CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

Rexy tiada niat tinggalkan Malaysia

[Copy link]
Post time 20-2-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
REXY Mainaky menegaskan belum berhajat meninggalkan Malaysia walaupun spekulasi masih bertiup kencang dia sudah dilamar dengan tawaran lumayan membimbing negara jiran Filipina. \r\"Saya masih setia dengan Malaysia, namun saya belum pasti berapa lama saya akan kekal. Segala-galanya bergantung kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\r\n\n\n\n\r  \"Jika BAM berpuashati dengan kerja saya, saya akan terus kekal di Malaysia,\" kata juara beregu dunia dan Sukan Olimpik itu, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Rexy adalah jurulatih asing paling lama kekal berkhidmat di Malaysia sejak memulakan tugas 2005 dan antara kejayaannya membentuk pasangan emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.\rNamun, dia tidak lagi membimbing Kien Keat-Boon Heong selepas pasangan itu menuntut BAM menggantikannya dan Rexy diberi tugas baru membimbing beregu wanita dan campuran sejak September lalu.\r\"Saya masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2013, malah saya tiada alasan kukuh meninggalkan Malaysia kerana tugas saya belum selesai.\r\"Saya masih mempunyai dua pasangan (Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan Woon Khe Wei-Vivian Hoo) yang berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Julai depan dan saya akan pastikan mereka layak beraksi di London,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.337918 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list