|
SAINT PETERSBURG: Juara Russia, Zenit St Petersburg bakal kehilangan beberapa tonggak utama ketika menanti kunjungan gergasi Portugal, Benfica pada aksi pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi esok, namun pertahanannya, Bruno Alves yakin mereka mampu mencipta kejutan.\rZenit akan turun tanpa pemain tengah Portugal, Miguel Danny yang berehat enam bulan akibat koyak ligamen lutut, penjaga gol utama, Vyacheslav Malafeyev yang cedera kaki serta pertahanan Itali, Domenico Criscito yang mengalami jangkitan pada perut.\r\n\n\n\n\r “Benfica pasukan yang kuat. Tapi saya rasa mereka akan menjadi lawan yang cukup sempurna buat kami. Saya tetap yakin Zenit akan mara ke pusingan seterusnya.\r\r\n\n\n\n\n “Kami pernah menewaskan Porto, musuh tradisi Benfica dengan keputusan 3-0 pada saingan peringkat kumpulan. Porto adalah juara Portugal dan mereka lebih kuat daripada Benfica. Harap kami dapat capai apa yang disasarkan,” kata Alves.\rNamun Zenit tidak mengharungi sebarang aksi kompetitif sejak beberapa minggu lalu memandangkan Liga Russia berhenti rehat untuk musim sejuk.\rZenit hanya tampil memenangi kejohanan jemputan Piala Dubai bulan lalu dan kemudian mengadakan kem latihan di Florence, Itali dengan aksi persahabatan menentang kelab Itali, Cesena.\rIa nyata berbeza dengan Benfica yang baru saja menewaskan Nacional 4-1 untuk terus kukuh di tangga teratas Liga Portugal, lima mata mengatasi juara bertahan, Porto.\r\n\n\n\rBenfica yang mara ke pusingan kalah mati bersama-sama Basel selepas mengetepikan Manchester United bakal terus mengharapkan penyerang Paraguay, Oscar Cardozo untuk mengemudi jentera depan. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|