|
11. Tidak membawa anak–anak terutamanya anak yang remaja berziarah ke rumah ahli keluaga dan saudara mara sambil memperkenalkan antara satu sama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
12. Tidak memanggil anak-anak supaya bersalam dan bermesra dengan tetamu yang datang ke rumah ( tetapi dengan menjaga adab kesopanan ). |
|
|
|
|
|
|
|
13. Tidak memperjelaskan hukum hakam agama dalam semua aspek kehidupan baik rohani, jasmani dan ketuhanan kepada Yang Maha Esa. |
|
|
|
|
|
|
|
14. Tidak menanam sikap menolong orang susah, fakir dan miskin serta amalan bersedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
15. Ibubapa tidak menunjukkan contoh tauladan tingkah laku yang baik selaras dengan kehendak Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
16. Ibubapa terlalu mengejar dunia sehingga semua di atas tidak terlaksana !! |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong TT.. bagus dapat jadi org yg rasioanal |
|
|
|
|
|
|
|
wan cukup suka klu org tlg marah or rotan my sons...coz dorang mmg jenis nakal dan aktif....klu tak marah or rotan mmg byk hal yg dorang buat....wan pon terpaksa la jadi ibu yg garang....hehehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
wan cukup suka klu org tlg marah or rotan my sons...coz dorang mmg jenis nakal dan aktif....klu tak ...
Pn_wan Post at 25-2-2012 13:44
Alhamdulillah.. bertindak sebelom terlambat..
munurut kajian saye selama 3 tahun... kebanyakkan ibubapa yang suke menyebelahi kesalahan anak tidak suke anak ditegur oleh org terutama lelaki peratusan yang tinggi di pusat2 serenti.. anak2 gadis di pusat pemulihan akhlak... serta menjadi masalah perceraian.. |
|
|
|
|
|
|
|
wan cukup suka klu org tlg marah or rotan my sons...coz dorang mmg jenis nakal dan aktif....klu tak ...
Pn_wan Post at 25-2-2012 13:44
bagus jadi ibu yg garang.. tp jgn ayah pon garang same.. kalau ayah marah ibu pujuk sokong tindakan ayah, ibu marah ayah pujuk. jelaskan kenapa dia dimarahi @ dihukum... Nanti anak stress plak anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara memukul anak dalam Islam mengikut pembacaan dan pemahaman saya.
1: JANGAN pukul dengan tangan,gunalah rotan atau hanger yang kurang menyakitkan...jangan pakai cambuk,rantai basikal atau besi paip sudah.
2: pukul dari paras lutut ke bawah.Paling elok pukul di tapak kaki...hikmahnya pukul tapak kaki adalah....................................................................(cari sendiri)
3. Anak-anak yang berumur 7 tahun ke bawah jgn di pukul kerana itu adalah usia mereka bermain dan mengenal fungsi tubuh badan.
tolong betulkan jika ada kesalahan |
|
|
|
|
|
|
|
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by TaWaR at 13-3-2012 09:55
http://alamghiri.blogspot.com/20 ... kaedah-terbaik.html
Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.
Sabtu, 27 Jun 2009
Hukuman rotan antara kaedah terbaik disiplinkan pelajar
Oleh - Mohd Fikri Che Hussain
LAPORAN media mengenai sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak yang berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube cukup menggemparkan.
Begitu juga kes sekumpulan pelajar yang dikatakan membelasah seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi sehingga mati amat membimbangkan banyak pihak.Ini antara beberapa kes yang berjaya disiarkan, malah banyak lagi kes jenayah yang masih terpendam dan tidak dibongkar di luar pengetahuan pihak berwajib.
Kementerian Pelajaran sudah menggunakan pelbagai kaedah dalam mengekang masalah pelajar ini. Antaranya, menggunakan kaedah terbaru termasuk mendapatkan kepakaran polis bagi mengemas kini semua peraturan dan undang-undang disiplin sekolah untuk mengekang budaya jenayah di kalangan pelajar.
Kementerian juga mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membantu memantap dan menguatkuasa peraturan sedia ada yang dikatakan semakin longgar. Berita keruntuhan disiplin dan moral pelajar ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. England turut menghadapi masalah berhubung krisis disiplin ini.
Badan Kajian dan Penyelidikan di London menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah kaedah kawalan berkesan kepada pelajar. Mereka juga percaya tingkah laku kanak-kanak dan remaja semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan di bidang pendidikan.
