View: 104|Reply: 0
|
Harimau Muda masih ada sinar
[Copy link]
|
|
Sekizuka puji skuad negara mampu nafi kemenangan lebih besar Jepun ANDAI berpandu kepada kata-kata jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka, kelmarin jelas skuad Harimau Muda ada ramuan untuk muncul antara pasukan disegani di Asia.\n\n\n\n Pengendali skuad Samurai Biru itu tanpa segan menyuarakan betapa barisan didik Ong Kim Swee bertindak menafikan kemenangan besar yang ditagih mereka sebelum hadir di Kuala Lumpur bagi saingan kelayakan Olimpik, Kumpulan C.\n\n\n\n\n\n “Malaysia lebih banyak menyerang kali ini, dan pemain kami terpaksa bekerja keras mendapatkan kemenangan ini,” kata Sekizuka pada sidang media selepas perlawanan kelmarin. “Saya menjangkakan gol awal dan kemenangan lebih besar, tetapi 4-0 boleh dianggap keputusan yang baik.”Skuad negara tewas pada perlawanan kelima kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata.Sementara itu, Kim Swee beranggapan gol kedua mematahkan semangat pemain negara yang cuba bangkit pada babak kedua untuk merapatkan jurang.“Tetapi corak menyerang yang cuba saya tampilkan kali ini menyebabkan lawan mendapat dua lagi gol pada babak kedua.\n\n\n“Bagi saya, kita perlu mengambil peluang ini untuk melatih jentera serangan sebagai persiapan kelayakan Piala AFC Bawah-22 nanti. Masih banyak yang kami perlu lakukan dan kekalahan ini menunjukkan jurang kualiti kita dengan Jepun.“Kami masih ada baki satu perlawanan dengan Syria dan seperti Jepun, Syria juga memerlukan kemenangan besar untuk memastikan peluang mereka masih terbuka. Jadi perlawanan kompetitif dengan pasukan besar Asia ini akan memberi pelajaran terbaik buat kita.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|