dengan suaminya, Abhishek Bachchan. \rKetika ini, pembikin filem sedang mencuba tuah mereka untuk menjadi produksi pertama yang menampilkan Ash selepas melahirkan anak.\rPeralihan yang berlaku dalam industri perfileman Bollywood itu disifatkan pakar sosiologi, Shiv Viswanathan sebagai lambang keterbukaan penonton menerima perubahan dalam kehidupan peribadi aktres pujaan mereka.\r“Masyarakat mula menerima kenyataan perubahan usia aktres yang mereka kagumi dan semua itu berkaitan proses gaya hidup.\rKematangan usia memberikan ruang kepada pelakon ini mencuba karakter berbeza. Sudah pasti mereka tidak mampu lagi membawakan watak gadis dalam usia 20-an.\r“Bagaimanapun, kesungguhan untuk kembali menyinar dan mempertahankan wajah lumayan wajar diberi pujian,” katanya.\rSementara itu, penganalisis perniagaan, Taran Adarsh berkata, sesuatu yang ketara apabila Sridevi dan Karisma masing-masing berjaya melakonkan watak bersesuaian usia mereka.\r“Mungkin kemunculan semula Madhuri gagal tetapi kesalahan tidak wajar dibebankan kepadanya kerana dia memberikan persembahan terbaik dalam filem itu.\r“Semua aktres ini sudah membuktikan kehebatan mereka di layar perak. Terpulang kepada pengarah dan jalan cerita yang membantu untuk menyerlahkan bakat dan kuasa bintang yang mereka miliki,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055409 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list