Pihak penyelidik menyatakan keputusan mengharamkan hukuman itu menyumbang kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar di negara itu. Jika England akan mengembalikan peranan rotan dan pembaris ke tempatnya, mengapa kita tidak mendahului mereka dalam hal ini.
Seingat penulis yang dibesarkan dalam 'suasana rotan dan pembaris' yang dihadiahkan guru setiap hari bukanlah bertujuan untuk mendera pelajar tetapi mendidik supaya tidak melakukan kesalahan demi kebaikan diri mereka juga.
Ibu bapa dan penjaga perlu memahami kaedah ini dalam asuhan pendidikan. Mereka bersikap 'garang' untuk membentuk orang yang berguna dalam masyarakat. Cuba perhatikan anak sekarang yang semakin terhakis budaya timur dan akhlak hingga hilang rasa hormat kepada golongan lebih tua terutama ibu bapa serta guru. Persoalannya adakah salah merotan anak?
Sesetengah pihak menganggap ia adalah perbuatan yang teruk kerana boleh menjejaskan hubungan antara kedua pihak. Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan buruk jika dilakukan guru atau ibu bapa. Sebelum mengenakan hukuman ini, pihak guru dan penjaga wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak itu.
Guru dan penjaga juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan anak. Jika anak mempunyai hubungan rapat dengan guru dan penjaga, maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak. Sebaliknya jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak terganggu seperti berdendam atau marah.
Guru dan penjaga perlu memastikan mereka tidak berada dalam keadaan marah dan beremosi ketika hukuman fizikal dilaksanakan. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara merotan yang tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada anak. Jangan sesekali memukul di bahagian sensitif seperti muka atau di tempat boleh mendatangkan bahaya seperti kepala atau perut. Pukulan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi 'pengajaran dan peringatan' kepada anak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Bagi umat Islam, mereka sudah tentu pernah mendengar sabda Nabi SAW di dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud)
Jika perlu merotan anak, guru dan ibu bapa boleh berbuat demikian selepas anak berumur 10 tahun. Mengapa pada usia 10 tahun? Ilmuwan Islam berpendapat anak yang berumur prabaligh iaitu sekitar 9 hingga 12 tahun boleh memahami kesan hukuman dikenakan. Anak kecil di bawah umur itu selalunya tidak dapat memahami jika didenda atas kesalahannya.
Justeru, jika anak kecil yang didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan penjaganya. Amaran awal harus diberi iaitu jika peraturan tertentu dilanggar, anak boleh dirotan. Berikan juga peluang kedua sebelum mengambil tindakan merotan. Lebih penting ialah menasihati mereka secara berterusan di samping memantau perkembangan pelajaran, kesihatan dan pergaulan sosial mereka.
Sumber: BHarian 2009/03/05
Oleh Alamghiri pada 2:40 PG
Label: Semasa, Teknik Kontrol Kelas, Umum
Mengenai Alamghiri
Lahir di Pahang
Membesar di Pahang
Belajar di Pahang, Perak & Kenitra (Maroc)
Bekerja di Perak, KL & Pahang
Generasi FELDA
Karya Alamghiri
Merupakan karya cetusan diri secara peribadi... Harap dapat dinikmati... ulasan buku tersebut dapat diteliti di dalam laman blog ini = www.mohdfikri.com/blog dan buku-buku lain pula di blog ini = http://kedaibuku-fikri.blogspot.com/ Harap maklum...
Hak Cipta Terpelihara © 2009 Kisah Alamghiri | All Rights Reserved. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by TaWaR at 13-3-2012 11:32
Cara memukul anak dalam Islam mengikut pembacaan dan pemahaman saya.
1: JANGAN pukul dengan tangan, ...
sw00sh Post at 3-3-2012 14:09
http://mytwinshero.blogspot.com/2008/03/merotan-menurut-dr-fadzilah-kamsah-tips.html
Thursday, March 13, 2008
Merotan Menurut Dr Fadzilah Kamsah (Tips)
MHI 7 Februati 2005.-
Dalam Islam, sebarang kesalahan yang dilakukan oleh anak2 perlu dihukum dengan tujuan untuk Mendidik.- Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa ialah tidak menggantung rotan di tempat yang senang dilihat oleh anak2.- Ini bertujuan untuk mengingatkan atau sebagai amaran.-Anak2 disuruh sembahyang pada usia 7 tahun dan dirotan jika tidak sembahyang pada usia 10 tahun, jadi kita ada tempoh 3 tahun untuk beritahu, mendidik, memberi amaran kepada anak2 sebelum di hukum.-Contohnya jika anak2 suka mencarut, kita beri amaran akan diberi makan cili contohnya. Kita mesti terangkan kesilapan dan risikonya berperangai sedemikian. Jika kelakuan itu berterusan barulah dirotan, dicili dan sebagainya dgn tujuan untuk mendidik.
