|
Ikuti latihan lebih awal bersama pasukan negara\rMUHD Hafiz Hashim sedia berkorban mengikuti latihan lebih awal bersama skuad negara bagi persiapan membentuk pasukan lebih mantap dan seimbang bagi pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, Mei depan.\r\n\n\n\n\r Pemain profesional KLRC itu mengakui andai dia benar-benar mahu lebih bersedia bagi menggalas tugas selaku perseorangan kedua di Wuhan, dia perlu mengikuti latihan bersama pemain lain.\r\r\n\n\n\n\n “Saya akui persembahan saya belum benar-benar mantap dalam pusingan kelayakan ini, tetapi saya yakin prestasi mampu ditingkatkan lagi andai saya mengikuti latihan dan sparring dengan pemain lain lebih awal.\r“Namun, saya perlu berbincang dengan KLRC terlebih dulu dan kata putus terletak di tangan mereka,” kata juara Sukan Komanwel 2002 dan Seluruh England 2003 itu.\rHafiz menjadi satu-satunya pemain di luar naungan BAM yang tersenarai dalam skuad negara ke pusingan kelayakan di Macau.\rSkuad yang diterajui jaguh perseorangan negara Lee Chong Wei itu menepis keraguan terhadap kemampuan mereka apabila layak secara automatik ke pusingan akhir selepas mara ke separuh akhir dengan membenamkan India 3-0.\r\n\n\n\rHafiz menyumbang mata kemenangan dalam perlawanan itu, tetapi dia bagaimanapun tewas dalam dua perlawanan peringkat kumpulan ketika menentang Hong Kong dan Korea Selatan.\rSementara itu, ahli panel Pasukan Prestasi Tinggi (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, Hafiz menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun tewas dalam dua perlawanan awal.\r“Dia masih pemain terbaik di belakang Chong Wei dan jika mahu membentuk pasukan mantap menjelang pusingan akhir, kami berharap dia dapat mengikuti latihan lebih awal bersama pemain lain. \r“Selain dapat mempertingkatkan prestasinya, kehadirannya lebih awal bersama pemain lain mampu membentuk semangat sepasukan yang lebih jitu menjelang pusingan akhir itu,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|