-Bila kita boleh terus merotan anak tanpa amaran? Contoh jika anak baling pisau pada abang/adik ie. keadaan yang membahayakan.
-Etika merotan - perlu ada saksi.
Jika ayah rotan, emak jadi saksi begitu juga bila guru rotan di sekolah, perlu ada saksi.-Cara merotan yang betul - di tapak kaki. Merotan di situ menyakitkan tetapi tidak membahayakan. Tapak kaki ada point reflexology yang sensitive tetapi tidak mendatangkan kesan sampingan.-Kaunseling penting SEBELUM dan SELEPAS merotan.-Bila bapa merotan anak, emak kena bagi kaunseling. Selalunya anak2 susah menerima kaunseling dari orang yang menghukum. Di sekolah, guru disiplin merotan, kaunselor beri kaunseling.-Anak2 yang tidak pernah dihukum tidak akan mempunyai kekuatan psikologi untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dgn pancaroba dan dugaan.
-Masalah ibu bapa yang sibuk bekerja - mengambil pendekatan untuk tidak menghukum anak untuk mengimbangi masa yang tidak diluangkan dgn anak2. Anak2 tidak dirotan kerana rasa bersalah terhadap anak2.-Anak2 begini tidak berkesan jika dirotan oleh guru sebab impak lebih besar jika dirotan oleh ibu dan bapa sendiri.-Selepas merotan perlu nasihat dengan baik dan sama2 bincang/cari jalan penyelesaian untuk masalah. Terangkan apa yang perlu dibuat.- Sebarang hukuman perlu diberi serta merta sebab anak2 tidak nampak kesalahannya jika hukuman ditangguh. Contohnya ibu berkata "Nanti ayah balik kerja biar ayah hukum kamu". Cara yang begitu tidak betul lagipun menampakkan seolah emak jadikan bapa crook. -Ibu bapa mesti sepakat dalam hukuman, tidak boleh bertelagah di depan anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Merotan Anak Atau Ganjaran?
Minda kanak-kanak berfungsi seperti span, sentiasa menerima dan memproses maklumat yang mengelilinginya. Warna pelangi, bunyi kereta yang memecut laju, bau makanan kegemaran dan tindakan serta kelakuan orang dewasa di sekeliling jarang terlepas daripada pemerhatian mereka.
Mengajar anak tabiat yang baik dan amalan menjaga kebersihan ibarat melentur buluh dari rebung. Tabiat yang baik hendaklah disemai sejak kecil untuk memastikan ia menjadi amalan sepanjang hayat.
Ibu bapa, guru dan pengasuh boleh memainkan peranan penting dalam pendidikan dan penjagaan kebersihan di kalangan kanak-kanak. Soalnya, bagaimana ibu bapa mencapai objektif untuk menanamkan tabiat yang baik ini dan lebih penting lagi, apakah cara dan kaedah yang patut digunakan untuk mempengaruhi mereka?
Wujud dua pendapat mengenai perkara ini. Pertama, dengan cara lemah lembut tanpa menggunakan rotan. Cara kedua, lebih keras dengan mengenakan peraturan dan hukuman. Pada prinsipnya, ia adalah pilihan antara rotan dan ganjaran.
Kedua-dua kaedah itu berpacukan insentif – sama ada menjaga kebersihan dan mendapat ganjaran, atau menjaga kebersihan supaya tidak dimarahi dan dikenakan hukuman.
Kaedah yang digunakan untuk mendidik kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Kedua-dua pendekatan mempunyai kelebihan dan ibu bapa, khususnya ibu, pasti lebih tahu apa yang berkesan untuk anak mereka.
Andai kata si ibu ingin menggunakan pendekatan lebih lembut, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan.
Satu daripadanya ialah mengingatkan mereka dengan cara lembut supaya membersihkan diri dan membasuh tangan dengan sabun. Sungguhpun penggunaan sabun digalakkan setiap kali kita membersihkan diri, hasil kajian baru-baru ini menunjukkan kita mesti menggunakan sabun lima kali setiap hari iaitu ketika mandi, selepas menggunakan tandas, sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Risiko pencemaran kuman dan jangkitan adalah lebih tinggi apabila kita melakukan lima perkara ini. Contohnya, selepas menggunakan tandas, kuman boleh disebarkan melalui tangan apabila kita melakukan aktiviti lain seperti makan.
Justeru, kita hendaklah membasuhnya dengan sabun antibakteria pada lima detik penting itu untuk membunuh kuman dan bakteria yang mengancam kesihatan.
“Saya sentiasa ingatkan anak saya supaya membersihkan diri dan membasuh tangan dengan sabun seberapa kerap yang boleh.
“Apabila mereka melakukannya, saya akan membawa mereka ke taman untuk bermain. Mereka memang suka bermain di taman. Dengan cara ini, saya bukan saja dapat meluangkan masa untuk bermain dan bermesra dengan anak, tetapi juga memberi ganjaran kepada mereka kerana menjaga kebersihan dan kesihatan diri,” ujar Lee Ching, 42, ibu kepada dua anak perempuan yang masih kecil.
“Anak saya masih kecil. Jadi, agak sukar untuk menerangkan kepada mereka mengapa mereka perlu membersihkan diri dengan sabun. Walau apa pun, saya cuba menjadikannya satu aktiviti yang menyeronokkan, dengan menyanyi ketika membasuh tangan di sinki supaya mereka mengaitkan kekerapan membasuh tangan dengan sabun sebagai sesuatu yang positif dalam hidup mereka,” kata Aida, 35, juga ibu muda yang mempunyai dua cahaya mata
Bagaimanapun, sudah tentulah ada kanak-kanak yang mungkin memerlukan pendekatan lebih keras untuk memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan.
“Bukan mudah menjaga dua budak lelaki yang ligat, lebih-lebih lagi untuk memastikan mereka sentiasa bersih dan kemas. Selalunya, saya terpaksa berleter menyuruh mereka membasuh tangan dengan sabun sebelum makan dan saya tidak benarkan mereka duduk di meja makan selagi mereka tidak membasuh tangan.
“Lama-kelamaan, mereka sendiri tahu kalau mereka betul-betul lapar, mereka mesti basuh tangan dengan sabun. Jika tidak, mereka tentu kena marah kerana berkelakuan buruk. Sebagai hukuman, saya akan mengehadkan waktu untuk mereka bermain,” kata Jeya, yang mempunyai dua anak lelaki berumur 9 dan 11 tahun.
Amy, seorang lagi ibu yang bekerja sebagai pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak menggunakan cara yang lebih kreatif untuk menjelaskan pentingnya menjaga kebersihan.
Dia menggunakan bahan visual termasuk gambar kuman dan bakteria jahat yang melekat pada tangan untuk menasihatkan mereka supaya membasuh tangan dengan sabun.
“Saya terangkan pada mereka titik-titik hitam tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan mereka dan juga orang lain jatuh sakit. Cara ini berkesan kerana kebanyakan kanak-kanak yang sudah bersekolah akan terkejut dan menjerit ‘Eiiiii!’”, katanya sambil ketawa.
Sama ada menggunakan rotan atau mengumpan ganjaran, ibu bapa khususnya ibu, tidak seharusnya mengabaikan objektif mereka iaitu untuk menyemaikan sikap positif dan tabiat menjaga kebersihan dan membersihkan diri dengan sabun lima kali setiap hari terutama ketika mandi, selepas menggunakan tandas serta sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Ulangan dan kadar perbuatan yang konsisten penting untuk menanamkan tabiat yang baik agar ia menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak kita setiap hari sebagai usaha untuk melindungi dan menjaga kesihatan mereka.
Tetapi paling penting, ibu bapa perlu ingat bahawa cara terbaik untuk mendidik anak-anak tentang kebersihan ialah dengan menunjukkan contoh yang baik dan boleh dijadikan teladan.
http://www.serikasih.com/merotan-anak-atau-ganjaran |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by TaWaR at 13-3-2012 11:43
http://ummihanie.com/pesanan-unt ... bapa-dan-anak-anak/
15 Kesilapan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran
Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW
diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.”
Berkata para sahabat :
“Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” -(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak ;
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak menakutkan anak2 dgn perkara2 yang tidak sepatutnya seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu
aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak
seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual)
dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat
mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ :
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
”Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di
rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam,merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang
tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV
ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sama-samalah kita belajar….. |
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu tawar ye...
betul2 berguna info2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
waz posted on 18-10-2012 01:00 PM
tenkiu tawar ye...
betul2 berguna info2 ni....
u r welcome.. |
|
|
|
|
|
|
|
limoais posted on 22-10-2012 12:04 PM
info yg berguna...
selamat beramal |
|
|
|
|
|
|
| |
|